Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Terengganu Beri Lampu Hijau Jadi Tuan Rumah Kejohanan Sepak Takraw ISTAF

by:sebetulnya Catatan Khamis, 1 September 2011



KUALA TERENGGANU: Terengganu memberi lampu hijau kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf yang akan diadakan Disember ini.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Terengganu gembira diberi penghormatan mengelolakan kejohanan itu kerana ini merupakan kejohanan peringkat dunia.
"Kita akan mengelolakan kejohanan itu sebaik mungkin sesuai dengan taraf kejohanan dan juga untuk menjaga nama baik negeri dan negara di mata dunia," katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Mohd Shapian berkata PSM memberi kepercayaan kepada Terengganu mengelolakan kejohanan itu kerana kejayaannya menganjurkan beberapa kejohanan peringkat kebangsaan sebelum ini.
Beliau berkata kejohanan Super Series di Terengganu itu merupakan yang kedua apabila kejohanan Super Series yang pertama akan diadakan di Bangkok, Thailand awal September ini.
Mohd Shapian yang juga Timbalan Presiden PSM berkata mesyuarat berhubung kejohanan itu akan diadakan oleh PSM dalam masa terdekat ini.
Bagi Terengganu, kejohanan itu sangat besar ertinya kerana selain ia boleh ditonton peminat-peminat sepak takraw tempatan, ia juga boleh mempromosi dan mengharumkan nama negeri ke seluruh dunia, katanya.
Beliau berkata Terengganu mempunyai dua buah stadium yang terbaik dan sesuai untuk kejohanan itu iaitu Stadium Negeri dan Stadium Tertutup, kedua-duanya terletak di bandar Kuala Terengganu.
Kerajaan negeri Terengganu turut memberikan kerjasama dalam menjayakan kejohanan tersebut, katanya

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM