Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team turun sebagai 'underdog' bertemu Johor FC saingan kalah mati

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 17 Februari 2012 0 ulasan


T-Team akan turun sebagai pasukan bukan pilihan apabila bertemu Johor FC dalam perlawanan saingan kalah mati Piala FA di Stadium Pasir Gudang, Johor yang membuka tirai esok.

Jurulatih pasukan itu, Yunus Alif enggan mendabik dada dengan keupayaan anak buahnya dan menganggap Johor FC merupakan pasukan hebat selain mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Kita hormati dan tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan itu terutamanya dalam perlawanan kalah mati ini,” katanya semalam.

Berharap anak buahnya memenangi perlawanan pertama itu bagi menghidupkan peluang dalam perlawanan seterusnya, beliau berkata, T-Team akan turun habis-habisan dangan barisan pemain berpengalaman yang diketuai bekas penjaga gol kebangsaan Syamsuri Mustafa.

Yunus akan mempertaruhkan Mohd Faiz Subri, peledak berbisa untuk mengepalai jentera serangan dan dibantu bekas pemain Selangor Fadli Saari.

Mohd Faiz menjaringkan dua gol ketika T-Team bertemu Felda United di Stadium Hang Jebat Melaka Selasa lepas.

Yunus yakin prestasi pasukan T-Team kini dalam keadaan memberangsangkan dan diharapkan momentum positif itu terus dikekalkan ketika menentang Johor FC nanti.

MB kesal masalah lampu limpah tidak berkesudahan

by:sebetulnya Catatan Isnin, 13 Februari 2012 0 ulasan



Masalah lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) yang tidak berkesudahan dan gagal mencapai piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbulkan reaksi kecewa Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, FAM dan Persatuan Bola Sepak negeri Terengganu (PBSNT) perlu berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya isu itu tidak berpanjangan serta menjejaskan kerancakan liga bola sepak.

"Perkara ini kita perlu buat pemeriksaan terperinci mengenai keperluan sebenar lampu limpah itu. Ini saya tidak faham, sekali kata boleh, sekali kata tidak boleh, yang mana satu boleh pakai. Dulu kata kata perlu capai 800 lux, kita dah laksanakan, tapi macam mana boleh turun semula menjadi 500 lux.

"Apa masalah sebenarnya, kalau mentol lampu rosak, ganti mentol sajalah, apa yang susah sangat," katanya mengulas mengenai masalah lampu limpah yang sekali lagi berlaku di stadium itu.

Beliau mengulas demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), semalam (12 Februari).

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato’ Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail.

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

Masalah itu menyebabkan perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Kedah pada Selasa mungkin dilangsungkan pada sebelah petang.


Kegagalan mengatasi masalah lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) mungkin akan menyebabkan perlawanan antara pasukan Terengganu dan T-Team diadakan pada waktu petang.

Koordinator perlawanan FAM pada perlawanan T-Team menentang Perak malam tadi, Abd. Ghani Ishak berkata, jika masalah itu berterusan, berkemungkinan perlawanan membabitkan pasukan Terengganu Selasa ini diadakan pada sebelah petang.

"Hasil pemeriksaan di SSINS malam tadi mendapati cahaya lampu limpah di stadium itu tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan FAM iaitu 800 lux untuk perlawanan Liga Malaysia diadakan pada sebelah malam.

"Bacaannya hanya mencapai 500 lux dan ia tidak melepasi piawaian. Saya akan menghantar laporan serta-merta kepada FAM dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan di seluruh stadium itu dan mendapati setiap sudut di SSINS tidak mempunyai pencahayaan yang cukup.

Stadium perlu mempunyai tahap cahaya lampu limpah minimum 800 lux untuk perlawanan Liga M dan manakala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan 1,200 lux sebagai syarat minimum untuk perlawanan Piala AFC.

Kegagalan memenuhi kriteria itu memerlukan perlawanan diadakan pada waktu petang.


Harapan Perak untuk terus menduduki tangga teratas liga berkecai apabila tewas 0-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dua gol T-Team dijaringkan Bojan Petric pada minit ke-56 dan sepakan penalti Zairo Anuar Zailani pada minit ke-88.

Sementara itu, Terengganu pula tewas kepada Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Penyerang pasukan “The Red Warriors” itu, Norsharul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan tuan rumah hasil jaringan pada minit ke-37 menerusi hantaran Mohd Nurul Azwan Roya.

Kelantan kemudiannya menggandakan kedudukan 2-0 menerusi kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-52.

Gol tunggal Terengganu hadir pada pada minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Mohd Ashari Shamsudin.

JADUAL PIALA FA DAN KEPUTUSAN

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan



PIALA FA 2012
Pusingan Pertama
#TuanrumahLwnPelawatVenue
Februari 17, 2012 (Jumaat)
2Perak
Michal Kubala (4')
1-0ATMStd Perak, Ipoh
Februari 18, 2012 (Sabtu)
1Terengganu
Abdul Hadi Yahya (9'), Abdul Manaf Mamat (37', 65'), Francis Forkey Doe (79')
4-0PDRMStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
3UiTM FC0-3Lions XII FC
Shaiful Esah (10'), Madhu Montana (19'), Ahmad Shahir Ismail (84')
Std UiTM, Shah Alam
4Negeri Sembilan Betaria FC4-0MelakaStd Hang Tuah, Melaka
5KL POS Malaysia FC1-2Pulau Pinang USM FCStd Majlis Perbandaran Selayang
7Negeri Sembilan
Jean Emmanuel Effa Owona (24')
1-2Johor FC
Arthur Henrique Berhardt (29', 79')
Std Tunku Abdul Rahman, Paroi
8Pahang Kuantan Port/Shahzan Muda0-4Selangor
Bosko Balaban (21'), Mohd Safiq Rahim (62', 72'), Mohd Amri Yahyah (81')
Std Majlis Perbandaran Temerloh
9Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (34'), Norfarhan Mohamad (90'+3)
2-1Sarawak
Azizan Baba (20')
Std Sultan Muhamad IV, Kota Bharu
10Kuala Lumpur
Arman Fareez Mohd Ali (40'), Khairul Anuar Shafie (60'), Fazuan Abdullah (89')
3-0Johor MP Muar FCStd Hang Jebat, Melaka
11Preach Khan Reach (CAM)2-1Pulau PinangStd Nasional, Bukit Jalil
12KL SPA FC3-0Johor MBJB FCStd Mini Petronas, Bangi
13Kedah
Abdul Safi El Fatah (4')
1-1 (aet, penalti 4-2)Selangor PKNS FC
Mohd Nazrin (51')
Std Darul Aman, Alor Setar
14Perlis3-0Pulau Pinang Sinar Dimaja Maisarah FCStd Utama Negeri, Kangar
15Johor0-2Terengganu PBDKT T-Team
Khairul Izwan Khalid (11'), Zairo Anuar Zailani (pen 87')
Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Februari 19, 2012 (Ahad)
6KL Sime Darby FC Mohd Shazlan Alias (40'), Patrick Ronaldinho Wleh (45')2-0SabahStd Majlis Perbandaran Selayang
16KL FELDA United FC0-1Pahang
Mohd Hafiz Kamal (39')
Std Hang Jebat, Melaka
Pusingan Kedua
Mac 09, 2012 (Jumaat)
24Terengganu PBDKT T-Team
Azrul Hazran Amiludin Baki (58'), Md Fadzli Saari (63'), Md Faiz Subri (90'+4)
3-2Pahang
Azmuddin Md Akil (50'), Md Hafiz Kamal (59')
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Mac 10, 2012 (Sabtu)
17Terengganu
Ashari Shamsuddin (45'+4)
1-0PerakStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
18Lions XII FC
Shahril Ishak (55'), Sufian Anuar (83')
2-0Negeri Sembilan Betaria FCStd Jalan Besar, Singapura
19Pulau Pinang USM FC0-2KL Sime Darby FCStd Olahraga USM, PP
20Johor FC2-2 (aet, ft, pen 4-3)SelangorStd Majlis Perbandaran Pasir Gudang
21Kelantan3-2Kuala LumpurStd Sultan Muhamad IV, Kota Bharu
22Preach Khan Reach (CAM)0-1KL SPA FCStd Nasional Bukit Jalil
23Kedah3-2PerlisStd Darul Aman, Alor Setar

Suku Akhir - Perlawanan Pertama
23 Mac 2012 (Jumaat)
Kuala Lumpur Sime Darby FC 3-2 Johor FC Std Majlis Perbandaran Selayang
24 Mac  2012 (Sabtu)
 Terengganu 1-0 Lions XII FC Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
 Kuala Lumpur SPA FC 0-3 Kelantan Std Nasional, Bukit Jalil
Kedah 0-0 Terengganu PBDKT T-Team Std Darul Aman, Alor Setar

Suku Akhir - Perlawanan Kedua
Mac 27, 2012 (Selasa)

 Lions XII FC 0-0 (agg 0-1) Terengganu Std Jalan Besar, Singapura
 Johor FC 1-2 (agg 3-5) Kuala Lumpur Sime Darby FC Std MP Pasir Gudang
 Kelantan 2-0 (agg 5-0) Kuala Lumpur SPA FC Std Sultan Muhamad IV, Kota Bharu
Terengganu PBDKT T-Team 1-2 (agg 1-2) Kedah Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Separuh Akhir: 
21 April  2012 dan 1 Mei 2012
Terengganu vs KL Sime Darby FC
Kelantan vs Kedah

19 Final Mei  2012

T-Team uji tenaga import baharu

by:sebetulnya Catatan Isnin, 6 Februari 2012 0 ulasan



PASUKAN berstatus kelab, T-Team kini sedang menguji empat pemain import termasuk seorang bekas pemain kelab Nantes dan Metz dalam Liga 2 Perancis dalam misi menggantikan posisi yang ditinggalkan Zacharia Simukonda.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tiga daripada pemain itu iaitu Jamie Pheonix dari England, Umaru Mustapha Suna (Siera Leone) dan Goran Kuljilas (Bosnia) telah tiba ke negeri ini sejak tiga hari lalu dan telah turun dalam dua siri pemilihan.

Katanya, Tenema Ndiaye pula yang berasal dari Mali dan merupakan bekas pemain Nantes dan Mets baru tiba kelmarin dan membuat penampilan pertama pada sesi latihan petang semalam.

"T-Team memang memerlukan seorang pemain penyerang bagi menggantikan tempat Sumikonda yang secara rasmi telah menamatkan kontrak dengan pasukan atas faktor kecederaan.

"Jadi, kita telah menguji empat pemain setakat ini dan andai pihak pengurusan berpuas hati maka kita akan daftarkan salah seorang daripada mereka sebelum tarikh turut pendaftaran pada 13 Februari ini," kata Yunus kepada Kosmo! semalam.

Mengenai barisan pemain import yang diuji, Yunus mengakui salah seorang daripada mereka iaitu Pheonix mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia apabila pernah menyarung jersi Sabah pada 2007.

"Buat masa ini, saya masih belum melihat pemain mana yang layak untuk beraksi bersama kami kerana masing-masing belum menunjukkan kemampuan sebenarnya ekoran kepenatan.

"Kami akan beri masa kepada mereka dalam dua atau tiga lagi siri latihan dan perlawanan sebelum memutuskan pemain mana yang akan bermain bersama T-Team," jelasnya.

Bagaimanapun, Yunus mengakui Ndiaye yang kini berusia 30 tahun mempunyai rekod pencapaian yang lebih baik berbanding tiga lagi pemain yang lain.

Selain pernah bermain untuk kelab Nantes dan Metz di Perancis, Ndiaye juga merupakan bekas pemain yang menganggotai skuad remaja Mali yang muncul tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Remaja tahun 1999.

"Kalau semua berjalan lancar, kita mungkin akan daftarkan nama seorang daripada empat pemain ini dalam tempoh tiga atau empat hari lagi dan kemungkinan pemain itu boleh beraksi pada perlawanan menentang Negeri Sembilan Rabu depan," jelasnya.

Mengenai nasib Simukonda, beliau memberitahu pemain itu telah bertemu pihak pengurusan dan telah berbincang mengenai kontraknya.

"Dia adalah pemain yang profesional dan dia tahu masalah yang dihadapinya mampu menjejaskan prestasi pasukan. Jadi, kita telah membuat keputusan 'menang-menang' dan menamatkan kontraknya," katanya.

SUMBER:KOSMO  6/2/12

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM