Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-TEAM TIDAK MAHU JADI PENUMPANG

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 2 September 2011


Juruatih T-Team Yunus Alif  tidak mahu pasukannya di label sebagai pasukan penumpang dalam pertandingan Piala Malaysia ,lapor  akhbar KOSMO dalam talian hari ini,
Sebelum ini,Yunus Alif digantung tugasnya membimbing pasuklan T-Team kerana persembahan hambar anak buahnya di atas padang dan pasukan  T-Team juga diberi amaran keras oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya bangkit atau T-Team dibubarkan.
Dalam aksi Liga Super tahun ini,T-Team hanya mampu menduduki tangga kesembilan dan tersekat pusingan pertama kempen Piala FA kepada Kelantan.
Bagi Piala Malaysia pula, ini merupakan kali kedua T-Team beraksi dalam Liga Malaysia.Sewaktu beraksi dalam Piala Malaysia 2010 ,pasukan T-Team yang diletakkan dalam kumpulan D bersama dengan Selangor,Perlis dan Felda FC gagal melayakkan ke suku akhir apabila hanya menang 2 kali,seri sekali dan tewas 3 kali.
Tahun ini,skrip pasukan T-Team seolah-olah sama  seperti tahun lepas apabila sekali lagi diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Selangor yang dianggap pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia.Pada 2010 pasukan  T-Team tewas ditempat lawan 3-1 dalam perlawanan pembukaan kempen Piala Malaysia di shah Alam dan kalah 1-2 di laman sendiri.
Bezanya kali ini ialah pertemuan antara pasukan  T-Team dan Selangor dalam pembukaan kempen Piala Malaysia akan bermula di laman sendiri pada 6 september ini.APAKAH KALI INI Selangor pula akan menerima nasib seperti T-Team sebagaimana tahun lepas?
Sekiranya dilihat rekod terkini T-Team berjaya tewaskan pasukan  Red Giants bagi kedua-dua perlawanan Liga Super.dengan menang 2-1 dilaman sendiri dan 2-0 di Shah Alam.
PERSEDIAAN HADAPI PIALA MALAYSIA
Mohd Fitri Omar penjaring kedua terbanyak pasukan Liga Perdana dengan menghasilkan 15 gol musim ini yang dipinjam daripada pasukan MP Muar dibawa masuk bagi mempertajamkan ketumpulan penyudah barisan hadapan pasukan T-Team.
Selain Fitri, T-Team turut ‘mengimport’ dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.
Namun keputusan  perlawanan persahabatan baru-baru ini yang tidak memihak kepada pasukan T-Team pasti tidak “melenakan tidur” Yunus  Alif apabila pasukan T-Team gagal mencapai kemenangan kecuali seri 2-2 dengan “abangnya” Terengganu.
Tewas kepada Sime Darby 1-0,PKNS 2-0 dan 3-1 kepada Kelantan jelas menggambarkan pasukan T-Team menghadapi masalah dibahagian serangan dan pertahanan.
Sama ada,pasukan T-Team layak digelar pasukan penumpang atau tidak?? Semuanya bergantung kepada pencaturan Yunus Aliff,Keazaman pemain dan sokongan yang berterusan daripada penyokong dan peminat bola sepak Terengganu.Ayuhhhh..penuhkan Stadium Sultan Nassaruddin Syah ,Selasa ini.

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM