Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here


DUA Gergasi Pantai Timur akan  menentukan siapa jaguh sebenar  10 Oktober ini  pada aksi pusingan pertama suku akhir saingan Piala Malaysia bagi edisi ke 85.Pertemuan antara Kelantan dan Terengganu nanti bakal berlangsung di stadium Sultan Nasaruddin Syah dan timbal balik pada 14 Oktober nanti di Kota Bharu.

Kelantan merupakan juara Liga Super dan juara kumpulan C peringkat kumpulan sudah tentu tidak mahu statusnya sebagai  kuasa baru bola sepak di Malaysia tercalar dalam pertemuan bersejarah itu nanti.

Manakala Terengganu pula naib juara Liga Super dan naib juara  kumpulan B peringkat  kumpulan pernah mengaibkan skuad Kelantan yang digelar The Red Warrios dalam aksi akhir Piala FA di bukit  jalil.

Walaupun Kosmo online  melaporkan pasukan Terengganu menempah maut apabila terpaksa berdepan dengan Kelantan sebelum menempah tiket  ke separuh akhir gara-gara gagal menjuarai  peringkat kumpulan C,namun hakikatnya ketakutan dan tekanan lebih menyelubungi  skuad kijang  dibawah kendalian M.Karathu.

Dilaporkan Kelantan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia terpaksa melakukan persediaan rapi ,gara-gara kerusingan dan ketakutan serta bimbang tewas ditangan Terengganu sekali lagi.

Malah sinar harian online ( 30 September 2011) melaporkan pasukan Terengganu mampu menafikan misi dan hajat  Pasukannya untuk mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia musim ini.

Dalam laporan itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, selaku juara bertahan, Kelantan perlu membuat persiapan awal bagi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu dan Terengganu merupakan pasukan yang berpotensi besar menafikan hajat The Red Warriors pada saingan kali ini. 
 
Lantaran itu,pasukan Kelantan akan mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk menentang pasukan Songkla FC dan pasukan Piala Presiden Kelantan dalam tempoh rehat selama 12 hari .
 
Manakala reaksi Irfan bakti pula  yang disiarkan Sinar Harian Edisi Terengganu hari ini berkata” Terengganu akan bermain seperti biasa”.
.


Karnival Monsun di semua tujuh daerah di Terengganu bakal bermula esok sebagai usaha untuk menarik minat ramai orang terhadap Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2011.

Penganjur acara, T-Best Events Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, karnival itu bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat di seluruh negeri mengenai kejohanan berprestij berkenaan yang masuk edisi keenam tahun ini.

Menurutnya, karnival itu bermula di Kemasik, Kemaman pada 30 September hingga 1 Oktober, Pantai Teluk Lipat, Dungun (14 hingga 15 Oktober), Muara Sungai Marang, Marang (21 hingga 22 Oktober) dan Pantai Bukit Keluang, Besut (28 hingga 29 Oktober).

Seterusnya kata kenyataan itu, karnival diteruskan ke Pantai Rhu Sepuluh, Setiu (4 hingga 5 November), Kuala Berang Waterfront, Hulu Terengganu (11 hingga 12 November) dan berakhir di Ri-Yaz Heritage Marina Resort, Pulau Duyung pada 22 hingga 27 November serentak dengan kejohanan Piala Monsun.

“Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti sukan rakyat, bola sepak pantai tiga sebelah, Muay Thai, pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan tradisional, pertandingan membina kapal layar dan karaoke ‘Monsun Fest Idol 2011’.

“Aktiviti baru tahun ini pameran dan klinik pelayaran serta demontrasi kayak yang terbuka kepada semua peringkat umur dan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional dan terlatih,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya, di samping menghidupkan kemeriahan Piala Monsun dengan pelbagai aktiviti, ia juga platform strategik bagi memperkenalkan industri kecil penduduk tempatan kepada para pengunjung dan berharap tiada sesiapa yang tertinggal daripada merasai kemeriahan itu.

sumber:Teganukita

Ribut Malam Bandar Kuala Terengganu

by:sebetulnya Catatan Rabu, 28 September 2011 0 ulasan




SENGET...keadaan tiang lampu akibat ditimpa pokok saga yang tumbang dalam kejadian ribut semalam.
Ribut serta angin kencang melanda bandar Kuala Terengganu awal malam tadi dan menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan beberapa kemudahaan awam, rumah, khemah-khemah perniagaan, kenderaan dan sebagainya.

Tinjauan Teganukita mendapati antara kawasan yang teruk kesan dari ribut yang datang secara mengejut beserta dengan hujan dan petir termasuklah di Taman Shah Bandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Pihak Majlis Bandara Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah melakukan kerja-kerja yang pantas untuk mengelak gangguan kepada lalu lintas berikutan banyak pokok yang tumbang merentasi laluan dan jalan awam.

Orang ramai menyifatkan kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sekali dalam beberapa minit kira-kira jam 8.40 malam.

Di hadapan Pejabat Unit Komunikasi (UKOM di Jalan Pejabat) sendiri sebahagian pokok yang terserpih jatuh ke atas jalan turut menghalang lalu lintas dan menimpa beberapa kenderaan yang terdapat di situ. Bagaimana pihak MBKT dalam masa tidak sampai satu jam memulihkan semula laluan itu.

Waktu kejadian di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sedang berlangsung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Selepas kira-kira enam minit berlangsung perlawanan terpaksa ditangguh kira-kira 40 minit akibat ribut kuat dan hujan lebat itu.

Pihak MBKT dan beberapa agensi berkaitan memantau segera kejadian itu untuk memastikan kesan darinya dapat diatasi segara dan tidak menganggu kehidupan harian penduduk di bandar ini.

Sumber:TeganuKita

CARTA LIGA PIALA MALAYSIA

by:sebetulnya Catatan 4 ulasan


Orang ramai dijemput hadir kejohanan sukan anjuran JBSN

by:sebetulnya Catatan Khamis, 22 September 2011 0 ulasan


Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) akan menganjurkan Kejohanan Liga Sukan peringkat Terengganu yang akan diadakan di Kompleks Bellia dan Sukan Pasir Panjang, Kuala Terengganu pada 1 Oktober.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan kejohanan yang bakal mempertandingkan tiga kategori sukan, termasuk Futsal Lelaki, Futsal Wanita dan Sepak Takraw Wanita dan Sepak Takraw Lelaki.

Peserta bagi kejohanan itu terdiri daripada pasukan yang sudah mencatatkan rekod sebagai johan dan naib johan di peringkat daerah mengikut kategori yang sukan ditetapkan.

Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd Khairul Adli Abdul Hadi, berkata tujuan utama penganjuran kejohanan itu diadakan untuk memupuk semangat dan menarik penyertaan ramai di peringkat akar umbi ke arah memasyarakatkan sukan seterusnya merealisasikan konsep Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

“Selain itu, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk melatih masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti dan membudayakan sukan, sekaligus berpeluang mempamerkan bakat,”katanya.

5000 Hadir Sambut Piala FA dan Merdeka Raya

by:sebetulnya Catatan Isnin, 19 September 2011 0 ulasan


Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri jabatan-jabatan kerajaan daerah Marang yang diadakan di Dataran Pejabat Daerah Marang.

Pada majlis itu juga semua pemain Piala FA Terengganu yang muncul juara baru-baru ini, turut diraikan, sebagai tanda sokongan dan penghargaan ke atas kejayaan mereka.


Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat, penduduk tempatan dan penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di daerah Marang.

Semua jabatan utama di daerah Marang terlibat dalam majlis itu di mana terdapat 12 gerai menghidangkan menu yang berbeza-beza disediakan Jabatan yang berlainan.

Pejabat Daerah Marang yang menjadi pengerusi program tersebut turut menumbangkan seekor kerbau untuk dijadikan juadah gulai kawah bagi hidangan pengunjung.

Antara tetamu yang hadir ialah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh; Penolong Pengurus Pasukan, Sheikh Ahmad Tajuddin Yusof; Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim dan semua pemain pasukan Terengganu.

Semua pemain, termasuk lima orang dari daerah Marang turut diberikan cenderamata dan sijil penghargaan daripada Pegawai Daerah Marang, Haji A. Rahman Che Ali.

Majlis tersebut  bermula kira-kira jam 10.30 pagi dan berakhir jam 3 petang.

T-Team Kekal Rekod Bersih

by:sebetulnya Catatan Ahad, 18 September 2011 1 ulasan

T-Team mengekalkan rekod bersih ke atas Selangor  apabila sekali lagi pasukan The Red Giant  tumbang 1-2 di laman sendiri dalam aksi Piala Malaysia yang berlangsung semalam.

Sumber gambar ini diambil dari sukanonline.com

Dalam perlawanan tersebut Selangor terlebih dahulu berada dihadapan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14 hasil jaringan kapten pasukan Mohd Amri Yahya.Namun pada separuh masa kedua Mohd Norfarhan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada pada minit ke-81.Tiga minit sebelum wisel tamat,Mohd Zairol menjadi wira buat peminat T-Team apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Sebelum ini,K.Devan dilaporkan berhasrat  menamatkan badi tewas kepada  pasukan berstatus kelab T-Team.Namun hasratnya hancur apabila tewas 1-0 kepada T-Team dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah.

Sumber gambar ini diambil dari sukanonline.com

Sebelum ini,Skuad Gergasi Merah  2  kali tewas  kepada anak buah Yunus Alif dalam aksi Liga super.Dalam perlawanan pertama  Liga Super Selangor tewas 2-1 kepada T-Team hasil jaringan Norfarhan Muhammad dan Indra putra  serta  kalah 2-0 di  Stadium Shah Alam  juga hasil jaringan Norfarhan Muhammad dan Indra Putra.

T-Team kini mengungguli carta peringkat kumpulan D dengan mengumpul 9 mata dan di ekori rapat oleh pasukan Kuala Lumpur yang mengumpul 8 mata.

Terengganu Menang Tipis

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan

TERENGGANU   1
Mohd Asahaari Shamsudin (Minit 35)
SIME DARBY FC  0

Kesebelasan utama pemain :

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee (PG),Mohd Ailim Fahmi(Abdul Hadi Yahya), Reeshafiq Alwi,Ismial Faruqi,Ronny Harun(Nik Zul Aziz),Jonsep Kalang T,Mohd Ashaari Shamsudin,Mohd Marzuki(KP), Mazlizam Mohamad,Abd Mamat,Helmi Rameli.

FORMASI : 4-4-2

SIME DARBY FC : Hafiz Samsuddin (PG),Ez Ezuan Zahid(KP),Varanathan Arumugan,Mohd Faizal,Mohd Raimi,Mohd Farkis Fisol(Mohd Nor Ismail),Mohd Faiz,Mohd Rizzat,Nuralif zainal (Kamarul Afiq),Azmirul Azmi,Mohd Syukur Saidin.

FORMASI : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Terengganu(2) Sime Darby Fc (4)
Percubaan tersasar : Terengganu(7) Sime Darby Fc (7)
Sepakan penjuru : Terengganu(3) Sime Darby Fc (1)
Sepakan percuma : Terengganu(5) Sime Darby Fc (5)
Ofsaid : Terengganu(0) Sime Darby Fc (1)
Kekasaran : Terengganu(5) Sime Darby Fc (5)
Kad kuning : Terengganu(Ronny Harun,Jonsep Kalang Tie)
                       Sime Darby Fc (Mohd Faiz , Ez Ezuan Zahid )
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Lima minit
Penguasaan bola : Terengganu(% ) Sime Darby Fc ( %)


PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Jahairi B. Hj Idris
Penolong Pengadil 1: Ismail B. Samid
Penolong Pengadil 2: Anuar B .Musa
Pegawai Keempat : Suhaimi B. Mat Hassan
Kommisioner Perlawanan : Abd Ghani Oman
Penilai Pengadil : Thirus Selvae
General Kordinator : Ishak B. Salleh


Pasukan Pilihan Belum Bertaring

by:sebetulnya Catatan Khamis, 15 September 2011 0 ulasan

Kelantan,Terengganu,Selangor,Kedah antara 4 pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini.Namun setelah berakhirnya pusingan pertama keempat-empat pasukan ini belum menunjukkan ciri-ciri sebagai sebuah pasukan bakal bergelar juara.

Paling mengejutkan pasukan The Red Giant dengan misi memburu Piala Malaysia kali ke-33 hanya mampu berada ditempat ketiga bagi pusingan pertama dalam kumpulan D.Anak buah K.Devan dilihat bergelut untuk mencari kemenangan hanya menang sekali 2-0 keatas pasukan Polis FC.Sedangkan pasukan T-Team yang tidak diberi harapan untuk mara ke suku akhir mampu menewas Pasukan Polis FC dengan jaringan besar 4-0.Kini Selangor tidak mempunyai pilihan lain,kecuali menang kesemua perlawanan pusingan kedua untuk terus mara dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Nasib yang sama juga dialami pasukan Sang Kenari yang berada dalam kumpulan A .Selepas menang 2-0 keatas Johor di gelanggang lawan,sama sekali tidak diduga Kedah tewas 2 kali berturut-turut selepas itu kepada Sabah dan Perak.Dengan mengumpul 3 mata,Kedah mungkin antara pasukan pilihan yang terawal akan tersingkir dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Terengganu pasukan pilihan dalam kumpulan B juga gagal mempamerkan ciri-ciri sebagai pasukan yang bergelar juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super apabila hanya mampu mendudukki tangga ke-2 selepas tewas 1-0 kepada Skuad Sang Rusa dalam aksi ketiga pusingan pertama peringkat kumpulan.Namun begitu,Terengganu dilihat mempunyai peluang untuk terus mara keperingkat suku akhir.Selepas ini,Terengganu akan bertemu dengan lawan pemanas badan Sime darby dan menanti kunjungan N.Sembilan di laman sendiri.

Kelantan yang hadir dengan misi mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia juga dilihat belum mampu mempamerkan aksi sebenar.Hampir-hampir dimalukan di laman sendiri oleh pasukan berstatus kelab yang paling berjaya Johor FC apabila menang tipis 2-1.Kelantan yang dilihat akan menang mudah ke atas Felda FC yang pernah ditewaskan dengan jaringan 6-0 tersungkur diluar jangkaan pemerhati bola sepak tempatan.sebaliknya Felda FC dengan bangga menewaskan The Red Warriors 2-0 di Stadium Selayang.Kelantan kini berada ditangga ke-2 dalam kumpulan C.

Pusingan Kedua kempen Malaysia akan bermula 17 September ini.Dimana Kedah Terengganu,Selangor dan Kelantan akan beraksi dilaman sendiri.

Adik Bangkit,Abang Lesu

by:sebetulnya Catatan Rabu, 14 September 2011 1 ulasan

T-Team kembali bangkit

KUALA TERENGGANU – Pasukan berstatus kelab, T-Team kembali bangkit daripada kekalahan dengan membelasah PDRM 4-0 dalam perlawanan yang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Skuad bimbingan Yunus Alif yang kalah tipis 2-1 kepada Kuala Lumpur Sabtu lalu kembali dengan aksi bertenaga di hadapan penonton sendiri, sekali gus membuka peluang untuk terus bersaingan ke peringkat seterusnya dalam kempen Piala Malaysia.

Pasukan T-Team sebelum itu gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan lemah Indra Putera Mahayuddin berjaya disambut kemas penjaga gol pasukan pelawat.

:T-Team sekali lagi gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang diambil Mohd Fitri Omar setelah rakan sepasukannya, Mohd NorFarhan dijatuhkan di kawasan kotak penalti, namun sepakan yangd iambil sekadar melewati palang gol.

Bagaimanapun, percubaan anak buah Yunus Alif pada minit ke-43 akhirnya berjaya menghasilkan gol menerusi sepakan sudut yang diambil Zairo Anuar Zailani.

T-Team sekali lagi menambah gol sebelum menamatkan babak terakhir separuh masa pertama menerusi tandukan menarik Nor Fazly Alias.

Memulakan babak kedua perlawanan, T-Team terus menambah derita pasukan pelawat apabila Nor Fitri Omar seklai lagi menambah gol pada minit ke-65.

PDRM yang semakin hilang rentak memasuki babak kedua terus berputih mata pabila apabila penyerang berbisa T-Team, Mohd Norfarhan Mohammad menhadihakn gol keempat kepada tuan rumah pada minit ke-78 dan keputusAn itu kekal hingga ke babak terakhir perlawanan.



Aksi Terengganu lesu di Paroi

PAROI, Negeri Sembilan - Skuad Hobin Jang Hobin memastikan kekal pada kedudukan teratas Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan juara Piala FA musim ini, Terengganu, dengan jaringan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Pasukan dikendalikan Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah itu memastikan tiga mata penuh milik mereka menerusi jaringan cantik pemain tengahnya, Shahurain Abu Samah pada minit ke-64.

Pasukan tuan rumah mula mengasak gawang gol lawan pada minit ke-11 namun percubaan pemain penyerang berpengalaman, Hairuddin Omar berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawe.

Negeri Sembilan sekali lagi membuat cubaan pada minit ke-14 oleh penyerang muda, Mohd Firdaus Azizul, namun rembatannya tersasar ke sebelah kiri gawang Terengganu.

Skuad Penyu kendalian Ketua Jurulatih, Irfan Bakti beroleh peluang terbaik pada minit ke-18 namun lambungan oleh penyerang, Reeshafiq Alwi, berjaya ditangkap penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Harun.

Hairuddin sekali lagi mendapat peluang membolosi gol Terengganu tetapi cubaannya pada minit ke-28 gagal mencari sasaran dan hanya melepasi palang gol.

Terjahan keras pemain pertahanan Terengganu, Mazliza Mohamad, terhadap pemain tengah Skuad Hobin Jang Hobin, Shahurain Abu Samah, pada minit ke-36 menyebabkannya menerima kad kuning pertama dalam perlawanan.

Pasukan Negeri Sembilan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-64 apabila Shahurain berjaya melepasi kawalan pertahanan Terengganu sebelum menolak bola masuk dengan kaki kanan dan menembusi gawang gol lawan.

Shahurain sekali lagi menggegarkan benteng pertahanan Skuad Penyu pada minit ke-73, namun tendangannya gagal membuahkan hasil apabila tersasar melepasi palang gol lawan.

Kad kuning kedua dilayangkan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob, kepada pemain pemain pertahanan Negeri Sembilan, Irwan Fadli Idris, kerana mengasari pemain Terengganu, Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-82.

Serangan demi serangan dilancarkan Skuad Penyu bagi menembusi pintu gol pasukan tuan rumah menemui jalan buntu dan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah perlawanan berakhir.

Sumber:Sinar Harian

Piala Malaysia:N.Sembilan vs Terengganu

by:sebetulnya Catatan Isnin, 12 September 2011 0 ulasan


Mengutip Enam Mata hasil dua kemenangan keatas pasukan berstatus kelab Sime Darby dan PKNS FC memang keputusan yang sudah dijangka peminat Tentera Putih.

Namun bersandarkan perlawanan menentang PKNS FC di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Juara Piala FA itu dilihat sukar untuk meneruskan rentak cemerlang jika bahagian benteng pertahanan tidak diperkemaskan.

Dalam perlawanan semalam,Skuad Terengganu bernasib baik apabila diberikan sepakan penalti oleh pengadil Mohd Romzi di penghujung permainan apabila bola terkena tangan salah seorang pemain PKNS FC dalam kotak penalti.

Esok,Terengganu akan menghadapi ujian sebenar apabila akan berdepan finalis musim lalu,Negeri Sembilan di Stadium Paroi.Pada aksi perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia skuad bimbingan Mohd Azrai Khor berpesta gol 5-0 menewakan pasukan Sime Darby.

Terengganu Dipaksa Berhempas Pulas Sebelum Menang

by:sebetulnya Catatan Ahad, 11 September 2011 0 ulasan


TERENGGANU  3
Mohd Ashaari Samsudin (Minit  2)
Reeshafiq Alwi (Minit 54)
Abdul Manaf Mamat (Penalti Minit 79) 

PKNS FC
Mohd Fauzan Dzulkifli (Minit  9)
 Mohd Zamri Hassan (Minit 62)


JUARA Piala FA,Terengganu dipaksa berhempas pulas sebelum mencipta kemenangan 3-2 di laman sendiri,keatas pasukan berstatus kelab PKNS FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Kuala Terengganu,malam tadi.

Jaringan penalti yang di sempurnakan oleh Manaf Mamat,11 minit sebelum perlawanan tamat menyelamatkan maruah barisan skuad bimbingan Irfan Bakti dihadapan kira-kira 7000 ribu penonton yang hadir daripada diikat keputusan seri oleh pasukan pelawat.Perlawanan semalam juga  menyaksikan sebanyak 3 kad kuning dilayangkan oleh pengadil,Mohd Romzi Zahari.

Namun jaringan awal tuan rumah seawal minit ke-2 oleh Muhammad Ashaari Samsudin tidak bertahan lama apabila Mohd Fauzan Dzulkifli  menyamakan kedudukan pada minit ke -9 apabila berlaku salah faham benteng pertahanan Terengganu yang menyaksikan penjaga gol Sharbinee Alwi terpaku melihat bola masuk dengan mudah di sebelah kiri gawang gol.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga wisel penamat separuh masa mata.

Separuh masa kedua,sang penyu tidak menunggu lama apabila  Reeshafiq Alwi  yang tidak dikawal mendapat peluang dalam kotak penalti pada minit ke 54  hasil  hantaran lintang dari Abdu Hadi Yahya  terus merembat kencang bola ke gawang gol  yang dikawal Razi Effendi  Suhit.Namun kegairahan pasukan Terengganu untuk menambah gol dihukum apabila pasukan pelawat membuat serangan balas serta merta dengan Mohd Zamri Hassan yang baru di bawa masuk tidak sampai 5 minit berjaya menghasilakan gol untuk pasukannya pada Minit 62.

Namun Kemenangan malam tidak membantu untuk pasukan Terengganu mengukuhkan kedudukan ditangga teratas kumpulan B apabila N.Sembilan turut menang besar keatas pasukan Sime Darby dengan jaringan 5-0.

Selasa ini,pasukan Terengganu akan bertemu dengan N.Sembilan di Paroi.

LIVE TV PIALA MALAYSIA 2011

by:sebetulnya Catatan Rabu, 7 September 2011 0 ulasan


6 Sept 2011 l Selasa
T-Team lwn Selangor (20:45, Astro Arena 801)
PKNS lwn Negeri Sembilan (20:45, RTM TV1)
Sime Darby lwn Terengganu (Tunda - 22:30, Astro Arena 801)

10 Sept 2011 l Sabtu
Perak lwn Johor (20:45, Astro Arena 801)
Kelantan lwn Johor FC (RTM TV1)
Felda United lwn Sarawak (Tunda -22:30, Astro Arena 801)

13 Sept 2011 l Selasa
Perak lwn Kedah (RTM TV1)
Negeri Sembilan lwn Terenganu (Astro 801)
Selangor lwn Sime Darby (Tunda - 22:30 Astro 801)



14 Sept 2011 l  Rabu
Felda lwn Kelantan (Astro 801)

17 Sept 2011 l Sabtu
Kedah lwn Johor (RTM TV1)
Perak lwn Sabah (Astro 801)
Terengganu lwn Sime Darby (Tunda -22:30 Astro 801)

24 Sept 2011 l Sabtu
T-Team lwn Kuala Lumpur (RTM TV1)

27 Sept 2011 l Selasa
Terengganu lwn Negeri Sembilan (RTM TV1)

Info Ringkas Sebelum Wisel Mula

by:sebetulnya Catatan Isnin, 5 September 2011 0 ulasan



Kumpulan B
Terengganu vs Sime Darby
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8.45 malam l 6 September 2011 lSelasa

Terengganu
Skuad Penyu,mula bergelar juara pada tahun 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam  edisi ke-25 Piala Malaysia.
Berdasarkan Kejayaan Terengganu dalam piala FA dan juga Naib Juara Liga Super,pasukan dibawah bimbingan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa Piala Malaysia tahun ini.
Hanya satu perlawanan persahabatan diadakan oleh Irfan bakti untuk pasukan Terengganu sebelum sepak mula Piala Malaysia iaitu menentang T-Team.Perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2.
Pemain tumpuan:Abdul Hadi Yahya


Sime Darby
Layak beraksi buat kali pertama  dalam kempen Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang dengan agregat 6-0 di pusingan playoff.
Dalam kempen Liga Perdana,Sime Darby menamatkan saingan di tangga kelima.
Sime Darby merupakan juara Liga FAM sebelum beraksi Liga Perdana Musim lalu.
Pemain tumpuan:Mohd Nor Ismail

Kumpulan D
T-Team vs Selangor
Stadium Sultan  Ismail Nasaruddin Syah,K.Terengganu
8.45 malam l 6 September 2011 lSelasa

T-Team
Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team diasaskan pada 2007 bagi saingan Piala FAM musim 2007/2008 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru.
T-Team turut menyasarkan membawa pulang Piala Malaysia tahun ini,walaupun penjaga gol utamanya,Shamsuri Mustafa terpaksa berehat panjang  kerana pembedahan lutut.
Pemain tumpuan:Mohd Fitri Omar


Selangor
Tahun lalu,Selangor turun selaku pasukan pilihan,namun terkandas di suku akhir apabila tumbang kepada Kelantan.
Dianggap sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia  dengan memenangi sebanyak 32 kali Piala Malaysia.Liga super tahun ini,Selangor menghuni tangga ketiga.
Pemain tumpuan:Syafiq Rahim

PENCARIAN RAKAN GSN.FM

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan


Salam, 
GSN.FM sebuah radio yang bernaung dibawah Ganusoccer.net. merupakan radio online yang PERTAMA  milik persatuan penyokong bola sepak di Terengganu.Ditubuhkan atas dasar semangat cintakan bola sepak Tanah Air.

Kini GSN.FM masih lagi dalam proses untuk dibangunkan  memerlukan rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama membangunkan radio online GSN.FM.

1.Pengarah Urusan
(Kosong)
Tugas:Menetapkan misi dan mengawal seluruh organisasi

2.Setiausaha Dan Bendahari
(Kosong)
Tugas:Pencatat urusan organisasi dan kewangan

3.Ketua Unit Operasi Radio
(Kosong)
Tugas:Mengurus siaran radio

4.Ketua Unit Penyampai Radio
(Kosong)
Tugas:Mencari dan menyelia penyampai-penyampai radio

5.Ketua Unit Wartawan Dan Berita
(Kosong)
Tugas:Menyediakan berita dan liputan

6.Ketua Unit Multimedia
(Kosong)
Tugas:Mengurus blog dan hal yang berkaitan internet

7.Ketua Unit Pemasaran Dan Periklanan
BISHARUZI OMAR

Kepada yang berminat boleh hubungi djsebetulnya di facebook:http://facebook.com/djsebetulnya.
Sekian Terima kasih

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM