“Kali ini, T-Team memang berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, kami bakal menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan ini,” Ujar Pengurus T-Team YB Rozi Mamat di majlis berbuka puasa anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Dalam pada itu,T-Team menyenaraikan 2 pemain pinjaman bagi menghadapi Piala Malaysia musim ini,iaitu Mohd Jibrail Kamaron Baharin daripada Pos Malaysia dan Mohd Fitri Omar daripada pasukan MP Muar.
Menurutnya, pasukan itu optimis untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Terengganu dan akan bekerja keras untuk mencapainya melalui beberapa perubahan besar terutamanya dari segi persembahan dan corak permainan.
Beliau juga berharap Pasukan T-Team dapat mempamer aksi terbaik dan seterusnya memperbaiki rentak permainan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 6 September ini.
Setakat ini T-Team telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan.Menang 2-0 keatas PKNS dan tewas 1-0 kepada pasukan Sime Darby.
T-Team juga bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 24 Ogos ini,di Kota Bharu.
Pasukan T-Team diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan Selangor,Kuala Lumpur dan PDRM .
0 ulasan