Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Terengganu Gergasi Malaysia

by:sebetulnya Catatan Isnin, 17 Oktober 2011 0 ulasan
KUALA TERENGGANU – Jika masih ada yang melabelkan pasukan Terengganu sebagai kuasa sukan bola sepak Pantai Timur, ia wajar ditukar segera memandangkan kehebatan Terengganu dalam sukan pilihan nombor satu dunia itu telah meletakkan Skuad Penyu hari ini sebagai ‘gergasi’ Malaysia. Perkara itu terbukti dengan pelbagai kejayaan yang diraih sepanjang tahun ini antaranya Juara Piala FA, Naib Juara Liga Super dan kini sedang berentap hebat...

Presiden KAFA puji kehebatan Terengganu

by:sebetulnya Catatan Ahad, 16 Oktober 2011 0 ulasan
Keupayaan Skuad “Penyu” mengekang pasukan Kelantan pada pertandingan suku akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan Jumaat lalu, mendapat pujian Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa. Menurut beliau, walaupun Kelantan kecewa dengan keputusan yang memihak kepada Terengganu, perlawanan antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu merupakan pertandingan yang terbaik dan pihaknya akur dengan kehebatan pasukan Terengganu. Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga...

Seloka Sang Penyu

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 15 Oktober 2011 0 ulasan
Stadium Sultan Ismail menjadi saksi,Stadium Sultan Muhammad menjadi bukti...Sang Penyu mara lagi,Sang Kijang tersembam dikandang sendiri... Kelantan memang boleh dipuji, ... ... tetapi Terengganu lebih LAYAK lagi... Ingatkan defisit boleh diatasi,tetapi angan2 itu x menjadi...Sentuhan 2 gol yang dicari,  kombinasi 2 palang dan tiang menjadi badi...Tahniah ganu dari kami, penyokong kelantan takkan  tak nak terima kenyataan lagi... Sekalung tahniah untuk wira kami,Ashaari Samsuddin nama diberi...Itulah anak emas penyu...

T-Team tetap menghormati lawan

by:sebetulnya Catatan Khamis, 13 Oktober 2011 0 ulasan
T-TEAM tidak menganggap mudah pertemuan suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2011 menentang Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok. Jurulatih, Yunus Alif berkata, kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam perlawanan pertama Isnin lalu tidak boleh dijadikan ukuran. "Kita masih ada 90 minit lagi untuk diharungi dan macam-macam boleh berlaku, tambahan pula Sabah sekarang berada pada prestasi terbaik dan boleh mengancam T-Team," katanya semalam. Yunus berkata, T-Team tidak mempunyai...

Hujan:Harapan Terengganu Cerah

by:sebetulnya Catatan Rabu, 12 Oktober 2011 0 ulasan
Jabatan Meteologi Malaysia meramalkan hujan pada hari perlawanan pusingan kedua suku akhir antara pasukan Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu. Ditakdirkan hujan turun pada hari tersebut,ia merupakan satu rahmat dan kelebihan buat pasukan Terengganu yang bertandang ke Kota Bharu dengan berbekalkan kelebihan jaringan 2 gol. Kebiasaannya hujan yang turun sewaktu perlawanan sedang berlangsung...
JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi. Ismail Faruqi meletakkan...

5 Kad Merah FAM akan siasat Segera-Dato Hamidin

by:sebetulnya Catatan Selasa, 11 Oktober 2011 1 ulasan
                                                        Mohd Nafeez Abd Wahab Fam akan menyiasat segera berhubung 5 kad merah yang dilayangkan oleh pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab dalam perlawanan aksi pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan yang...
 Berikut ialah senarai nama pemain yang dikenakan kad semasa aksi pusingan pertama Piala Malaysia Terengganu vs Kelantan Kad Kuning 1.Mohd Mazuki Bin Yusof (k):Pertahanan 2.Mohd Faizal Bin Muhamad:Pertahanan 3.Abd Manaf Mamat:Penyerang/Tengah 4.Joseph Kalang Tie:Tengah Kad Merah 1.Ismail Faruqi:Tengah Status:Digantung 1 perlawanan 2.Mohd Zubir:bek kiri/kanan Status:Digantung 1 perlawa...
KUALA TERENGGANU – Terengganu berjaya memanfaatkan sepenuhnya permainan di laman sendiri apabila berjaya mengetepikan seteru utamanya Kelantan 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shgah, di sini, malam tadi.  Pertemuan dua seteru utama itu, menyaksikan lima kad merah dan 10 kad kuning dikenakan kepada pemain kedua-dua pasukan.  Kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA musim lalu, meskipun...

Peteh Sumbang RM1,000 Seorang Kepada Pemain Piala FA

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 8 Oktober 2011 0 ulasan
KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) pada Sabtu menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada skuad Terengganu yang berjaya merangkul Piala FA musim ini. Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata seramai 23 pemain menerima sumbangan tersebut dan kelab penyokong itu merupakan pertama di negara ini memberi insentif seperti itu. "Ini sebagai satu penghargaan serta menunaikan janji kelab kepada pemain sekiranya Terengganu juara kejohanan itu," katanya, sambil menjelaskan sumbangan...

Harga Tiket Perlawanan Terengganu Bertemu Kelantan Dinaikkan

by:sebetulnya Catatan Khamis, 6 Oktober 2011 0 ulasan
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini Isnin ini. Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata harganya ialah RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk tempat duduk berbumbung berbanding masing-masing RM10 dan RM20 sebelum ini. Harga tiket bagi tahun depan akan dibincangkan kemudian, katanya kepada Bernama. Beliau berkata tiket bagi perlawanan...

ATAS KERTAS KELANTAN MENANG

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 1 Oktober 2011 0 ulasan
Ketua jurulatih Irfan Bakti berkata  Kelantan sebagai pasukan pilihan untuk menang tetapi  hanya di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung,lapor kosmo online hari ini.Terengganu yang juga Juara Piala FA 2011 dijadualkan akan menentang The Red Warriors pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia,10 Oktober ini di Kuala Terengganu.Dalam laporan tersebut juga Irfan menegaskan mempunyai banyak maklumat dan tahu corak permainan Kelantan dan beliau mempunyai cara untuk menewaskan pasukan Kelantan.Untuk rekod,Irfan Bakti...

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM