Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team bakal tamat kontrak Zacharia Simukonda

by:sebetulnya Catatan Selasa, 31 Januari 2012 0 ulasan



KUALA TERENGGANU - Khidmat pemain import Zacharia Simukonda bersama pasukan T-Team bakal berakhir apabila kontrak pemain kelahiran Zambia itu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat ini atas sebab-sebab kecederaan.

Ketika mengesahkan demikian, jurulatih Yunus Alif berkata T-Team akan menguji beberapa orang pemain baru dalam sehari dua ini untuk menggantikan tempat Zacharia.

"Kita akan uji sekurang-kurangnya enam pemain dari Mali, Bosnia dan juga England," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Yunus berkata Zacharia mengalami kecederaan kerana tisu di pangkal pahanya koyak dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Beliau berkata T-Team akan menanggung kerugian sekiranya mahu menunggu Zacharia pulih daripada kecederaan.

"Jadi kita terpaksa mencari pemain import baru bagi mengelak prestasi pasukan terjejas," katanya.
  
Beliau berkata perbincangan dari hati ke hati akan diadakan dengan Zacharia petang ini bagi menyelesaikan masalah pampasan dan hal yang berkaitan dengan penamatan kontrak.

Yunus berkata T-Team berharap dapat menggunakan khidmat pemain import baru sebelum 13 Feb iaitu tarikh akhir pendaftaran pemain import ditutup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kalau kita tidak mendaftar dalam tempoh itu, kita terpaksa tunggu tarikh baru pendaftaran pemain import pada April depan," katanya.

Beliau berkata dalam masa ketiadaan pemain import, T-Team terpaksa membuat persediaan dengan bergantung sepenuhnya kepada pemain tempatan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

"Walaupun tanpa pemain import, saya yakin pemain tempatan dapat melakukan yang terbaik," katanya.

T-Team akan bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 8 Feb ini.

Sumber:Bernama 31 Januari 2012

T-Team tumpul, kurang berkesan

by:sebetulnya Catatan Isnin, 30 Januari 2012 0 ulasan

KUALA TERENGGANU - Sentuhan penyudah yang tumpul dan kurang berkesan memusnahkan impian T-Team untuk melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Hakikat itu diakui pengendalinya, Yunus Alif yang nyata kurang berpuas hati dengan persembahan kurang bertenaga yang dipamerkan anak-anak buahnya itu.

Menurut Yunus, jentera serangan T-Team yang diterajui Fazdli Shaari dan Zacharia Simukonda juga mudah hilang tumpuan walaupun memiliki deretan peluang yang terhidang untuk disempurnakan.

"Secara keseluruhannya, pemain kita main tak 'pressure' lawan dan banyak beri ruang kepada Selangor untuk menyusup masuk.

"Bagaimanapun, kita akan atasi masalah ini dan saya percaya T-Team mampu bangkit dalam perlawanan akan datang," katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Selangor berjaya menamatkan badi empat kekalahan ke atas T-Team pada musim lalu apabila menang 2-1.

Red Giants mendahului pada minit ke-35 hasil sepakan penalti Ramez Jamal Dayoub, namun Zairo Anuar Zailani bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48 juga menerusi sepakan penalti.

Azidan Sarudin kemudian muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-77.
Dalam pada itu, Yunus masih berteka-teki mengenai kedudukan Simukonda dalam pasukan ekoran aksi longlai yang dipamerkan bekas penyerang import Perlis itu sebelum ini.

"Saya nampak dia (Simukonda) hari ni memang telah berusaha sebaik mungkin, namun masalah kecederaan menghalangnya untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Kita akan periksa (kecederaan) dia esok (hari ini) dan kalau serius, memang kita tak boleh tunggu masa yang lama dan kita akan buat sesuatu.

"Apapun kita akan tunggu laporan doktor yang merawat dia, berapa lama masa yang diambil untuk kembali pulih," ujarnya.

Simukonda yang setakat ini baru menjaringkan satu gol daripada lima perlawanan Liga Super pernah diberi amaran oleh pengurusan supaya meningkatkan tahap permainan bagi mengelakkan tindakan drastik diambil terhadap pemain kelahiran Zambia itu.

Sumber:Utusan 30/1/12

Yunus: Pertemuan T-Team, Selangor dijangka menarik

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 28 Januari 2012 0 ulasan


KUALA TERENGGANU - Pertemuan antara pasukan T-Team dan Selangor dijangka menarik apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok.

Jurulatih pasukan T-Team Yunus Alif berkata, sama ada T-Team mahupun Selangor masing-masing tahu teknik antara satu sama lain yang membuatkan perlawanan dijangka seimbang dan menarik.

"Sama-sama kuat dan sama-sama tahu kelebihan dan kelemahan pemain masing-masing," kata Yunus ketika diminta mengulas mengenai pertemuan kedua-dua pasukan malam esok.

Yunus berkata beliau tidak khuatir dan bimbang pasukannya menghadapi gergasi Lembah Klang malam esok kerana T-Team pernah mengalahkan pasukan itu empat kali dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia tahun lepas.

Tambahan pula, dengan kehadiran Fazli Shaari bekas pemain Selangor, ia menguatkan lagi kedudukan T-Team untuk memungut mata penuh daripada perlawanan itu nanti, katanya.
  
Yunus berkata beliau akan membuat pemilihan di antara Alif Alias dan Hassan Basri untuk mengambil tempat Shahril Fazli bagi mengukuhkan bahagian pertahanan kanan.

Shahril telah dilayang kad merah semasa T-Team menentang Terengganu di sini Sabtu lepas, menyebabkannya digantung dua perlawanan.

Yunus berkata ketua pasukan T-Team Rosdi Talib yang baru pulih dari demam kemungkinan akan diturunkan malam esok jika keadaannya memuaskan.

"Apa yang saya harapkan ialah persembahan terbaik daripada anak buah saya di samping tidak melakukan kesilapan mudah bagi mengelak T-Team menerima padah," katanya.

Yunus berkata kemenangan bagi T-Team malam esok penting untuk menyuntik semangat bagi menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya.

Sumber: Bernama

Pecat saja!

by:sebetulnya Catatan Khamis, 26 Januari 2012 0 ulasan


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab memecat mana-mana pemain import yang tidak berkualiti.

Baginda berkata, tindakan itu bagi mengelak kerugian masa dan wang, malah ia wajar kerana kehadiran­ pemain import bertujuan untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara.

“Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan pemain import yang tidak berkualiti, lebih baik tolong pemain kita beraksi dalam saingan Liga Malaysia sekali gus meningkatkan kualiti permainan.

“Jangan sampai setahun baru kita nak menukar pemain import sehingga memberi kesan terhadap pasukan­,” katanya semalam.

Menurutnya, FAM mahu pemain import yang beraksi di negara ini berkualiti dan berdisiplin tinggi dalam memajukan sukan bola sepak.

“Kita jangan terus mengharap. Jika mereka tidak boleh berubah dan mengikut corak permainan, sebaiknya kontrak mereka ditamatkan.

“Dalam hal ini, saya harap pengurusan FA dan kelab meletakkan syarat tertentu seperti memberi tempoh dan jika gagal, kontrak ditamatkan,” katanya.

Sumber :Sinar Harian

Kata dua buat Simukonda

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan


“PIHAK pengurusan tidak teragak-agak membuang Simukonda jika terus beraksi buruk! Itu amaran tegas dikeluarkan pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat berhubung aksi yo-yo dipamerkan penyerang importnya, Zacharia Simukonda.

Rozi berkata, pihaknya terpaksa bertegas dalam hal membabitkan pemain terutamanya awang import bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang serta kemudahan terbaik yang diberikan itu.

“Sebelum ini pun kita telah mengeluarkan amaran kepada Simukonda untuk memperbaiki mutu permainan dan masih memberi peluang kerana dia masih dalam proses penyesuaian, namun itu sebenarnya bukan alasan kukuh bagi pemain bertaraf profesional.

“Peringatan sebegini bukan sahaja kepada pemain import, tetapi juga kepada semua pemain lain dalam pasukan,” katanya.

Dalam pada itu Rozi berkata, hukuman potong gaji atau direhatkan sementara daripada pasukan mungkin dikenakan kepada pemain sebelum tindakan memecat mereka diambil.

Selain Simukonda (Zambia) , skuad kendalian Yunus Alif itu, turut menggunakan khidmat pemain import dari Bosnia Herzegovina, Bojan Petric.

T-Team kini menduduki tangga keempat Liga Super dengan memungut tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan dan Sabtu ini menunggu kunjungan Selangor untuk aksi seterusnya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sumber:sinarharian

Penyu tak gentar: Mat Zan

by:sebetulnya Catatan Selasa, 24 Januari 2012 0 ulasan

BERAKSI di atas padang rumput tiruan menentang Lions XII di stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bukan alasan buat Terengganu gagal mengutip sebarang mata.

Pengendalinya, Mat Zan Mat Aris berkata beraksi di atas permukaan mana sekalipun pasukannya hanya inginkan kemenangan.

“Memang padang tiruan di stadium Jalan Besar menjadi topik utama bukan sahaja melibatkan pasukan Malaysia malah dari luar negara.

“Malah, dalam skuad Penyu hanya Muslim Ahmad, Affize Faisal Mamat, Shukur Jusuh dan Faizal Muhammad sahaja yang mempunyai pengalaman beraksi di sana,” katanya.

Bagaimanapun, Mat Zan yakin terhadap kebolehan pemainnya dalam usaha merobek gawang Lions di hadapan penyokong sendiri.

Pada perlawanan ketiga Liga Super, Lions mendapat kemenangan pertama di laman sendiri apabila menumpaskan Kuala Lumpur 2-1.


Pertembungan `adik’ dan `abang’ di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi berkesudahan dengan T-Team terpaksa berputih mata tewas buat pertama kali di tangan pasukan senior Terengganu dengan keputusan 1-2.

Kekalahan itu memaksa T-Team atau digelar Penyu Muda gagal mempertahankan kedudukan di takhta liga, sebaliknya dirampas oleh Kelantan yang berjaya menjinakkan Kedah 3-0, di Alor Setar, semalam.

Sementara kemenangan Terengganu yang terhasil menerusi jaringan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit 20 dan ke-59 berjaya membaiki kedudukan dan merapati Kelantan di tangga kedua dengan jumlah sembilan mata keseluruhan.

Dalam keghairan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan sebaik wisel dibunyikan, T-Team terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang dijaringkan Zairo Anuar Zailani pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Terengganu berjaya menunjukkan kebangkitan selepas T-Team kekurangan seorang pemain yang menerima kad merah sekaligus membataskan skuad kendalian Yunus Aliff itu untuk menambah jaringan gol.

Dua pemain import Terengganu ke Bumi Kenyalang hadapi Sarawak

by:sebetulnya Catatan Isnin, 16 Januari 2012 0 ulasan

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menerbangkan dua pemain import ke Bumi Kenyalang bagi membantu Skuad Penyu menentang Sarawak sekiranya lulus pemeriksaan kesihatan hari ini.

Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, pemeriksaan kesihatan itu menjadi satu syarat kepada pemain-pemain asing oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kita sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan daripada hospital,” katanya hari ini.

Dalam Liga Super tahun ini, Terengganu menggunakan khidmat dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil.

Abdullah berkata, beliau berharap masalah itu akan selesai hari ini bagi membolehkan kedua-dua pemain itu beraksi di Stadium Negeri Sarawak, Kuching malam esok setelah Terengganu mengharungi dua perlawanan sebelum ini tanpa pemain import.

Sementara itu, jurulatih Mohd Zan Mat Aris berkata, Terengganu akan turun sebagai ‘underdog’ apabila bertemu Sarawak di Kuching malam esok.

Menurutnya, ini kerana pasukan bumi kenyalang itu merupakan antara pasukan terbaik dan boleh menggugat Terengganu dalam pertandingan Liga Super musim ini.

Bekas jurulatih Kuala Lumpur itu berkata, beliau telah mengingatkan anak-anak buahnya supaya memberikan persembahan terbaik bagi memastikan Terengganu tidak kecundang.

Mohd Zan berkata, kecederaan beberapa pemain tidak merisaukannya kerana pasukan itu mempunyai ramai pemain simpanan yang tidak kurang hebatnya untuk diturunkan.

Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 setakat ini memperolehi tiga mata hasil kemenangan 3-0 menentang pasukan Felda United baru-baru ini dan kalah dengan pasukan Perak 0-1.

FAM Lanjut Tarikh Daftar Import,Isu Import Terengganu Selesai

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 13 Januari 2012 1 ulasan

FAM membuat keputusan pada hari ini untuk melanjutkan pendaftaran semua pemain import sehingga 13 Februari 2012. FAM telah mengadakan mesyuarat tergempar JKPT pada petang ini berhubung dengan isu pemain import Terengganu di Wisma FAM.

Minggu ini hangat diperkatakan tentang PBSNT dengan FAM yang bertikam lidah tentang pendaftaran pemain import Terengganu yang telah ditolak oleh FAM. Tekanan bertambah untuk FAM setelah Menteri Besar Terengganu, datuk seri Ahmad Said mengugut untuk menyaman FAM dan menarik keluar Terengganu dan T-Team dari Liga Super Malaysia dan pertandingan liga Malaysia yang lain.

Penyokong Terengganu juga dikatakan telah menggesa Presiden JKPT, Datuk Hamidin Muhd Amin untuk meletakkan jawatan, Perkara yang berlarutan ini telah memaksa FAM untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan segera untuk menamatkan dan menyelesaikan masalah ini Hasil dari mensyuarat pada hari ini, FAM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import bagi Liga Super Malaysia sehingga 13 Februari 2012.

Pemain import Terengganu iaitu Francis Doe Forkey dan pemain Brazil Erison Da Silva Santos mungkin akan beraksi pada perlawanan dengan Felda United esok.

Dalam keadaan kemelut ini  hampir selesai timbul pula komen penyokong dilaman Facebook yang tidak berpuashati dengan FAM kerana membenarkan pemain import Selangor Ramesh Dayoub  beraksi dalam liga super yang didakwa tidak layak bermain  kerana  tidak melalui cooling period??? Mereka tertunggu apa jawapan dan  keputusan FAM??. Mengapa TAN SRI  ANNUAR  MUSA mendiamkan diri walaupun beliau mengetahui pemain itu   tidak layak bermain. Adakah FAM pilih kasih?? Atau memang FAS anak emas FAM????
Sumber:ESPNSTAR.MY

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menyarankan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) segera menghantar surat kepada FAM sekiranya benar mereka mahu menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dari Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Enggan melayan dan memberi sebarang maklum balas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dianggap tidak berhak mengeluarkan sebarang kenya­taan, Azzuddin menyerahkan perkara tersebut kepada PBSNT untuk membuat keputusan. “Jika benar mereka mahu menarik diri dari Liga M, kemukakan surat kepada kami agar perkara tersebut dapat diusulkan kepada Ahli Jawatankuasa FAM yang lain. Kami akan bersama-sama meneliti permintaan tersebut sekiranya itu yang mereka mahukan kerana FAM mempunyai peraturan yang perlu mereka patuhi,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Semalam akhbar ini melaporkan, Ahmad Said mengecam tindakan FAM kerana tidak membenarkan Terengganu mendaftarkan dua tonggak importnya beraksi, dan memberikan tiga pilihan kepada FAM sama ada membenarkan dua pemain import bermain atau kedua, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan undang-undang terhadap FAM berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan dan ketiga, membayar ganti rugi kontrak dua pemain tersebut. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan yang mungkin dihadapi oleh kancah bola sepak negara sekiranya Terengganu dan T-Team benar-benar menarik diri dari Liga M, Azzuddin tidak mahu memberikan sebarang komen. “Selagi perkara tersebut belum berlaku, tiada apa yang perlu diulas,” katanya. Tidak mahu isu kesilapan surat pekeliling FAM yang dihantar kepada PBSNT terus diperbesarkan oleh pelbagai pihak, Azzuddin mahu persatuan itu segera datang ke FAM untuk menyelesaikannya mengikut prosedur yang betul. “FAM bukan hanya diterajui oleh saya mahupun Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin. Sebaliknya kami mempunyai ramai lagi ahli jawatankuasa lain yang turut memainkan peranan dalam membuat keputusan. Oleh itu, mereka perlu faham, undang-undang FAM bukan boleh diubah dengan sesuka hati walaupun ianya tidak te­rikat dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa),” katanya. Sumber:SinarHarian 13/01/2012

SUKAN pun nampaknya sudah macam gelanggang politik.Semangat kesukanan sudah tidak begitu diamalkan.Kadang-kadang, budi bicara boleh diguna pakai untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dan bukan terus-terusan ‘berbalas serangan’. Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersilap kenyataan dalam surat pekeliling kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai status pemain import, ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. Tidak perlu rasanya untuk mempertahankan siapa yang betul dan siapa pula yang silap. Mungkin atas semangat kesukanan, tidak salah kiranya FAM dan PBSNT menggunakan budi bicara untuk membenarkan Terengganu meneruskan saingan Liga Super dengan pemain import yang telah mereka daftarkan. Bagi pihak Terengganu pula, mereka seharusnya rasa bangga kerana bersaing dalam liga menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan dan ia harus dicontohi. Jika kos untuk mendapat pemain import menjadi isu, ia mungkin boleh dibincangkan secara baik dengan FAM. Baru di awal saingan, kontroversi sudah menyelubungi kancah bola sepak negara. Ancaman saman mula disuarakan Terengganu kerana mereka rasa terpedaya dengan surat pekeliling yang dihantar oleh FAM pada 23 Disember lalu. Ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin yang mengancam untuk menarik diri daripada saingan liga, FAM pantas memberi respons. “FAM mengambil berat mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Hamidin menjelaskan pihaknya juga harus berjaga-jaga dengan kenyataan tersebut yang dilihat agak ‘pedas’. Begitupun, beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana menurutnya, FAM telah menjelaskan kekeliruan mengenai surat pekeliling itu sebelum ini. “Kami sudah pun menjelaskan apa yang terkandung di dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu. Buat masa ini, itu sahaja yang saya boleh katakan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Kelmarin, Ahmad menyuarakan nada kesal dan tidak berpuas hati dengan badan induk bola sepak negara itu selepas kekeliruan yang timbul pada surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu. Dalam surat berkenaan, FAM menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari. Begitu pun, PBSNT menanggung ‘derita’ selepas FAM menjelaskan pemain import skuad Penyu itu tidak dibenarkan beraksi di Liga Super sebaliknya hanya layak untuk bermain pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sahaja. Lantaran dengan kekeliruan tersebut, Ahmad dengan nada keras, mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada itu adalah meminta bayaran ganti rugi atau membenarkan dua pemain import itu beraksi bersama Terengganu dalam Liga Super. Namun, pilihan ketiga Ahmad nyata memeranjatkan pemerhati sukan bola sepak negara apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team yang beraksi di Liga M. Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri pantai timur itu. Sehari kemudian, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad telah memohon maaf ekoran kesilapan teknikal, namun tetap bertegas dua pemain import Terengganu itu tidak boleh beraksi dalam Liga M. Isu semakin panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Hamidin kemudian tampil meminta Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meminta maaf kepadanya atas beberapa kenyataan pedas yang dikeluarkan bekas Naib Presiden FAM itu. Yang peliknya, FAM sudah jelaskan segala kekeliruan yang timbul namun, isu tersebut terus berpanjangan sehingga membabitkan campur tangan Menteri Besar Terengganu. Apa pun, jalan terbaik untuk menjernihkan kekeliruan ini ialah kedua-dua pihak perlu menggunakan budi bicara agar sukan bola sepak negara terus menikmati keharmonian. Sumber:Kosmo 13/01/2012

MB Ancam Arah PBNST Tarik Diri Bertanding Liga M 2012

by:sebetulnya Catatan Khamis, 12 Januari 2012 0 ulasan


BERANG dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan Terengganu mendaftarkan dua tonggak importnya beraksi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dari Liga M.
Beliau berkata, penarikan diri itu adalah pilihan terakhir andai FAM masih berkeras dengan keputusan tidak membenarkan Terengganu menurunkan kedua-dua pemain berkenaan.

“Kami ada tiga pilihan untuk FAM iaitu membenarkan dua pemain import bermain atau kedua, kerajaan negeri akan ambil tindakan undang-undang terhadap FAM berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan dan ketiga, bayar ganti rugi sebab kami sudah keluar belanja untuk kontrak dua pemain itu.
“Senario lebih buruk lagi kemungkinan besar kami akan tarik semua pasukan daripada Liga M.

“Kalau (FAM) hendak gantung, gantunglah kerana mereka tidak profesional, sebab kami main bola sepak untuk orang suka-suka, kenapa hendak susahkan orang. Ini tidak betul.

“Saya sudah bincang dengan beberapa peguam dan jika ini pegangan FAM, saya rasa mereka tak profesional,” katanya yang berasa bertanggungjawab untuk menegur FAM kerana kerajaan negeri membiayai sebahagian besar kos Terengganu dan T-Team bertanding dalam Liga M.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan Sea dan Para Asean 2011 untuk atlet Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahmad mengulas tindakan FAM yang tidak membenarkan dua pemain import Terengganu diturunkan atas alasan pendaftaran dibuat lewat dari tarikh ditetapkan pada 8 Disember tahun lalu sedangkan pekeliling dikeluarkan FAM menyatakan Terengganu boleh mendaftar pemain import mereka selewat-lewatnya pada 9 Januari lalu.
Dua pemain import terbabit ialah Francis Doe Forkey dari Liberia yang beraksi sebagai penyerang dan pemain tengah, Erison Da Silva Santos Carnietto 
dari Brazil.

Akibat tindakan FAM itu, Terengganu tidak dapat menurunkan pemain import hingga pintu pendaftaran dibuka semula pada April ini dan kini skuad Penyu bergantung sepenuhnya kepada khidmat pemain tempatan untuk membawa cabaran dalam Liga Super yang turut menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Perak dalam perlawanan di Ipoh, kelmarin. Ahmad berkata, FAM tidak rugi jika tidak membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi, sebaliknya kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu yang rugi kerana sudah mengeluarkan bayaran untuk mereka.

“Sebab itu bola sepak Malaysia tidak berkembang kerana ada pegawai yang berperangai macam tu, bermain politik dan sebagainya.

“Cuba tengok bola sepak luar negara yang lebih bersifat terbuka. FAM mendakwa bersikap profesional tapi sebenarnya, tidak.

“Apa hendak dibimbangkan jika dua pemain import bermain dalam Liga M sebab bukannya ambil Thierry Henry atau Lionel Messi hingga menyebabkan pasukan negeri lain merungut kerana takut.

“Kami akan minta pasukan Terengganu dan T-Team tarik diri kecuali mereka mempunyai duit sendiri untuk meneruskan permainan serta tidak perlu bantuan kerajaan negeri.

“Jika tarik diri, kita boleh bermain di mana-mana pun, di daerah-daerah untuk pertunjukan, sebab gaji pemain sudah dibayar,” katanya.

Sumber:Harian Metro 12/01/12

Permulaan bergaya T-Team, Faiz jadi perhatian

by:sebetulnya Catatan Rabu, 11 Januari 2012 1 ulasan



Dua gol jaringan bekas pemain Perlis, Mohd Faiz Subri (gambar) serta jaringan terus dari sepakan sudut ketua pasukan, Zairo Anuar Zalani sudah cukup untuk memberikan permulaan bergaya pasukan T-Team dalam saingan Liga Super 2012.

Kemenangan 3-0 ke atas Kedah malam tadi meletakkan pasukan berstatus kelab itu berada di persada Liga Super berdasarkan jaringan gol yang besar.

Faiz yang membantu pasukan Singa Utara ke peringkat separuh akhir Piala Emas Raja-Raja pada Disember lalu membuka akaun jaringan bersama pasukan barunya pada minit ke 12 apabila beliau membawa bola dari sayap kiri sebelum melepaskan rembatan padu dari tepi kotak penalti.

Rembatan kencang Faiz sudah cukup untuk menewaskan penjaga gawang Kedah, Abdul Hadi untuk pasukan T-Team mendahului 1-0.

Kedah di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan, Mohd Nidzam Adzha cuba bangkit dan berjaya membolosi pertahanan pasukan tuan rumah beberapa kali tetapi gagal melakukan penyudahan yang berkesan untuk menyamakan kedudukan.

Sebaliknya, mereka terus jauh ketinggalan menjelang setengah jam permainan apabila Faiz sekali lagi berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain Kedah untuk membuat tandukan rendah yang sekali lagi berjaya menewaskan Abdul Hadi, hasil dari satu sepakan sudut oleh Zairo pada minit ke 28.

Empat minit kemudian Zairo yang dilantik menjadi ketua pasukan baru T-Team berjaya menjaringkan gol ketiga pasukannya terus dari sepakan sudut yang diambil olehnya.
Ianya satu jaringan yang cantik dan jelas ianya seperti menyentap semangat pemain-pemain pasukan Kedah.

Pengadil Ku Alauddin Ku Mohamad gagal memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah apabila pemain pertahanan Kedah, Sabre Mat Abu membentes Zachariah Simukonda di dalam kotak penalti dengan hanya berhadapan dengan Abdul Hadi.

Faiz hampir berjaya melengkapkan hatriknya dalam perlawanan ini tetapi beliau gagal membuat penyudahan yang tepat dari satu sepakan sudut.

Namun jaringan-jaringan Faiz dan Zairo di separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh untuk anak-buah Yunus Alif yang akan bertandang ke Melaka untuk bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat.

Kontoversi Pendaftaran Pemain Import Terengganu

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 6 Januari 2012 0 ulasan

KONTROVERSI baharu menyelubungi kem pasukan Terengganu.
Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu.
Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012.
Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.
Percaya dengan isi kandungan surat berkenaan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kemudian telah mendapatkan dua khidmat pemain import baharu iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.
Namun, kekeliruan mula timbul apabila Azzuddin mengesahkan yang dua pemain asing itu sebenarnya tidak layak untuk beraksi dalam Liga M sebaliknya hanya boleh diturunkan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Andai kenyataan Azzuddin itu benar, maka Terengganu yang juga juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu bakal beraksi dalam kempen Liga M musim ini tanpa seorang pun pemain import.
Situasi itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kelab-kelab penyokong bola sepak Terengganu yang menganggap FAM sebagai tidak profesional dalam melaksanakan dasarnya.
Presiden Kelab Penyokong Terengganu FC, Hazrul Hanafi berkata, apa yang dialami Terengganu kini adalah sesuatu yang sukar apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain import dalam Liga M.
“Saya sendiri tidak tahu siapa yang bersalah dalam isu ini kerana PBSNT mendapatkan khidmat Doe dan Carnietto selepas merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM.
“Dalam surat itu cukup jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftarkan pemain asing bagi kempen Liga M, “jelasnya kepada Kosmo! semalam.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah pula mahu FAM bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Katanya, sebagai sebuah persatuan besar di negara ini, FAM sebenarnya sudah sedia maklum dengan setiap surat pekeliling yang dikeluarkan kepada persatuan negeri.
Dalam surat itu langsung tidak menyatakan ia adalah untuk pendaftaran pemain asing bagi perlawanan Piala AFC, sebaliknya jelas tertulis untuk Liga M 2012,” ujarnya.

sumber:Kosmo 6/1/2012

Senarai Terkini Pemain Terengganu 2012

by:sebetulnya Catatan Selasa, 3 Januari 2012 0 ulasan

Pengurus - Dato' Che Mat Jusoh

Ketua Jurulatih - Mat Zan Mat Aris
Penolong Jurulatih -
Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim
Fisioterapi - Mokhtar Abu

Senarai pemain:

Penjaga Gol

1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof

Pertahanan

1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17
2. Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
3. Nik Zul Aziz Nawawi
4. Mohamad Muhaimin Omar 3
5. Mazlizam Mohamad
6. Hariri Mohd Safee (Sabah FA)
7. Hasmizan Kamaruddin
8. Mohamad Faizal B Muhammad (Harimau Muda A)
9. Md.Zubir Md Azmi

Tengah

1. Ismail Faruqi
2. Ahmad Nordin Alias 18
3. Reesyafiq Alwi
4. Joseph Kalang Tie 12
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin 22
6. Mohd Shukur B Jusoh (Harimau Muda A)
7. Fakhrurazi Musa
8. Mohd Shamsul Kamal Mohamad ( T-TEAM)

Penyerang

1. Abdul Manaf Mamat 10
2. Abd Hadi Yahya (dari T-Team)
3. Mohd Ailim Kamaruddin (dari Kelantan)

MSL perkenal logo baru Liga M

by:sebetulnya Catatan Isnin, 2 Januari 2012 0 ulasan


Liga Super dan Liga Perdana dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014.

Dalam kenyataan semalam, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk Play yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media.

“Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu Play (Bermain).

“Bentuk Play telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo,” kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia.

MSL berkata, jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.

Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro, sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selan jutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.

Liga Perdana akan bermula pada 9 Januari, manakala Liga Super pula sehari kemudian.

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM