Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here
Memaparkan catatan dengan label PASUKAN T-TEAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASUKAN T-TEAM. Papar semua catatan

Pegawai & Pemain T-TEAM 'The Titans' 2013

by:sebetulnya Unknown Jumaat, 11 Januari 2013 1 ulasan

    T-Team                                                                    Logo-Liga-Super 

         Liga Super T-TEAM 2013     

         Pegawai & Pengurusan:-                              

    1. Peter James Butler -- Ketua Jurulatih/Pengurus Pasukan
    2. YBhg. Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid -- Penolong Pengurus Pasukan
    3.  Mohamed Sekanther bin Abdul Hamed -- Penolong Pengurus Pasukan
    4. Che Ku Marzuki bin Che Ku Mohd Nor -- Penolong Ketua Jurulatih
    5. Khalid bin Mohd Dahan -- Pembantu Penolong Ketua Jurulatih
    6. Dado Kondic -- Jurulatih Penjaga Gol
    7. Sebastian Knapic -- Jurulatih Kecergasan 
    8. Ab. Rashid bin Jusoh -- Pegawai Pentadbir
    9. Mark Lee Soong Keen -- Fisioterapi
    10. Mohd Sabri bin Abas -- Pegawai Keselamatan
    11. Zainuddin bin Muhamad -- Pegawai Media

     T-TeamPemain-pemain T-Team 'The Titans' 2013:-

    • 1. Suhardy bin Alby -- Jersey no. 1

      2. Isma Alif bin Mohd Salim -- 2

      3. Mohd Saiful bin Mustafa -- 3

      4. Mohd Shazlan bin Alias -- 4

      5. Mohamad Hasbullah bin Awang --5

      6. Muhamad Muinuddin bin Mokhtar -- 6

      7. Antwi George Boateng -- 7

      8. Md. Hassan Basri bin Ahmad Ridzuan -- 8

      9. Mohd Aizulridzwan bin Razali -- 9

      10. Caleb Colman Folan -- 10

      11. Mohd Nuraliff bin Zainal Abidin -- 11

      12. Mohd Badrul Hisyam bin Morris -- 12

      13. Abdul Latiff bin Suhaimi -- 13

      14. Mahathevan A/L Gengatharan -- 14

      15. Azrul Hazran bin Amiludin Baki -- 15

      16. Mohd Yusri bin Abas -- 16

      17. Mohd Mazuki bin Yusof -- 17 (K) 

      18. Mazlizam bin Mohamad -- 18

      19. Shafuan Adli bin Saari -- 19

      20. Pritam Singh A/L Charun Singh -- 20

      21. Fazuan bin Abdullah -- 21

      22. Mohammad Amirul bin Abu Seman -- 22

      23. Ahmad Syamim bin Yahya -- 24

      24. Mohd Iqbal bin Mohd Suhimi -- 25

      25. Muhamad Naim bin Zakaria -- 26

      26. Mohammad Syuhiran bin Zainal -- 27

      27. Ahmad Takhiyuddin bin Roslan -- 30

      28. Muhammad Hafizan bin Talib -- 32  

      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

      Kepada Pemain-pemain, Pengurusan & Para Penyokong...

      Musim ini, harapan agar pasukan bolasepak T-TEAM akan membawa sinaran yang cemerlang di dalam arena bolasepak Liga Malaysia 2013 dan komitmen di antara para pemain, pengurusan & para penyokong "the titans" & "the turtles" terus ditagih bersama-sama, insyaAllah!

      GanuSoccer.Net GSN" TERUSKAN BERJUANG, KAMI BERSAMAMU " 

          

    ~  facebook ganusoccer.net   

    T-Team ikat pemain import dari Bosnia

    by:sebetulnya Catatan Jumaat, 9 Disember 2011 0 ulasan


    PASUKAN T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.
    Pengurus pasukan, Rozi Mamat berkata, dia berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia-Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam mengharungi saingan liga pada musim depan.
    Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.
    Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu adalah FC Navy Bazar, Bosnia.
    Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.
    Beliau berkata, buat masa ini pasukan T-Team mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.
    "Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar," katanya.
    Rozi berkata, mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.
    "Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan," katanya.
    Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia adalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas
    SUMBER:KOSMO 9/12/11

    T-Team Kekal Rekod Bersih

    by:sebetulnya Catatan Ahad, 18 September 2011 1 ulasan

    T-Team mengekalkan rekod bersih ke atas Selangor  apabila sekali lagi pasukan The Red Giant  tumbang 1-2 di laman sendiri dalam aksi Piala Malaysia yang berlangsung semalam.

    Sumber gambar ini diambil dari sukanonline.com

    Dalam perlawanan tersebut Selangor terlebih dahulu berada dihadapan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14 hasil jaringan kapten pasukan Mohd Amri Yahya.Namun pada separuh masa kedua Mohd Norfarhan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada pada minit ke-81.Tiga minit sebelum wisel tamat,Mohd Zairol menjadi wira buat peminat T-Team apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti.

    Sebelum ini,K.Devan dilaporkan berhasrat  menamatkan badi tewas kepada  pasukan berstatus kelab T-Team.Namun hasratnya hancur apabila tewas 1-0 kepada T-Team dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah.

    Sumber gambar ini diambil dari sukanonline.com

    Sebelum ini,Skuad Gergasi Merah  2  kali tewas  kepada anak buah Yunus Alif dalam aksi Liga super.Dalam perlawanan pertama  Liga Super Selangor tewas 2-1 kepada T-Team hasil jaringan Norfarhan Muhammad dan Indra putra  serta  kalah 2-0 di  Stadium Shah Alam  juga hasil jaringan Norfarhan Muhammad dan Indra Putra.

    T-Team kini mengungguli carta peringkat kumpulan D dengan mengumpul 9 mata dan di ekori rapat oleh pasukan Kuala Lumpur yang mengumpul 8 mata.

    T-TEAM TIDAK MAHU JADI PENUMPANG

    by:sebetulnya Catatan Jumaat, 2 September 2011 0 ulasan


    Juruatih T-Team Yunus Alif  tidak mahu pasukannya di label sebagai pasukan penumpang dalam pertandingan Piala Malaysia ,lapor  akhbar KOSMO dalam talian hari ini,
    Sebelum ini,Yunus Alif digantung tugasnya membimbing pasuklan T-Team kerana persembahan hambar anak buahnya di atas padang dan pasukan  T-Team juga diberi amaran keras oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya bangkit atau T-Team dibubarkan.
    Dalam aksi Liga Super tahun ini,T-Team hanya mampu menduduki tangga kesembilan dan tersekat pusingan pertama kempen Piala FA kepada Kelantan.
    Bagi Piala Malaysia pula, ini merupakan kali kedua T-Team beraksi dalam Liga Malaysia.Sewaktu beraksi dalam Piala Malaysia 2010 ,pasukan T-Team yang diletakkan dalam kumpulan D bersama dengan Selangor,Perlis dan Felda FC gagal melayakkan ke suku akhir apabila hanya menang 2 kali,seri sekali dan tewas 3 kali.
    Tahun ini,skrip pasukan T-Team seolah-olah sama  seperti tahun lepas apabila sekali lagi diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Selangor yang dianggap pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia.Pada 2010 pasukan  T-Team tewas ditempat lawan 3-1 dalam perlawanan pembukaan kempen Piala Malaysia di shah Alam dan kalah 1-2 di laman sendiri.
    Bezanya kali ini ialah pertemuan antara pasukan  T-Team dan Selangor dalam pembukaan kempen Piala Malaysia akan bermula di laman sendiri pada 6 september ini.APAKAH KALI INI Selangor pula akan menerima nasib seperti T-Team sebagaimana tahun lepas?
    Sekiranya dilihat rekod terkini T-Team berjaya tewaskan pasukan  Red Giants bagi kedua-dua perlawanan Liga Super.dengan menang 2-1 dilaman sendiri dan 2-0 di Shah Alam.
    PERSEDIAAN HADAPI PIALA MALAYSIA
    Mohd Fitri Omar penjaring kedua terbanyak pasukan Liga Perdana dengan menghasilkan 15 gol musim ini yang dipinjam daripada pasukan MP Muar dibawa masuk bagi mempertajamkan ketumpulan penyudah barisan hadapan pasukan T-Team.
    Selain Fitri, T-Team turut ‘mengimport’ dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.
    Namun keputusan  perlawanan persahabatan baru-baru ini yang tidak memihak kepada pasukan T-Team pasti tidak “melenakan tidur” Yunus  Alif apabila pasukan T-Team gagal mencapai kemenangan kecuali seri 2-2 dengan “abangnya” Terengganu.
    Tewas kepada Sime Darby 1-0,PKNS 2-0 dan 3-1 kepada Kelantan jelas menggambarkan pasukan T-Team menghadapi masalah dibahagian serangan dan pertahanan.
    Sama ada,pasukan T-Team layak digelar pasukan penumpang atau tidak?? Semuanya bergantung kepada pencaturan Yunus Aliff,Keazaman pemain dan sokongan yang berterusan daripada penyokong dan peminat bola sepak Terengganu.Ayuhhhh..penuhkan Stadium Sultan Nassaruddin Syah ,Selasa ini.

    “Kali ini, T-Team memang berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, kami bakal menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan ini,” Ujar Pengurus T-Team YB Rozi Mamat di majlis berbuka puasa anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

    Dalam pada itu,T-Team menyenaraikan 2 pemain pinjaman bagi menghadapi Piala Malaysia musim ini,iaitu Mohd Jibrail Kamaron Baharin daripada Pos Malaysia dan Mohd Fitri Omar daripada pasukan MP Muar.

    Menurutnya, pasukan itu optimis untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Terengganu dan akan bekerja keras untuk mencapainya melalui beberapa perubahan besar terutamanya dari segi persembahan dan corak permainan.

    Beliau juga berharap Pasukan T-Team  dapat mempamer aksi terbaik dan seterusnya memperbaiki rentak permainan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 6 September ini.

    Setakat ini T-Team telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan.Menang 2-0 keatas PKNS dan tewas 1-0 kepada pasukan Sime Darby.

    T-Team juga bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 24 Ogos ini,di Kota Bharu.

    Pasukan T-Team diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan Selangor,Kuala Lumpur dan PDRM .

    Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

    Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

    Tanah Tumpah DarahKu.....

    Tanah Tumpah DarahKu.....

    MOHON KERJASAMA

    SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

    Radio OnLine GSN.FM -ONline

    Followers This Blog

    Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

    Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM