Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here


Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan lulus pemeriksaan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang dijadual Februari depan.

Naib Yang Dipertuanya Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff berkata beberapa penambahbaikan sedang dibuat di stadium berkenaan, sebagai persediaan Terengganu menerima pasukan pelawat pada pertandingan Piala AFC kelak.

"Tidak ada masalah, cuma daripada segi pencahayaan lampu limpah. Saya percaya pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu selaku pemilik akan buat sesuatu bagi menjaga imej negeri," katanya semalam.

Katanya kemudahan di stadium itu seperti bilik persalinan pemain dan bilik mesyuarat juga menepati kriteria AFC.

Beliau juga berkata kejayaan Terengganu menempah tempat dalam kejohanan Piala AFC buat pertama kali amat bermakna kepada perkembangan bola sepak tanah air.

Dalam pada itu, Sheikh Tajudin berkata Terengganu sedang mencari pemain import ketiga bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi Piala AFC yang dijadual berlangsung pada Mac depan.

Sehubungan itu katanya, skuad Penyu akan menguji beberapa pemain, kebanyakannya dari Brazil dan Ghana, minggu depan.

"Kita jangka kalau semuanya berjalan lancar, dalam masa tiga atau empat hari habislah ujian tersebut. Tarikh akhir pendaftaran AFC ialah pada 6 Feb 2012," katanya.

Masalah Lampu Limpah Stadium:Kerajaan Negeri Kecewa

by:sebetulnya Catatan Ahad, 18 Disember 2011 0 ulasan

Kerajaan negeri kecewa dan malu mengenai 'kedaifan' lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaikpulih sebelum dijadikan gelanggang Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, tidak berpuas hati dengan kualiti lampu berkenaan yang kapasiti tenaga sedia ada sekadar 800 lux sedangkan mengikut piawaian mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa, ia memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 lux.

Malahan beliau turut mempertikaikan pihak berkenaan yang tidak memaklumkan dengan jelas kepada kerajaan negeri mengenai keperluan dan standard sebenar lampu limpah sebelum ia mula dipasang, sebelum ini.

"Kita kecewa, dulu masa suruh pasang, kenapa tak beritahu standard. Mengikut piawaian antarabangsa, lampu limpah berkapasiti 3,000 lux diperlukan dan yang sedia ada cuma 800 lux.

“Tak kan kita nak ganti dua tiga kali. Ini bukan kerja mudah kerana ia perlu belanja besar termasuk pasang tiang, kabel dan sebagainya. Bila pasang setahun tapi kena buat balik, tak baguslah," katanya kepada pemberita
selepas majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup di Gong Badak, semalam (17 Disember).

Menteri Besar mengulas masalah lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaikpulih sebagai persiapan Kejohanan Piala AFC yang turut disertai skuad Penyu pada Mac nanti.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak akan menanggung kos membaikpulih serta menaiktaraf lampu limpah di stadium berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tindakan sewajarnya.

"Buat masa ini, kerajaan biar dulu. Dia (PBSNT) kena tanggunglah. Kita malu dengan apa yang berlaku dan sepatutnya persatuan (PBSNT) beritahu kita (masalah sebenar)," katanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad tidak menolak kemungkinan jika masalah itu gagal ditangani dalam tempoh segera, sebarang perlawanan bola sepak termasuk untuk Liga M atau Piala AFC terpaksa dilangsungkan pada sebelah siang.

Pada Kejohanan Piala AFC nanti, Terengganu berada dalam kumpulan F bersama kelab Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghean (Vietnam) dan Tempenis Robers (Singapura)

Che Ku Marzuki Dilantik Ketua Jurulatih Akademi Terengganu

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 16 Disember 2011 0 ulasan


Bekas jurulatih pasukan kelab T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Omar telah dilantik sebagai Ketua JurulatihAkademi Bola Sepak Negeri Terengganu.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkatapelantikan Che Ku Marzuki itu berdasarkan pengalamannya sebagai bekas ketuajurulatih Akademi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Terengganu.
Akademi Terengganu ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan bakal beroperasi bulan depan dengan tujuan membangunkan sukan itu di negeri berkenaan.
"Saya berharap melalu akademi ini, negeri dan negara tidak akan ketandusan pemain berkaliber seperti yang dibuktikan oleh Akademi FAM sebelum ini," katanya.
Beliau berkata mengikut perancangan projek perintis itu akan memilih seramai30 pemain melalui kejohanan peringkat daerah untuk ditempatkan diakademi itu yang akan berpusat di MSN.
Sementara itu, Che Ku Marzuki berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab barunya dengan sebaik mungkin.
Kita tahu harapan kerajaan negeri begitu tinggi ketika menubuhkan akademiini," katanya.-

Sumber :BERNAMA


Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Piala FA 2012:Laluan berliku menanti Terengganu

by:sebetulnya Catatan Rabu, 14 Disember 2011 0 ulasan



Juara bertahan, Terengganu hanya mendapat undian yang agak mudah pada pusingan pertama tetapi bakal berdepan laluan lebih berliku sekiranya memasuki pusingan kedua mahupun suku akhir saingan kalah mati Piala FA 2012.
Semalam, anak buah Mat Zan Mat Aris itu diundi bertemu pasukan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia pada sepak mula 18 Februari ini sebelum melayani pemenang antara bekas juara Piala FA, Perak dengan barisan bintang glamor musim 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pusingan kedua.
Malah, Sang Penyu berkemungkinan besar menghadapi Lions XII pada suku akhir Piala FA secara timbal balik, 24 dan 27 Mac ini jika muka baru yang menggabungkan pemain belia dan senior Singapura itu melepasi cabaran UiTM (pusingan pertama) dan Betaria atau Melaka (pusingan kedua).
Separuh Akhir Piala FA akan dilangsungkan pada 21 April 2012 dan 1 Mei 2012,Manakala Aksi Final Bakal berlangsung pada 19 Mei 2012.

T-Team ikat pemain import dari Bosnia

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 9 Disember 2011 0 ulasan


PASUKAN T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.
Pengurus pasukan, Rozi Mamat berkata, dia berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia-Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam mengharungi saingan liga pada musim depan.
Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.
Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu adalah FC Navy Bazar, Bosnia.
Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.
Beliau berkata, buat masa ini pasukan T-Team mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.
"Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar," katanya.
Rozi berkata, mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.
"Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan," katanya.
Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia adalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas
SUMBER:KOSMO 9/12/11


KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu mungkin akan mengadakan perlawanan pada waktu petang pada Liga Malaysia 2012 berikutan pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Pengarah Pertandingan Liga Malaysia yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud berkata untuk perlawanan pada waktu malam, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux.
"Kita dapati beberapa tempat pencahayaan lampu limpah di stadium itu di bawah 800 lux," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di stadium itu malam tadi.
Turut hadir wakil Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Ahmad Fuad berkata FAM memberi tempoh sehingga 21 Dis ini kepada Terengganuuntuk meningkatkan kecahayaan lampu limpah jika ingin mengadakan perlawanan padawaktu malam.
Beliau berkata buat masa ini stadium-stadium yang boleh diguna untuk pertandingan bola sepak pada waktu malam ialah Stadium Bukit Jalil, StadiumDarul Aman, Kedah, Stadium Utama Kangar, Perlis dan Stadium Olahraga UniversitiSains Malaysia (USM).
Dua lagi stadium yang sedang diperbaiki dan boleh digunakan untuk pertandingan waktu malam ialah Stadium Shah Alam dan Stadium Kuala Lumpur yang dijangka siap Mac 2012, katanya.
"Di stadium-stadium yang lain, perlawanan akan diadakan pada waktu siang," katanya.
Ahmad Fuad berkata pertandingan waktu siang bagi Liga Malaysia akan bermulapukul 4.45 petang manakala pertandingan peringkat kalah mati pukul 4.15 petang.
Sementara itu, jurucakap MBKT berkata untuk meningkatkan tahap kecahayaan lampu limpah di stadium itu seperti yang dikehendaki FAM memerlukan peruntukan hampir RM3 juta.
Sumber-BERNAMA



KUALA TERENGGANU: Naib juara Piala Malaysia, Terengganu telah menemui dua pemain import yang diharapkan dapat membantu pasukan itu dalam Liga Malaysia tahun depan, kata Pengurusnya Datuk Che Mat Jusoh.
Beliau berkata kedua-dua pemain import berkenaan ialah Jusio Nunis, 33, dariBrazil dan pernah bermain untuk pasukan KL Plus 2007-2008 serta pemain dariNigeria, Sibi Gwar, yang berusia 24 tahun.
"Setelah menguji 17 pemain dari beberapa buah negara sejak sebulan lalu, akhirnya kita membuat keputusan mengambil kedua-dua pemain ini," katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Menurut Che Mat keputusan itu dibuat bersama jurulatih Mat Zan Mat Aris yangakan membimbing pasukan Terengganu tahun depan.
Nunis merupakan pemain tengah yang berpengalaman dan pernah mewakili pasukankelab Arasa FC Brazil manakala Gwar merupakan bekas pemain penyerang pasukanremaja Nigeria.
Katanya kelab terakhir Gwar sebelum datang ke Terengganu ialah TournadousFC Negeria.
Che Mat, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), berharap kedua-dua pemain import itu dapat membantu Terengganu dalam pertandingan Piala FC pada Mac tahun depan.
Beliau berkata pemain import berkenaan akan menandatangani kontrak dengan Terengganu dari setahun ke setahun sekiranya prestasi mereka memberangsangkan.
Segala urusan perpindahan pemain itu akan diselesaikan dalam minggu ini sebelum mereka turun berlatih bersama pemain-pemain yang lain, katanya.
Mengenai Piala FC, Che Mat berkata Terengganu ditempatkan dalam kumpulan Fbersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) danTampines Rovers (Singapura).
Che Mat berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Terengganu pasukan negeri itu berjaya memasuki pertandingan bola sepak antara kelab-kelab Asia itu.
"Sasaran kita ialah sekurang-kurangnya kita berjaya memasuki pertandingan pusingan kedua kejohanan timbal balik itu," katanya.
Sumber-BERNAMA 8/12/11


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa keseluruhan struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak masih selamat digunakan, berdasarkan kajian awal yang dilakukan.
Ia sekali gus menafikan desas-desus yang menyatakan stadium itu tidak selamat untuk digunakan lagi dan akan diruntuhkan keseluru-hannya selepas pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, berdasarkan kajian awal menunjukkan sub-struktur, asas dan struktur stadium itu masih dalam keadaan baik.
Malah katanya, kerajaan kini sedang memberi tumpuan kepada usaha membaiki bumbung dan kajian juga meliputi ‘grandstand’ serta sebahagian bumbung yang tidak runtuh.
“Selepas kajian awam dibuat, tindakan susulan yang diambil adalah membersihkan sisa runtuhan stadium itu sebelum Tetuan Khairi Consult dilantik Kerajaan Negeri membuat kajian mengenai integriti pada struktur.
“Antara skop kerja yang dibuat oleh syarikat itu ialah kajian integriti, sama ada struktur itu boleh digunakan atau tidak dan menasihati Kerajaan Negeri mengenai reka bentuk bumbung serta cara pembaikan,” katanya.
Menurutnya, kajian itu sepatutnya siap lebih awal tetapi tarikh baru yang ditetapkan ialah 15 Disember ini dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.
Tetapi katanya, dari segi dapatan awal yang diperoleh, asas sub-struktur stadium di peringkat bawah dan atas masih boleh digunakan dan tumpuan kini pembaikan bumbung agar tidak membebankan struktur yang ada.
“Jadi, kita akan buat struktur rekabentuk yang tidak akan membebankan struktur sedia ada. Setakat ini, konsultan masih belum menyerahkan kajian, tetapi kita harap stadium ini dapat disiapkan secepat mungkin.
“Malah, kita ambil inisiatif dengan meminta JKR membersihkan dan menyiapkan padang dan supaya ia boleh digunakan. Kita faham dalam situasi sekarang, pembangkang cuba bagi bayangan yang bukan-bukan, tetapi ada prosedur yang perlu kita turuti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mengenai desas-desus yang menyatakan keseluruhan stadium itu akan diruntuhkan selepas pilihan raya.
Sebelum itu, Za’abar menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-batu Burok) mengenai kelewatan pembaikan stadium itu dan bila ia akan dapat digunakan semula.
Menurut Za’abar, kos keseluruhan pembinaan stadium itu RM288 juta, daripada jumlah itu, RM35 juta adalah bagi bumbung, iaitu meliputi 10 peratus daripada kos keseluruhan.
“Kejadian runtuhan ini, terutama ketika Terengganu cemerlang dalam bidang sukan bola sepak, tentunya memerlukan stadium besar untuk menampung penonton yang ramai,” katanya.
Sumber:SinarOnline 8/12/2011

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM