Mencari Ramli: Musim II ("Pertandingan")..... DATANG Ke Kuala Terengganu !!!!!!
Ayoh
awok-awok yang ada anak-anak dan adik-adik serta saudaramara lingkungan
usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun
1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) disekitar negeri
Terengganu... peluang anda menguji dan mengasah bakat yang terpendam
yang mampu memikat perhatian para panel jurulatih ' Mencari Ramli' di
Kuala Terengganu.... ayoh, jangan malu-malu dan segan... marilah
ramai-ramai tunjukkan skil dan kehebatan anak ganukite di Padang 'A',
Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada 15, 16 dan 17hb Mac
ini...
Jadual Uji Bakat "Mencari Ramli" di Terengganu.
Tarikh: 15, 16, & 17 hb. Mac 2013
Masa: 08:00 pagi
Lokasi: Padang 'A', Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu
>> borang ujibakat "Mencari Ramli" ini boleh didapati di laman sesawang
http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah dan dibawa bersama semasa
sesi perdaftaran pada hari uji bakat,
>> ataupun anda datang semasa ujibakat pada hari tersebut untuk mendapat borang ini.
Aturcara:
Jumaat, 15 Mac - Hari Pertama (1,000 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain
Sabtu, 16 Mac - Hari Kedua (100 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain
Ahad, 17 Mac - Hari Ketiga (22 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain
Merupakan
sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain remaja
bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun
1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) bagi merebut gelaran RAMLI sekaligus
berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom
(London & Manchester United) untuk memgikuti program latihan
bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu. Pemenang
utama bagi Pertandingan ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah
utama berupa tajaan biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak
Frenz United (FUFA).
Program ini di anjurkan
oleh TELEKOM MALAYSIA ("TM") dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz
United dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk
bolasepak di Malaysia, ianya dijadualkan berlangsung dari 1hb. Februari hingga 13hb. Mei 2013.
>> pertandingan ini akan dijalankan di dalam tiga peringkat: pemilihan, saringan dan pertandingan akhir.
>> peringkat pemilihan akan di jalankan selama tiga (3) hari di dua belas (12) lokasi di serata Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.
>> tiga puluh (30) peserta yang terpilih semasa peringkat pemilihan, dikehendaki untuk menghadiri latihan
bagi pemilihan peringkat saringan pada tarikh dan lokasi yang akan diberitahu oleh TM.
>> daripada tiga puluh (30) peserta, hanya tiga (3) peserta yang paling berbakat akan layak untuk ke
peringkat akhir.
>> borang ujibakat "Mencari Ramli" ini boleh didapati di laman sesawang
http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah.
Jadual "Mencari Ramli" dan tarikh sesi uji bakat di dua belas (12) lokasi:-
1. Stadium Mini Jitra, Kedah ** 1, 2 & 3 Februari (200 pemain yg hadir)
2. Taiping ** 15, 16 & 17 Februari (700 pemain)
3. Stadium Mini Manjong, Perak ** 23, 24 & 25 Februari (940 pemain)
4. Padang Kilat, P. Pinang ** 2, 3 & 4 Mac
5. Stadium Mini Temerloh, Pahang ** 09, 10 & 11 Mac
6. Padang 'A' Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, K. Terengganu ** 15, 16 & 17 Mac
7. Pasir Gudang, Johor 23-25 March di Padang Mawar
8. Kota Bharu, Kelantan 5-7 April di Stadium Sultan Muhammad ke-IV
9. Kuala Lumpur 20-22 April di Padang Sekolah Victoria Institution
10. Kota Kinabalu, Sabah 27-29 April di Stadium Likas
11. Kuching, Sarawak 4-6 Mei di Padang B Petrajaya
12. Melaka 11-13 Mei di Stadium Hang Tuah
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Program Pemilihan & Uji Bakat "Mencari Ramli - Musim 2"... JANGAN LUPA !!!! di Kuala Terengganu pada 15, 16 dan 17hb Mac ini.
by:sebetulnya
Unknown
Khamis, 7 Mac 2013
Mencari ramli ini bagus untuk saya kerana ia boleh meningkat kan prestasi
dan minda kita SAYA MEMILIH MELAKA DI STADIUM HANG TUAH
Kenape tak buat kat seremban... Saya akan ke melaka untuk sesi uji bakat ini
JUMPA DI SANA MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
Untuk sesi pemilihan di melaka..adakah kena hadir ketiga2 hari atau boleh pilih Salah satu hari?
Kena hadir ketiga2 hari atau bleh datang satu hari saje...
Kena hadir ketiga2 hari atau bleh datang satu hari saje...
knpe cpt sangat abis
Bila mencari ramli 3 bermula di melaka
bila mancari ramli akan diadakn di negeri sembilan