Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Terengganu Gergasi Malaysia

by:sebetulnya Catatan Isnin, 17 Oktober 2011 0 ulasan




KUALA TERENGGANU – Jika masih ada yang melabelkan pasukan Terengganu sebagai kuasa sukan bola sepak Pantai Timur, ia wajar ditukar segera memandangkan kehebatan Terengganu dalam sukan pilihan nombor satu dunia itu telah meletakkan Skuad Penyu hari ini sebagai ‘gergasi’ Malaysia. 

Perkara itu terbukti dengan pelbagai kejayaan yang diraih sepanjang tahun ini antaranya Juara Piala FA, Naib Juara Liga Super dan kini sedang berentap hebat bagi memburu kejuaraan dalam piala paling berprestij di negara ini. 

Malah, kehebatan Terengganu menyekat kemaraan seteru utamanya iaitu Kelantan dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia 2011 Jumaat lalu, cukup memberi isyarat jelas bahawa aksi garang skuad kendalian Irfan Bakti itu sukar untuk ditewaskan. 

Justeru, tanpa kehadiran pasukan The Red Warriors yang sebelum ini ‘diangkat’ sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia 2011 berdasarkan aksi konsisten dalam cabaran sebelum ini telah membuka laluan mudah bagi Terengganu untuk berentap dalam perlawanan akhir yang dijadualkan hujung bulan ini. 

:Bagaimanapun, Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, tidak mahu barisan pemainnya mudah duduk selesa, sebaliknya perlu menghabiskan perlawanan Separuh Akhir bertemu Selangor malam esok terlebih dahulu. 

:Katanya, mes- kipun berdasarkan sejarah sebelum ini menyebelahi Terengganu, namun itu tidak bermakna Skuad Penyu harus memandang mudah, sebaliknya perlu sentiasa fokus dalam perlawanan bakal dihadapi nanti. 

“Meskipun di atas kertas Terengganu mempunyai kelebihan, namun kita perlu ingat Selangor bukan calang-calang pasukan kerana mereka mengetahui corak permainan kita. 

:“Sehubungan itu, kita akan memastikan semua pemain kita bakal turun beraksi akan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap perlawanan bagi memastikan Terengganu mampu melangkah lebih selesa ke peringkat seterusnya nanti,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, kelmarin. 

Sementara itu, Irfan Bakti turut tidak menolak kemungki-nan untuk menggunakan formula pasukan T-Team sebagai persediaan menentang Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama di Shah Alam, esok. 

“Saya akan berhubung dengan Yunus Alif (ketua jurulatih T-Team) dan rakan saya di Perak untuk membuat percaturan serta mengubah corak perlawanan penting bertemu The Red Giant malam lusa (esok),” katanya. 

Ketika ditanya percaturan pemain yang akan diletakkan dalam perlawanan penting malam ini, beliau akan memasukkan kembali dua tonggak utama yang direhatkan dalam perlawanan bertemu Kelantan Jumaat lalu setelah dikenakan kad merah iaitu Mohd Zubir Azmi dan Ismail Faruqi Asha’ari. 

Tambah Irfan lagi, dengan prestasi terbaik yang ditunjukkan barisan pemainnya, beliau optimis skuad kendaliannya itu mampu melakukan sesuatu di perlawanan akhir nanti, sekali gus menafikan andaian pengalisis sukan yang meletakkan Kelantan sebagai pilihan sebelum ini. 

Namun, dalam nada rendah diri, beliau mengakui Kelantan merupakan pasukan yang baik, tetapi harus juga diakui bahawa Skuad Penyu kini berada dalam tahap terbaik untuk menjulang piala paling berprestij di Malaysia itu. 



Manaf teruskan perjuangan

Meskipun masih berperang dengan kesedihan atas kehila-ngan bapa tercinta, namun penyerang berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat perlu meneruskan perjuangan untuk membantu pasukannya bagi merebut kejuaraan dalam kempen Piala Malaysia musim ini. 

“Pihak pengurusan tidak memaksa saya untuk bermain dan menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan sama ada mampu untuk bermain atau sebaliknya. Tetapi dengan semangat diberikan adik-beradik dan ahli keluarga, saya perlu meneruskan perjuangan. 

“Bagaimanapun, saya tidak mampu menafikan kesedihan masih lagi menebal dalam diri saya atas pemergian arwah ayah, namun segala sokongan dan semangat yang diberikan arwah (ayah) sepanjang saya terlibat dunia bola sepak akan tetap saya pegang sampai bila-bila,” katanya. 

Menurut Manaf, beliau berazam untuk membantu pasukannya memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan yang bakal ditempuhi sebagai tanda penghargaan kepada penyokong yang begitu setia dengan pasukan Penyu ini.


Sumber:Sinar Harian

Presiden KAFA puji kehebatan Terengganu

by:sebetulnya Catatan Ahad, 16 Oktober 2011 0 ulasan


Keupayaan Skuad “Penyu” mengekang pasukan Kelantan pada pertandingan suku akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan Jumaat lalu, mendapat pujian Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, walaupun Kelantan kecewa dengan keputusan yang memihak kepada Terengganu, perlawanan antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu merupakan pertandingan yang terbaik dan pihaknya akur dengan kehebatan pasukan Terengganu.

Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga mereka selain menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan yang agak leka mengekang asakan pasukan pelawat itu.

"Mereka layak menang kerana bermain bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sangat bertenaga. Kelantan tewas di tangan pasukan yang lebih baik daripada kita (Kelantan).

"Penyerang dan barisan pertahanan Terengganu bermain dengan cemerlang dan menghukum kelalaian pemain Kelantan terutama di barisan pertahanan," katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi Skuad “Penyu” berjaya melangkah ke separuh akhir apabila mencatatkan keputusan secara agregat 5-3.

"Kepada Terengganu kita ucapkan selamat maju jaya untuk tempoh yang akan datang manakala kita (Kelantan) akan mula mengatur persiapan untuk musim akan datang," katanya.

Seloka Sang Penyu

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 15 Oktober 2011 0 ulasan

Stadium Sultan Ismail menjadi saksi,
Stadium Sultan Muhammad menjadi bukti...
Sang Penyu mara lagi,
Sang Kijang tersembam dikandang sendiri...


Kelantan memang boleh dipuji,
... ... tetapi Terengganu lebih LAYAK lagi...

Ingatkan defisit boleh diatasi,
tetapi angan2 itu x menjadi...
Sentuhan 2 gol yang dicari,

 kombinasi 2 palang dan tiang menjadi badi...
Tahniah ganu dari kami
,


penyokong kelantan takkan  tak nak terima kenyataan lagi...
Sekalung tahniah untuk wira kami,
Ashaari Samsuddin nama diberi...
Itulah anak emas penyu kami,
nampak slow tapi makin digeruni...

(kredit :Terengganu peteh Terengganu)

T-Team tetap menghormati lawan

by:sebetulnya Catatan Khamis, 13 Oktober 2011 0 ulasan


T-TEAM tidak menganggap mudah pertemuan suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2011 menentang Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.
Jurulatih, Yunus Alif berkata, kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam perlawanan pertama Isnin lalu tidak boleh dijadikan ukuran.
"Kita masih ada 90 minit lagi untuk diharungi dan macam-macam boleh berlaku, tambahan pula Sabah sekarang berada pada prestasi terbaik dan boleh mengancam T-Team," katanya semalam.
Yunus berkata, T-Team tidak mempunyai strategi tertentu untuk menghadapi Sabah kecuali meningkatkan semangat berpasukan.
Strategi tersebut ternyata berkesan pada aksi suku akhir pertama di gelanggang lawan Isnin lalu," katanya.
Beliau berkata, T-Team belum mahu mendabik dada malah akan tetap menghormati Sabah.
Menurutnya, T-Team ingin merealisasikan impian penyokong mereka untuk melihat pasukan itu terus berjaya dan seterusnya menjulang piala yang berprestij itu musim ini.
Pada pertemuan esok, bekas pemain kebangsaan, Tengku Hasbullah Tengku Hassan yang mengalami kecederaan di pangkal paha semasa pertemuan pertama Insin lalu mungkin akan direhatkan pada aksi kedua ini.
Begitupun, Yunus berkata, beliau tidak bimbang kerana T-Team mempunyai ramai pemain yang boleh mengisi tempat Tengku Hasbullah.
Sementara itu, Setiausaha Kerja T-Team, Zaini Abu Bakar berkata, pihak pengurusan T-Team mengambil keputusan tidak akan menaikan harga tiket untuk perlawanan tersebut.
Beliau berkata, ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai penyokong T-Team menyaksikan perlawanan tersebut. 
Sumber: Bernama

Hujan:Harapan Terengganu Cerah

by:sebetulnya Catatan Rabu, 12 Oktober 2011 0 ulasan



Jabatan Meteologi Malaysia meramalkan hujan pada hari perlawanan pusingan kedua suku akhir antara pasukan Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu.

Ditakdirkan hujan turun pada hari tersebut,ia merupakan satu rahmat dan kelebihan buat pasukan Terengganu yang bertandang ke Kota Bharu dengan berbekalkan kelebihan jaringan 2 gol.

Kebiasaannya hujan yang turun sewaktu perlawanan sedang berlangsung akan memberi kesan keatas perlawanan tersebut.antaranya:

1.Strategi dan taktikal kurang menjadi
2.Pemain lebih banyak sepak air dari sepak bola
3.Pergerakan bola tidak lancar dan banyak sangkut-sangkut.
4.Padang licin
5.BILANGAN JARINGAN GOL AMAT SEDIKIT

InsyaAllah harapan pasukan Terengganu untuk mara ke pusingan separuh akhir cerah sekiranya hujan benar-benar berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung


JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.


Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi.

Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir dan Daudsu menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pengadil menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.

Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Mohd. Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Mohd. Zubir dan pertahanan Kelantan, Mohd. Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Sementara itu, di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan T-Team.

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.

Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan berstatus kelab itu pulang ke gelanggan sendiri dengan membawa kelebihan satu gol.

5 Kad Merah FAM akan siasat Segera-Dato Hamidin

by:sebetulnya Catatan Selasa, 11 Oktober 2011 1 ulasan

                                                        Mohd Nafeez Abd Wahab


Fam akan menyiasat segera berhubung 5 kad merah yang dilayangkan oleh pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab dalam perlawanan aksi pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan yang berlangsung di stadium sultan Ismail Nasaruddin Syah semalam.

Perlawanan tersebut yang disaksikan lebih 10 000 penonton yang hadir ke stadium menyaksikan 2 kad merah dilayangkan kepada pemain Terengganu dan 3 kepada pemain Kelantan.

Pada perlawanan 90 minit yang penuh aksi panas tersebut Terengganu menang 3-1 keatas pasukan The Red Warriors.

“Kita masih menunggu laporan penuh perlawanan daripada persuruhjaya pertandingan dan akan membuat penilaian dalam masa terdekat ini dan perkara tersebut akan dibincangkan diperingkat mesyuarat Jawatankuasa  Tatatertib untuk tindakan susulan”kata Dato Hamidin yang juga Naib presiden FAM yang disiarkan oleh Bernama.

Pengadil Mohd Naffez Abd. Wahab yang bertugas dalam perlawanan tersebut merupakan pengadil yang sama ditugaskan oleh FAM untuk mengadili perlawanan akhir Final Piala FA yang berkesudahan Terengganu menang 2-1. 

 Berikut ialah senarai nama pemain yang dikenakan kad semasa aksi pusingan pertama Piala Malaysia Terengganu vs Kelantan


Kad Kuning


1.Mohd Mazuki Bin Yusof (k):Pertahanan



2.Mohd Faizal Bin Muhamad:Pertahanan



3.Abd Manaf Mamat:Penyerang/Tengah






4.Joseph Kalang Tie:Tengah



Kad Merah



1.Ismail Faruqi:Tengah
Status:Digantung 1 perlawanan



2.Mohd Zubir:bek kiri/kanan
Status:Digantung 1 perlawanan



KUALA TERENGGANU – Terengganu berjaya memanfaatkan sepenuhnya permainan di laman sendiri apabila berjaya mengetepikan seteru utamanya Kelantan 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shgah, di sini, malam tadi. 

Pertemuan dua seteru utama itu, menyaksikan lima kad merah dan 10 kad kuning dikenakan kepada pemain kedua-dua pasukan. 

Kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA musim lalu, meskipun perlawanan baru melangkah ke perlawanan suku akhir pertama. 

Memulakan babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan beraksi agresif apabila saling menggandakan asakan ke pintu gol lawan masing-masing. 

Pemain tambatan Terengganu, Joseph Kalang Tie, hampir menghadiahkan gol awal kepada tuan rumah, namun rembatan derasnya dalam kotak penalti pada minit ke-10 sekadar melewati palang gol. 

Gawang gol pelawat sekali lagi teruji apabila Abdul Manaf Mamat hampir memberi gol, namun rembatan lemah pada minit ke-29 dalam kawasan kotak penalti berjaya disambut kemas Khairul Fahmi Che Mat. 



Aksi dengan sembilan pemain 



Pemain pasukan pelawat, Mohd Shakir Shaari menjadi pemain pertama yang diarah keluar padang setelah mengasari pemain Terengganu pada minit 31. 

Selang tiga minit selepas itu, pasukan pelawat sekali lagi diuji apabila Mohd Daudsu Jamaluddin dikenakan kad merah, di mana menyaksikan pasukan The Red Warriors terpaksa bermain dengan sembilan pemain. 

Kelantan yang ternyata tidak menunjukkan aksi tempang, walaupun terpaksa bermain dengan sembilan pemain, apabila terus melakukan beberapa percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan tuan rumah. 

Ismail Faruqi ternyata bijak memanfaatkan peluang apabila hantaran kemas Abdul Manaf Mamat berjaya ditolak kemas ke pintu gol pelawat pada minit ke-43. 

Aksi panas kedua-dua pasukan terus berlarutan apabila Ismail Faruqi Asha’ari dikenakan kad merah setelah menolak Norshahrul Idlan Talaha pada masa kecederaan. Keputusan itu kekal hingga ke minit terakhir separuh masa pertama. 

Memulakan babak kedua, pasukan pelawat yang nyata tertekan, cuba menggandakan asakan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya, namun tersasar jauh dari pintu gawang, namun Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya menghasilkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-78 yang diambil ketua pasukan, Mohd Badri Radzi. 

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, tuan rumah menggandakan asakan dan hasilnya Abdul Manaf Mamat berjaya menambah jaringan tuan rumah apabila sepakan penalti pada minit ke-88 terus meluru masuk ke pintu gol. 

Kepten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof menambah derita pasukan pelawat, apabila menghasilkan gol ketiga tuan rumah pada masa kecederaan. 

Terengganu melangkah selesa untuk aksi kedua timbal balik di Kelantan 14 Oktober ini.


Sumber:Sinarharian

Peteh Sumbang RM1,000 Seorang Kepada Pemain Piala FA

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 8 Oktober 2011 0 ulasan

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) pada Sabtu menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada skuad Terengganu yang berjaya merangkul Piala FA musim ini.

Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata seramai 23 pemain menerima sumbangan tersebut dan kelab penyokong itu merupakan pertama di negara ini memberi insentif seperti itu.

"Ini sebagai satu penghargaan serta menunaikan janji kelab kepada pemain sekiranya Terengganu juara kejohanan itu," katanya, sambil menjelaskan sumbangan insentif itu mungkin diberikan sekiranya Terengganu muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir Piala FA tahun ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd Azmi meminta penyokong Terengganu dan Kelantan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara kedua pasukan itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Isnin ini.

Sumber :BERNAMA

Harga Tiket Perlawanan Terengganu Bertemu Kelantan Dinaikkan

by:sebetulnya Catatan Khamis, 6 Oktober 2011 0 ulasan

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini Isnin ini.

Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata harganya ialah RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk tempat duduk berbumbung berbanding masing-masing RM10 dan RM20 sebelum ini.

Harga tiket bagi tahun depan akan dibincangkan kemudian, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tiket bagi perlawanan separuh akhir juga akan dinaikkan, sekiranya Terengganu layak.

"Kenaikan harga itu diambil pada mesyurat eksekutif PBSNT semalam. PBSNT berpendapat kenaikan harga itu tidak membebankan peminat kerana inilah pertama kali PBSNT menaikkan harga tiket. "Lagipun negeri-negeri lain telah menaikkan harga tiket masing-masing, kecuali Terengganu yang masih mengekalkan harga RM10 dan RM20," katanya.

Abdullah berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan akan mula menjual tiket perlawanan Isnin ini pada pagi Ahad di semua pintu masuk stadium bagi mengelak kesesakan.

Katanya 10 peratus tiket akan disediakan kepada peminat Kelantan.

Beliau berkata satu lagi mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membicangkan langkah-langkah keselamatan semasa perlawanan itu.

"Kita minta sungguh-sungguh supaya peminat mematuhi arahan dan tidak membawa masuk sebarang objek ke dalam stadium bagi mengelak persatuan dihukum.

"Yang penting kita mahu lihat satu perlawanan yang berkualiti dan hebat daripada kedua-dua pasukan," katanya.

Sumber berita-BERNAMA

ATAS KERTAS KELANTAN MENANG

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 1 Oktober 2011 0 ulasan

Ketua jurulatih Irfan Bakti berkata  Kelantan sebagai pasukan pilihan untuk menang tetapi  hanya di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung,lapor kosmo online hari ini.
Terengganu yang juga Juara Piala FA 2011 dijadualkan akan menentang The Red Warriors pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia,10 Oktober ini di Kuala Terengganu.
Dalam laporan tersebut juga Irfan menegaskan mempunyai banyak maklumat dan tahu corak permainan Kelantan dan beliau mempunyai cara untuk menewaskan pasukan Kelantan.
Untuk rekod,Irfan Bakti merupakan Anak kelahiran Kelantan. Sebelum membimbing pasukan Terengganu menjuarai Piala FA 2011 ,beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura".
Beliau juga pernah membimbing pasukan Telekom FC  ke separuh akhir Piala Malaysia dan meletakkan Telekom FC ditempat kedua Liga Super pada tahun 2006.

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM