Jumaat, 18 Januari 2013

Liga Super 2013 - Peminat bolasepak T-TEAM tagih kemenangan mutlak petang ini!

T-TeamPasukan bolasepak Liga Super, T-TEAM yang akan melayan tetamu, PKNS di laman sendiri sekali lagi mengharapkan sentuhan Caleb Folan dan rakan-rakan dapat mempamerkan aksi yang berkualiti & bertenaga di perlawanan ke-4 petang ini.

Hanya kemenangan yang mampu menjarakkan kedudukan T-TEAM dari dasar liga sebelum kempen liga musim ini dihentikan sementara selama 23 hari bagi memberi laluan kepada perlawanan Piala FA pusingan pertama yang dijadualkan akan berlangsung pada 25hb. Januari ini dan juga sesi latihan pusat para pemain kebangsaan sebelum menghadapi kempen pusingan awal kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar pada 6hb. Februari.

" TERUSKAN, BERJUANG, KAMI BERSAMAMU "  

2 ulasan: