Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Pantai Timur kecoh!

by:sebetulnya Catatan Rabu, 16 Januari 2013

GAMBAR atas, Penyokong Terengganu membaling objek ke arah penjaga garisan ketika menentang Selangor, petang semalam.
Gambar bawah, Penyokong Johor Darul Takzim terpaksa dibawa ke tengah padang bagi menjamin keselamatan selepas menentang Kelantan, malam tadi. Gelagat penyokong cipta gelisah pasukan

Kota Bharu: Anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi. Mereka berada di tengah-tengah padang selama kira-kira 30 minit dan hanya dibenarkan keluar dari stadium pada jam 11.30 malam selepas penyokong Kelantan bersurai.

Tindakan penyokong pasukan itu adalah di luar kawalan dan saya meminta maaf bagi pihak KAFA atas apa yang berlaku," Tan Sri Annuar Musa, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Polis kemudian mengiringi mereka keluar dari stadium untuk menaiki empat buah bas sebelum pulang ke Johor Bahru. 

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang kesal dengan kejadian itu berkata beliau bagi pihak KAFA berasa kecewa apabila penyokong membaling mercun ke padang selain objek kepada kira-kira 200 penyokong Johor selepas tamat permainan.

Di Kuala Terengganu, skuad Penyu bukan saja kalah 1-2 kepada Selangor di gelanggang sendiri, malah mungkin dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana sikap biadap sebahagian penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.

SUMBER:BERITA HARIAN

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM