Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Zacharia Simukonda Sertai T-Team

by:sebetulnya Catatan Rabu, 30 November 2011 0 ulasan


KUALA TERENGGANU - Bekas pemain import Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simukonda akan menyertai pasukan T-Team bagi menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

Jurulatih Yunus Alif berkata, pemain penyerang berumur 28 tahun itu mewakili Perlis pada tahun 2007.
"Zacharia telah melepasi ujian dan dia memenuhi kriteria yang kita tetapkan. Seorang lagi pemain import akan diuji minggu depan," katanya semalam.

Beliau berkata, Zacharia mewakili kelab Red Arrows, Zambia pada 2011 selepas bermain dengan kelab Al-Faizaly dalam liga Jordan pada 2009 hingga 2010.

Yunus berkata, beliau yakin Zacharia mampu menjulang nama T-Team memandangkan pengalamannya bermain dalam Liga Malaysia sebelum ini.

Sementara itu, T-Team akan mengambil sembilan pemain baru bagi menggantikan pemainnya yang berhijrah ke pasukan lain musim 2012 seperti Indra Putera Mahayuddin, Mohd. Nor Farhan Mohamad dan Azizi Matt Rose yang berhijrah ke Kelantan.

Sembilan pemain baru itu ialah masing-masing tiga dari Selangor, Perlis dan Terengganu.
Yunus berkata, T-Team akan mengadakan perlawanan persahabatan di Selangor bulan depan bagi menguji keserasian pemain.

SUMBER: - Bernama

Terengganu Sedang Rancak Pilih Pemain Import

by:sebetulnya Catatan Khamis, 24 November 2011 0 ulasan



KUALA TERENGGANU: Terengganu kini sedang rancak memilih pemain import bagi membantunya menghadapi kejohanan Liga Malaysia tahun depan.
Dua pemain dari Rusia telah diuji pada Selasa dan seorang pemain dari Ghana pula akan diuji Rabu.
"Ramai lagi pemain import daripada Brazil, Nigeria, Argentina dan lain-lain negara akan datang untuk membuat ujian selepas ini.
"Ujian pemain dijalankan di padang bola Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Batu Buruk di sini," kata Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof yang juga pengurus pasukan Terengganu kepada Bernama.
Beliau berkata pemilihan pemain import tidak akan dilakukan secara terburu-buru.
"Kita akan tengok dulu kebolehan mereka sebelum kita membuat pemilihan. Kadang-kadang yang datang ini bukan semuanya memenuhi hasrat kita," katanya.
Sheikh Tajudin berkata pemain import yang terpilih akan turut bermain untuk Terengganu pada kejohanan Liga Juara-Juara AFC tahun depan.
Terengganu muncul juara Piala FA 2011 dan layak ke kejohanan tersebut. -
SUMBER: BERNAMA 23/11/11

RM 600 000 BAIK PULIH SSINS

by:sebetulnya Catatan Isnin, 21 November 2011 0 ulasan

KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menjadi gelanggang utama bagi pertandingan bola sepak di negeri ini, dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi persiapan pra musim Liga Malaysia 2012.

Pengarah Korporat Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT Mohd Huzairi Nizam Ibrahim berkata kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk tujuan tersebut.

"Apabila siap dinaik taraf dan baik pulih nanti, stadium mampu memberi lebih banyak keselesaan kepada pemain dan juga  penonton terutamanya dari segi keselamatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Mohd Huzairi pengubasaian stadium yang berusia hampir 30 tahun itu antaranya menambah baik pencahayaan lampu limpah, menaik taraf bilik persalinan pengadil, lorong keluar pemain dan bilik wartawan.

Beliau berkata bagaimanpun tempat duduk penonton tidak diusik dan kekal sepertimana biasa dan kerja-kerja tersebut dijadual siap sebelum pra musim bermula tahun depan.
  
Dalam perkembangan lain, beliau berkata stadium itu akan digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala AFC yang melibatkan pasukan Terengganu tahun depan.

Katanya untuk menjayakan pertandingan itu, stadium itu perlu diperbaiki bagi disesuaikan dengan kejohanan bertaraf antarabangsa itu termasuk kecahayaan lampu limpahnya.

"Ikut piawaian AFC, kecahayaan lampu limpah 1,400 lux sedangkan kecahayaan lampu limpah di stadium itu adalah 800 lux," katanya.



Sumber:Bernama 21/11/11

T-Team uji pemain Zambia

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 18 November 2011 0 ulasan

PEMAIN Zambia, Sashi Chalwe adalah pemain pertama diuji pasukan T-Team, dalam rangka pengisian pemain import bagi menghadapi Liga Malaysia 2012.

Jurulatihnya, Yunus Alif berkata, T-Team juga akan menguji pemain Argentina, Cameroon dan Brazil dalam usaha mencari pemain import terbaik.

“Kita akan menguji pemain import ini supaya benar-benar dapat pemain berkualiti dan baik,” katanya.

Mengenai pemain Zambia itu, Yunus berkata, beliau sukar menilai prestasinya kerana pemain itu baru tiba di sini dua hari lalu dan baru diuji semalam.

Katanya, T-Team bakal mengatur perlawanan persahabatan dengan Terengganu bagi ujian itu.



SUMBER:SinarHarian Online 18/11/2011

Penyu mantap skuad hadapi cabaran 2012

by:sebetulnya Catatan Rabu, 16 November 2011 0 ulasan


Pasukan Penyu memantapkan skuadnya dengan memanggil balik dua pemain kelahiran negeri ini bagi menghadapi cabaran musim 2012 yang dijangka lebih mencabar dengan kehadiran pemain import.

Dua pemain tersebut ialah Hariri Shafie yang bermain dengan pasukan Sabah dan Shamsul Kamal (T-Team).



Pengurus pasukan Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh, berkata pihaknya juga akan mendapatkan khidmat beberapa pemain pasukan Harimau Muda bagi menguatkan pasukan.


Menurut beliau, Terengganu masih mengekalkan 18 pemain utama pasukan tersebut dalam usaha menjaga prestasi pasukan pada musim depan.


“Terengganu yakin mampu mencapai kejayaan lebih baik dalam perlawanan Liga Malaysia musim depan di bawah bimbingan jurulatih baru Mat Zan Mat Aris,” katanya.


Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pencapaian jurulatih itu membawa Terengganu menjadi juara Piala Malaysia 2001.


"Kita yakin dengan kemampuan jurulatih yang berasal dari Kuala Lumpur ini," katanya.
Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata tahun depan tugas Terengganu semakin mencabar iaitu selain menghadapi Liga Malaysia, pasukan itu juga bakal menghadapi pertandingan Piala AFC.


Katanya, Terengganu buat pertama kali dipilih menyertai kejohanan itu berikutan kejayaan pasukan bola sepak negeri itu menjadi juara Piala FA 2011.


Mengenai pemain import pula, Dato’ Che Mat berkata agen-agen telah memberi jaminan akan membawa pemain import yang berkualiti kepada Terengganu.


Beliau berkata pemain import itu penting bukan sahaja untuk menghadapi Liga Malaysia tetapi juga untuk menghadapi Piala AFC.


Terengganu berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini iaitu juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia.

KUALA TERENGGANU - Jurulatih baru Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2012, Mat Zan Mat Aris menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala akan dimenangi Terengganu tahun depan.

Ini kerana, menurut Mat Zan yang pernah membimbing dan membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia 2001, pasukan itu mempunyai barisan pemain yang hampir serupa 2001.

"Dengan barisan pemain yang ada serta komitmen pegawai-pegawai, saya rasa kita mampu membawa pulang Piala Malaysia tahun depan," kata bekas jurulatih Kuala Lumpur itu kepada pemberita di sini.

Tahun ini, Terengganu gagal menjulang Piala Malaysia setelah kalah 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam pertandingan akhir di Shah Alam, Selangor.

Menurut Mat Zan, dalam masa yang sama tumpuan juga akan diberikan untuk membawa pulang piala-piala yang lain yang dipertandingkan di liga tersebut.
  
Katanya beliau menggalas tanggungjawab yang besar untuk memastikan pasukan Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dan tugas itu bertambah mencabar apabila pemain import dibenarkan beraksi pada tahun depan.

"Saya tidak menafikan ini satu tekanan tetapi sebagai jurulatih kita akan terima," tegas beliau.

Mat Zan berkata beliau yakin pasukan Terengganu tahun depan akan bertambah mantap dan cemerlang dengan adanya pemain-pemain import yang berkualiti dan hebat.

Beliau berkata Terengganu akan menggunakan pemain import bagi memantapkan lagi jentera barisan tengah dan serangan di samping pemain-pemain tempatan.

Pasukan Terengganu sepatutnya memulakan latihan di padang Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Batu Buruk di sini semalam tetapi ditunda kerana hujan.



Sumber:SinarHarian Online 16/11/11

MB minta PBSNT cari pemain Import

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 12 November 2011 0 ulasan


Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mencari pemain import yang berkaliber bagi memantapkan lagi barisan pemain pasukan Terengganu.


Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said berkata, pihaknya tidak mahu menggunakan khidmat atau mewakilkan mana-mana ejen untuk tujuan itu sebaliknya mahu PBSNT mencarinya sendiri.

“Kita tidak mengira dari negara mana, asalkan pemain import itu boleh memberi sumbangan setimpal untuk pasukan Terengganu, berdisplin dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang tidak diingini.

“Jika sesuai dan menampilkan persembahan terbaik, kita sanggup membayarnya walaupun dalam jumlah yang agak mahal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rapat 1Malaysia, di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam (11 November).

 

MASIH RAMAI PEMINAT DIBELAKANG SAYA:CHE MAT

by:sebetulnya Catatan Ahad, 6 November 2011 0 ulasan




Utusan Malaysia Online melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST),Dato Che Mat Jusoh tidak akan meletak jawatan walaupun didesak berbuat demikian.

"Jika mereka tidak sokong saya sekalipun, masih ramai peminat yang berada di belakang saya," katanya.

Selain itu,Che Mat juga mendakwa banyak perubahan yang telah dilakukan sepanjang memimpin PBNST selama 13 tahun.

Sebelum ini,kira-kira 1000 penyokong mengadakan demotrasi menuntut  Presiden  PBNST ,Dato Che Mat Jusoh meletak  jawatan dan mahu penstrukturan semula dibuat.Mereka juga turut mendesak Menteri Besar,Dato Seri Ahmad  Said Campur tangan dengan merombak semula struktur pentadbiran PBNST.

Mereka juga turut memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu itu,sama ada bakal kehilangan sokongan pengundi muda pada pilihanraya umum akan datang atau penuhi permintaan mereka.








Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan itu.




Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat berkata, pihaknya bersedia menunggu laporan itu dan akan menilai berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tiada menerima maklumat berhubung perkara itu namun jika benar dakwaan yang dibuat itu siasatan lanjut akan dijalankan dan tindakan tegas perlu diambil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kira-kira 1,000 penyokong mengadakan demonstrasi menuntut Presiden PBSNT, Dato' Che Mat Jusoh meletak jawatan dan mahu penstrukturan semula dibuat dalam PBSNT.

Demonstrasi secara aman kira-kira 30 minit itu diadakan di luar perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.





Mereka turut mendesak agar Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said campur tangan dengan melakukan penstrukturan semula persatuan berkenaan termasuk melantik pengurusan baru demi masa depan bola sepak negeri itu.

YB. Rozi berkata, penyokong bola sepak negeri itu perlu mengikut saluran yang betul untuk meluahkan perasaan mereka dan bukan mengadakan demonstrasi.

Piala Emas Raja-Raja 2011

by:sebetulnya Catatan Rabu, 2 November 2011 0 ulasan


Kuala Lumpur; 16 pasukan bakal memulakan saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November depan.
Kejohanan peringkat awal yang dibahagikan kepada empat kumpulan menyaksikan Kelantan selaku juara 2010 diundi dalam kumpulan D yang turut disertai Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.
Kumpulan A menampilkan Negeri Sembilan selaku tuan rumah kepada Pahang, Kedah serta Singapura.
Terengganu selaku tuan rumah kumpulan B bakal bersaing merebut tempat kesuku akhir bersama ATM, PDRM dan Pulau Pinang.
Sambil kumpulan C terdiri Perak selaku tuanrumah kepada Selangor, Johor, Johor dan MASUM.
Saingan peringkat suku akhir diadakan secara timbal balik pada 3 dan 10 Disember 2011, manakala peringkat separuh akhir juga secara timbal balik pada 17 dan 24 Disember 2011.
Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 dijadualkan 30 Disember 2011.
KUMPULAN ‘A’
1. Negeri Sembilan (Tuan Rumah)
2. Pahang
3. Kedah
4. Singapura
KUMPULAN ‘B’
1. Terengganu (Tuan Rumah)
2. ATM
3. PDRM
4. Pulau Pinang
KUMPULAN ‘C’
1. Perak (Tuan Rumah)
2. Selangor
3. Johor
4. MASUM
KUMPULAN ‘D’
1. Kelantan (Tuan Rumah)
2. Perlis
3. Kuala Lumpur
4. Melaka
Sebagai rekod, Kelantan merupakan pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja apabila 15 kali menjulang Piala Emas Raja-Raja dan termasuk menjuarai kejohanan musim lalu setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir di Kota Bahru.
Memulakan tirai Piala Emas Raja-Raja 2011 adalah perlawanan Piala Agong diantara Kelantan menentang Perlis pada 12 November depan di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bahru, jam 8.45 malam.
Pertandingan Piala Emas Raja-Raja kali ini dijangka bakal menjadi gelanggang pemanas badan bagi pasukan-pasukan yang bakal membawa cabaran pada aksi Liga Malaysia 2012 yang telah pun membuka penyertaan pemain import.

Mat Zan ganti Irfan

by:sebetulnya Catatan Selasa, 1 November 2011 0 ulasan

WALAUPUN berat menerima keputusan pengunduran jurulatih, Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu musim depan, namun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akur dengan keputusan dibuat itu lapor, ZUBIR SULAIMAN.

Persoalan siapa yang akan mengantikan Ketua Jurulatih Bola Sepak Terengganu kini terjawab setelah Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh telah memutuskan bekas jurulatih pasukan Terengganu 2001, Mat Zan Mat Aris bakal menggantikan tempat itu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah Irfan Bakti Abu Salim membuat keputusan muktamad untuk mengundur diri dan enggan menyambung kontraknya bersama Terengganu untuk musim depan.

“Pihak persatuan tiada hasrat untuk membuang jurulatih yang banyak membawa kegemilangan pasukan Terengganu, namun keputusan itu telah dibuat oleh beliau sendiri.
“Pertukaran jurulatih adalah perkara biasa,saya mengakui perkhidmatan ditunjukkan beliau amat membanggakan sehingga mampu membawa Terengganu muncul juara FA, naib juara Liga Super dan tempat kedua Piala Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pemain dan jurulatih di pejabat PBSNT di sini, semalam.

Dalam pada itu, Che Mat berkata, berhubung jurulatih baru itu pihaknya telah mendapatkan jawapan daripada jurulatih itu namun belum secara rasmi dan perbincangan selanjutnya akan diputuskan Khamis ini.



Sumber:SinarHarian 31/10/2011

Selamat tinggal Ganu!

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan

TEKA-TEKI berhubung masa depan Irfan Bakti Abu Salim bersama pasukan Terengganu terjawab. Semalam, jurulatih kelahiran Kelantan itu telah mengesahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad Penyu yang bakal berakhir hujung bulan depan lapor, ZUBIR SULAIMAN

Beliau akhirnya membuat keputusan untuk mengundur diri daripada pasukan itu secara professional setelah lebih dua tahun menabur bakti untuk pasukan Terengganu sehingga berjaya membawa skuad Penyu membawa pulang Piala FA, naib johan Liga Super dan Piala Malaysia 2011.

“Saya mengambil keputusan untuk me­ngun­dur diri dan tidak menyambung kontrak yang akan berakhir 30 November depan setelah berbincang dengan pihak pengurusan.

“Buat masa ini saya akan cuba cari pasu-kan baru yang inginkan khidmat saya. Tawaran itu memang banyak, bagaimapun saya harus teliti terlebih dahulu sebab saya sukakan cabaran.

Insya-Allah, dalam masa sehari dua lagi saya akan tentukan hala tuju saya,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini, semalam.

Jurulatih yang berpengalaman lebih 15 tahun itu mula membimbing pasukan Terengganu pada 2009 setelah diberi peluang mengendalikan kelab Indonesia, Persipura selama satu musim.

Bagaimanapun, Irfan menafikan bahawa pengundurannya berpunca daripada pergeseran atau rasa tidak puas hati terhadap PBSNT.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak persatuan malah mereka (PBSNT) membayar gaji serta bonus tepat pada masanya.

“Saya meninggalkan Te­reng­ganu kerana sudah dua tahun saya di sini dan saya rasa cukuplah dua tahun itu. Saya akan cuba cari`team’ baru selepas ini
“Justeru saya berharap agar pengganti saya nanti dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki oleh pasukan Terengganu ketika ini,” katanya.



Sumber:SinarHarian 31/10/2011

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM