Khamis, 26 Januari 2012

Kata dua buat Simukonda


“PIHAK pengurusan tidak teragak-agak membuang Simukonda jika terus beraksi buruk! Itu amaran tegas dikeluarkan pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat berhubung aksi yo-yo dipamerkan penyerang importnya, Zacharia Simukonda.

Rozi berkata, pihaknya terpaksa bertegas dalam hal membabitkan pemain terutamanya awang import bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang serta kemudahan terbaik yang diberikan itu.

“Sebelum ini pun kita telah mengeluarkan amaran kepada Simukonda untuk memperbaiki mutu permainan dan masih memberi peluang kerana dia masih dalam proses penyesuaian, namun itu sebenarnya bukan alasan kukuh bagi pemain bertaraf profesional.

“Peringatan sebegini bukan sahaja kepada pemain import, tetapi juga kepada semua pemain lain dalam pasukan,” katanya.

Dalam pada itu Rozi berkata, hukuman potong gaji atau direhatkan sementara daripada pasukan mungkin dikenakan kepada pemain sebelum tindakan memecat mereka diambil.

Selain Simukonda (Zambia) , skuad kendalian Yunus Alif itu, turut menggunakan khidmat pemain import dari Bosnia Herzegovina, Bojan Petric.

T-Team kini menduduki tangga keempat Liga Super dengan memungut tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan dan Sabtu ini menunggu kunjungan Selangor untuk aksi seterusnya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sumber:sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan