Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team Berhasrat Bawa Pulang Piala Malaysia ke Bumi Terengganu

by:sebetulnya Catatan Selasa, 23 Ogos 2011

“Kali ini, T-Team memang berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, kami bakal menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan ini,” Ujar Pengurus T-Team YB Rozi Mamat di majlis berbuka puasa anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Dalam pada itu,T-Team menyenaraikan 2 pemain pinjaman bagi menghadapi Piala Malaysia musim ini,iaitu Mohd Jibrail Kamaron Baharin daripada Pos Malaysia dan Mohd Fitri Omar daripada pasukan MP Muar.

Menurutnya, pasukan itu optimis untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Terengganu dan akan bekerja keras untuk mencapainya melalui beberapa perubahan besar terutamanya dari segi persembahan dan corak permainan.

Beliau juga berharap Pasukan T-Team  dapat mempamer aksi terbaik dan seterusnya memperbaiki rentak permainan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 6 September ini.

Setakat ini T-Team telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan.Menang 2-0 keatas PKNS dan tewas 1-0 kepada pasukan Sime Darby.

T-Team juga bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 24 Ogos ini,di Kota Bharu.

Pasukan T-Team diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan Selangor,Kuala Lumpur dan PDRM .

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM