Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

MAJLIS AIDILFITRI ANAK PERANTAU BERSAMA MB

by:sebetulnya Catatan Rabu, 31 Ogos 2011 0 ulasan


Lebih 1,000 perantau yang hadir di Majlis Aidilfitri Bersama Perantau di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (31 Ogos) bukan saja dijamu dengan hidangan ketupat, lemang dan rendang malah puluhan juadah tradisional lain. 

Mereka yang dari serata negeri kelihatan berselera menikmati menu seperti rojak kateh, tapau, keropok lekor, laksa Terengganu, laksa penang, tart telur dan sebagainya yang jarang ditemui di negeri lain.

Perantau yang berasal dari Baru Buruk, Kuala Terengganu, Annur Najwa Azizan, 30, berkata dia tidak akan melepaskan peluang hadir meraikan majlis seumpama ini jika mendapat jemputan daripada penganjur. 

“Apabila berpeluang hadir secara tidak langsung dapat berbual mesra dan mengenali pemimpin Terengganu secara dekat,” katanya yang juga Pengurus Akademi Kecantikan Redglow di Shah Alam, Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud dan anak-anak hadir meraikan perantau.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Tengku Putera Tengku Awang; beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Dato' Wan Ahamad Wan Muda.

Dikesempatan itu Dato’ Seri Haji Ahmad dan To’ Puan Norliza mengagihkan duit raya kepada anak-anak perantau.

Perantau dari Cheras, Kuala Lumpur, Puan Norhayati Mohamed, berkata dia dan keluarga seronok dapat menghadiri majlis ini kerana berpeluang merasai pelbagai makanan Tradisional Terengganu.

“Nasi dagang dan keropok lekor menjadi hidangan wajib bagi kami setiap kali hadir ke majlis ini kerana di Kuala Lumpur sukar untuk mendapatkannya,” katanya datang bersama suami dan anak-anak.

Sementara itu, Dato’ Haji Ahmad Said berkata, kerajaan komited melaksanakan pelbagai perubahan dan pembangunan semata-mata ingin melihat Terengganu lebih maju setanding dengan negara luar.

Katanya, apabila Terengganu maju sekaligus mampu menarik minat puluhan pelabur, keadaan
bukan saja memberi limpahan rezeki kepada negeri malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Dulu penduduk negeri ini seakan segan ingin mengaku bahawa dirinya orang Terengganu bermungkinan tidak banyak perubahan yang berlaku. Kini mereka bangga kerana ramai rakyat negeri ini mencipta nama di persada antarabangsa.

“Bidang pendidikan dan sukan turut membuka mata pihak luar dengan mengambil modul bidang itu untuk dipratikkan di negeri masing-masing,” katanya. 




Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri hari ini begitu terasa apabila lebih 15,000 orang pengunjung berbilang bangsa hadir bagi meraikannya di Rumah Terbuka Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu.


Biarpun acara rumah terbuka untuk orang ramai bermula pada pukul 10 pagi, tetapi pengunjung telah mula tiba sejak pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil peluang untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Menteri Besar dan isteri, To' Puan Seri Norliza Mahmud. 

Pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah istimewa dan makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan rendang selain dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Hari Raya.

Seorang pengunjung, Abdul Malik Yusof, 51, berkata, beliau bersama isteri dan tiga anak perempuannya yang pertama kali menghadiri rumah terbuka Menteri Besar itu bagi merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pemimpin negeri.

"Pada mulanya, kami ingatkan majlis ini hanya untuk orang kenamaan sahaja. Sebaik sampai di sini saya berpeluang bersalam dengan Menteri Besar dan kami diraikan bersama " katanya yang juga guru Matematik dari Chendering, Kuala Terengganu.

Bagi Cheah Wan Ning, 21, berkata, beliau seronok untuk meraikan Hari Raya bersama teman-temannya yang beragama Islam, malah setiap tahun rumah terbuka Menteri Besar adalah tempat yang mesti disinggah.

"Saya begitu gembira dapat datang ke rumah terbuka ini dan melihat pemimpin negeri secara lebih dekat. Paling penting, saya juga dapat duit raya,” katanya sambil tersenyum riang.

Sementara itu, di luar Seri Iman, lebih 10 khemah dipasang berserta kerusi dan meja untuk orang ramai menjamu selera sambil berbual mesra antara satu sama lain dan tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar itu. 

PINDAAN JADUAL PIALA MALAYSIA SELEPAS AIDILFITRI

by:sebetulnya Catatan Ahad, 28 Ogos 2011 0 ulasan

KEPUTUSAN meminda tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.Demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad .

Keputusan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut disebabkan ia bertembung dengan tarikh aksi persahabatan Harimau Malaya dengan pasukan kebangsaan Australia pada 7 Oktober depan.

Azzuddin berkata, mesyuarat yang akan diadakan itu akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan jadual perlawanan yang diadakan ataupun untuk meminda tarikh pertandingan Piala Malaysia bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa itu.

Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September.

PERADUAN MERAMAL JUARA PIALA MALAYSIA 2011

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 26 Ogos 2011 1 ulasan



HADIAH :RM200.(SEORANG PEMENANG SAHAJA)  
SYARAT:
1.Satu penyertaan sahaja dibenarkan setiap orang.
2.Sekiraya  terdapat lebih dari 2 pemenang,pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yg terawal sebagai pemenang.
3.Jawapan hendaklah dihantar ke inbox  facebook :djsebetulnya@yahoo.com
4.Hadiah akan dimasukkan terus ke akaun pemenang.pada  30hb Oktober 2011
5.Pemenang akan dihubungi melalui Facebook
6.syarat penyertaan tertakluk kpd perubahan dari semasa-semasa.
7.Keputusan muktamad
8.cth jawapan yang perlu dihantar
SUKU AKHIR
Kelantan vs PKNS
Terengganu vs Johor FC
Kedah vs T-Team
Selangor  vs Sabah
SEPARUH AKHIR
Kelantan vs Terengganu
Kedah vs Sabah
AKHIR
Terengganu vs Kedah
JUARA
Terengganu




“Kali ini, T-Team memang berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, kami bakal menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan ini,” Ujar Pengurus T-Team YB Rozi Mamat di majlis berbuka puasa anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Dalam pada itu,T-Team menyenaraikan 2 pemain pinjaman bagi menghadapi Piala Malaysia musim ini,iaitu Mohd Jibrail Kamaron Baharin daripada Pos Malaysia dan Mohd Fitri Omar daripada pasukan MP Muar.

Menurutnya, pasukan itu optimis untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Terengganu dan akan bekerja keras untuk mencapainya melalui beberapa perubahan besar terutamanya dari segi persembahan dan corak permainan.

Beliau juga berharap Pasukan T-Team  dapat mempamer aksi terbaik dan seterusnya memperbaiki rentak permainan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 6 September ini.

Setakat ini T-Team telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan.Menang 2-0 keatas PKNS dan tewas 1-0 kepada pasukan Sime Darby.

T-Team juga bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 24 Ogos ini,di Kota Bharu.

Pasukan T-Team diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan Selangor,Kuala Lumpur dan PDRM .

GALERI FOTO 2011

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan

Barisan kesebelasan pemain T-TEAM The Titans 2013 vs TERENGGANU
Add caption
                          Sumber:Facebook Piala Malaysia Milik Siapa?




PERLAWANAN BOLA SEPAK HARI RAYA  ANTARA FORUMER GSN



MAJLIS RAYA MERDEKA JABATAN DAN MERAIKAN PIALA FA DI MARANG.18 SEP 2011





IFTAR KELUARFA GSN-28 RAMADHAN 1432H.




MAJLIS IFTAR GSN BERSAMA DARUL FALAH ,RAMADHAN 1432




BBQ MENYAMBUT KEMENANGAN PIALA FA 2011,GSN DAN PEMAIN









JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2011

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 20 Ogos 2011 3 ulasan

KEDUDUKKAN PERINGKAT KUMPULAN


KKumpulan APMSKJBPGMata
1PERAK641084413
2SABAH6312106410
3Kedah62229818
4Johor6015716-91
KKumpulan BPMSKJBPGMata
1N.SEMBILAN6402104612
2TERENGGANU640283512
3pkns fc63037619
4Sime Darby5005112-110
KKumpulan CPMSKJBPGMata
1KELANTAN6411114713
2FELDA FC631264210
3Johor FC62227708
4Serawak6105211-93
KKumpulan DPMSKJBPGMata
1T-TEAM6411114713
2SELANGOR631295410
3K.Lumpur62317439
4Pdrm6015119-181


JADUAL DAN KEPUTUSAN

6 September 2011 (Selasa)
Kumpulan A
Johor 0-2 Kedah8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Sabah 0-0 Perak8.15 malam,Likas Kota Kinabalu.

6 September 2011 (Selasa)
Kumpulan B
Sime Darby 0-3 TERENGGANU8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayang
 
PKNS 1-2 N.Sembilan8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya

6 September 2011 (Selasa)
Kumpulan C
Serawak0-2 Kelantan4.15 malam,Std  Negeri,Kuching.
Johor FC 0-2 Felda FC8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang

6 September 2011 (Selasa)
Kumpulan D
PDRM0-4 K.Lumpur8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi
T-TEAM1-0 Selangor8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

10 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan A
Kedah 1-2 Sabah8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Perak 2-1 Johor8.45 malam,Std Perak,Ipoh.

10 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan B
TERENGGANU3-1 PKNS8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
 
N.Sembilan5-0 Sime Darby8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi

10 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan C
Kelantan2-1 JohorFC8.45 malam,Std  Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru
Felda FC1-0 Serawak 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang

10 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan D
Selangor2-0 PDRM8.45 malam,Std Shah Alam
K.Lumpur1-2 T-TEAM8.45 malam,Std Majlis Pembandaran Selayang.

13 September 2011 (Selasa)
Kumpulan A
Perak 2-1 Kedah8.15 malam,Stdm Ipoh 
Johor1-3 Sabah8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

13 September 2011 (Selasa)
Kumpulan B
N.Sembilan1-0 TERENGGANU8.45 malam,Std Tunku Abdul Rahman,Paroi.
 
PKNS 1-0 Sime Darby8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya

13 September 2011 (Selasa)
Kumpulan C
Serawak0-1 Johor FC4.15 malam,Std  Negeri,Kuching.

14 September 2011 (Rabu)
Kumpulan C
Felda FC2-0 Kelantan 8.45 malam,Std  Petaling Jaya

13 September 2011 (Selasa)
Kumpulan D
K.Lumpur0-0 Selangor8.45 malam,Stadium Majlis Perbandaran Selayang

T-TEAM
4-0 PDRM8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue
17 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan A
Kedah 3-3 Johor8.45 malam,Std Darul Aman, Alor Setar
Perak 2-1 Sabah8.45 malam,Std Perak,Ipoh.

17 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan B
TERENGGANU1-0 Sime Darby8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
 
N.Sembilan0-2 PKNS 8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi

18 September 2011 (Ahad)
Kumpulan C
Kelantan4-0 Serawak8.45 malam,Std  Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru
Felda FC1-1 Johor FC 8.45 malam,Std Petaling Jaya,Kelana Jaya.

17 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan D
Selangor1-2 T-TEAM8.45 malam,Std Shah Alam
K.Lumpur0-0 PDRM8.45 malam,Std Majlis Pembandaran Selayang.

24 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan A
Johor 1-2 Perak8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Sabah 0-1 Kedah8.15 malam,Likas Kota Kinabalu.

24 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan B
Sime Darby 1-2 N.Sembilan8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayan
 
PKNS 0-1 TERENGGANU8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya

24 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan C
Serawak1-0 Felda FC4.15 malam,Std  Negeri,Kuching.
Johor FC 1-1 Kelantan 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang

24 September 2011 (Sabtu)
Kumpulan D
PDRM1-4 Selangor8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi
T-TEAM1-1 K.Lumpur8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

27 September 2011 (Selasa)
Kumpulan A
Kedah 1-1 Perak8.45 malam,Std Darul Aman Alor Star.
Sabah4-1 Johor8.15 malam,Std Likas,Kota Kinabalu

27 September 2011 (Selasa)
Kumpulan B
TERENGGANU0-0 N.Sembilan8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
 

Sime Darby
0-1 PKNS 8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayang

27 September 2011 (Selasa)
Kumpulan C
Kelantan2-0 Felda FC8.45 malam,Std  Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru
Johor FC3-1 Serawak 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang

27 September 2011 (Selasa)
Kumpulan D
Selangor2-1 K.Lumpur8.45 malam,Std Shah Alam
PDRM0-6 T-TEAM8.45 malam,Std Tuanku Abdul Rahman.

10 Oktober 2011 (Selasa)
SUKU AKHIR PERTAMA
Selangor3-1Perak8.45mlm,Std Shah Alam
TERENGGANU3-1Kelantan8.45mlm,SSINS
Felda FC1-0N.Sembilan8.45mlm,Std Selayang
Sabah 1-2T-TEAM8.15 mlm,Likas Kota Kinabalu.

14 Oktober 2011 (Selasa)
SUKU AKHIR KEDUA
Perak0-1Selangor8.45mlm,Std Ipoh,Perak
Kelantan2-2TERENGGANU8.45 mlm.SSMIV
N.Sembilan3-0Felda FC8.45 mlm,Std Tuanku Abdul Rahman.
T-Team2-1Sabah8.45mlm,SSINS

18 OKTOBER 2011 (Selasa)
SEPARUH AKHIR PERTAMA
T-TEAM2-4N.Sembilan8.45mlm,SSINS
Selangor0-2TERENGGANU8.45mlm,Std Shah Alam

22 OKTOBER 2011 (Sabtu)
SEPARUH AKHIR KEDUA
N.SembilanvsT-TEAM.8.45 mlm,Std Tuanku Abdul Rahman.
TERENGGANUvsSelangor8.45mlm,SSINS

29 OKTOBER 2011 (Sabtu)
FINAL
TERENGGANU1-2
 N.Sembilan


*TERTAKLUK PADA PERUBAHAN DAN PINDAAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA

PENGENALAN

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 19 Ogos 2011 0 ulasan

GanuSoccer.FM @ GSN.FM yang ditubuhkan pada 11hb April 2011 merupakan Radio Online yang bernaung dibawah Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu iaitu GanuSoccer.net.

Malah,GanuSoccer.net merupakan Kelab Penyokong Bola Sepak di Terengganu yang PERTAMA memiliki radio online bagi tujuan menyampai info-info semasa berkaitan dengan perkembangan bola sepak di negeri Terengganu tanpa batas geografi.

GSN.FM boleh didengari seluruh dunia melalui  http://www.ganusoccer.net. Selain itu,GSN.FM juga boleh didengar menggunakan winap melalui URL  http://72.20.10.52:8000/listen.pls.

Kami masih dalam proses penambahbaikan bagi menghasilkan radio internet sukan terbaik untuk semua pendengar seluruh dunia.Sokongan pendengar amatlah kami hargai.

LOGO

Diperkenalkan pada  pada 23 Syawal  1432 bersamaan 21 September 2011,hari rabu.Logo ini hasil ilham djsebetulnya memamparkan ciri-ciri identiti Negeri dan sukan bola sepak.


3 warna iaitu biru laut,putih dan hitam adalah gabungan warna imej negeri dan imej pasukan.Biru melambangkan negeri Terengganu yang berada dipeisisir pantai.Manakala hitam putih pula merupakan warna bendera dan jersi pasukan Terengganu.


Simbol yang berbentuk  "s" membawa maksud Soccer iaitu bola dan lingkaran di kiri kanan huruf  "S" merupakan imej gelombang  ombak.Ringkasnya bermaksud gelombang bola sepak dari negeri Terengganu.


Logo ini mula dipaparkan secara rasmi di blog ini pada jam 11.30 minit malam rabu.

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM