JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang
pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke
atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
.
Kelantan,Terengganu,Selangor,Kedah antara 4 pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini.Namun setelah berakhirnya pusingan pertama keempat-empat pasukan ini belum menunjukkan ciri-ciri sebagai sebuah pasukan bakal bergelar juara.
Paling mengejutkan pasukan The Red Giant dengan misi memburu Piala Malaysia kali ke-33 hanya mampu berada ditempat ketiga bagi pusingan pertama dalam kumpulan D.Anak buah K.Devan dilihat bergelut untuk mencari kemenangan hanya menang sekali 2-0 keatas pasukan Polis FC.Sedangkan pasukan T-Team yang tidak diberi harapan untuk mara ke suku akhir mampu menewas Pasukan Polis FC dengan jaringan besar 4-0.Kini Selangor tidak mempunyai pilihan lain,kecuali menang kesemua perlawanan pusingan kedua untuk terus mara dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Nasib yang sama juga dialami pasukan Sang Kenari yang berada dalam kumpulan A .Selepas menang 2-0 keatas Johor di gelanggang lawan,sama sekali tidak diduga Kedah tewas 2 kali berturut-turut selepas itu kepada Sabah dan Perak.Dengan mengumpul 3 mata,Kedah mungkin antara pasukan pilihan yang terawal akan tersingkir dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Terengganu pasukan pilihan dalam kumpulan B juga gagal mempamerkan ciri-ciri sebagai pasukan yang bergelar juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super apabila hanya mampu mendudukki tangga ke-2 selepas tewas 1-0 kepada Skuad Sang Rusa dalam aksi ketiga pusingan pertama peringkat kumpulan.Namun begitu,Terengganu dilihat mempunyai peluang untuk terus mara keperingkat suku akhir.Selepas ini,Terengganu akan bertemu dengan lawan pemanas badan Sime darby dan menanti kunjungan N.Sembilan di laman sendiri.
Kelantan yang hadir dengan misi mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia juga dilihat belum mampu mempamerkan aksi sebenar.Hampir-hampir dimalukan di laman sendiri oleh pasukan berstatus kelab yang paling berjaya Johor FC apabila menang tipis 2-1.Kelantan yang dilihat akan menang mudah ke atas Felda FC yang pernah ditewaskan dengan jaringan 6-0 tersungkur diluar jangkaan pemerhati bola sepak tempatan.sebaliknya Felda FC dengan bangga menewaskan The Red Warriors 2-0 di Stadium Selayang.Kelantan kini berada ditangga ke-2 dalam kumpulan C.
Pusingan Kedua kempen Malaysia akan bermula 17 September ini.Dimana Kedah Terengganu,Selangor dan Kelantan akan beraksi dilaman sendiri.
T-Team kembali bangkit
KUALA TERENGGANU – Pasukan berstatus kelab, T-Team kembali bangkit daripada kekalahan dengan membelasah PDRM 4-0 dalam perlawanan yang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.
Skuad bimbingan Yunus Alif yang kalah tipis 2-1 kepada Kuala Lumpur Sabtu lalu kembali dengan aksi bertenaga di hadapan penonton sendiri, sekali gus membuka peluang untuk terus bersaingan ke peringkat seterusnya dalam kempen Piala Malaysia.
Pasukan T-Team sebelum itu gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan lemah Indra Putera Mahayuddin berjaya disambut kemas penjaga gol pasukan pelawat.
:T-Team sekali lagi gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang diambil Mohd Fitri Omar setelah rakan sepasukannya, Mohd NorFarhan dijatuhkan di kawasan kotak penalti, namun sepakan yangd iambil sekadar melewati palang gol.
Bagaimanapun, percubaan anak buah Yunus Alif pada minit ke-43 akhirnya berjaya menghasilkan gol menerusi sepakan sudut yang diambil Zairo Anuar Zailani.
T-Team sekali lagi menambah gol sebelum menamatkan babak terakhir separuh masa pertama menerusi tandukan menarik Nor Fazly Alias.
Memulakan babak kedua perlawanan, T-Team terus menambah derita pasukan pelawat apabila Nor Fitri Omar seklai lagi menambah gol pada minit ke-65.
PDRM yang semakin hilang rentak memasuki babak kedua terus berputih mata pabila apabila penyerang berbisa T-Team, Mohd Norfarhan Mohammad menhadihakn gol keempat kepada tuan rumah pada minit ke-78 dan keputusAn itu kekal hingga ke babak terakhir perlawanan.
Aksi Terengganu lesu di Paroi
PAROI, Negeri Sembilan - Skuad Hobin Jang Hobin memastikan kekal pada kedudukan teratas Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan juara Piala FA musim ini, Terengganu, dengan jaringan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini, malam tadi.
Pasukan dikendalikan Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah itu memastikan tiga mata penuh milik mereka menerusi jaringan cantik pemain tengahnya, Shahurain Abu Samah pada minit ke-64.
Pasukan tuan rumah mula mengasak gawang gol lawan pada minit ke-11 namun percubaan pemain penyerang berpengalaman, Hairuddin Omar berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawe.
Negeri Sembilan sekali lagi membuat cubaan pada minit ke-14 oleh penyerang muda, Mohd Firdaus Azizul, namun rembatannya tersasar ke sebelah kiri gawang Terengganu.
Skuad Penyu kendalian Ketua Jurulatih, Irfan Bakti beroleh peluang terbaik pada minit ke-18 namun lambungan oleh penyerang, Reeshafiq Alwi, berjaya ditangkap penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Harun.
Hairuddin sekali lagi mendapat peluang membolosi gol Terengganu tetapi cubaannya pada minit ke-28 gagal mencari sasaran dan hanya melepasi palang gol.
Terjahan keras pemain pertahanan Terengganu, Mazliza Mohamad, terhadap pemain tengah Skuad Hobin Jang Hobin, Shahurain Abu Samah, pada minit ke-36 menyebabkannya menerima kad kuning pertama dalam perlawanan.
Pasukan Negeri Sembilan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-64 apabila Shahurain berjaya melepasi kawalan pertahanan Terengganu sebelum menolak bola masuk dengan kaki kanan dan menembusi gawang gol lawan.
Shahurain sekali lagi menggegarkan benteng pertahanan Skuad Penyu pada minit ke-73, namun tendangannya gagal membuahkan hasil apabila tersasar melepasi palang gol lawan.
Kad kuning kedua dilayangkan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob, kepada pemain pemain pertahanan Negeri Sembilan, Irwan Fadli Idris, kerana mengasari pemain Terengganu, Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-82.
Serangan demi serangan dilancarkan Skuad Penyu bagi menembusi pintu gol pasukan tuan rumah menemui jalan buntu dan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah perlawanan berakhir.
Sumber:Sinar Harian
Skuad Penyu,mula bergelar juara pada tahun 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia.
Berdasarkan Kejayaan Terengganu dalam piala FA dan juga Naib Juara Liga Super,pasukan dibawah bimbingan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa Piala Malaysia tahun ini.
Hanya satu perlawanan persahabatan diadakan oleh Irfan bakti untuk pasukan Terengganu sebelum sepak mula Piala Malaysia iaitu menentang T-Team.Perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2.
Pemain tumpuan:Abdul Hadi Yahya
Sime Darby
Layak beraksi buat kali pertama dalam kempen Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang dengan agregat 6-0 di pusingan playoff.
Dalam kempen Liga Perdana,Sime Darby menamatkan saingan di tangga kelima.
Sime Darby merupakan juara Liga FAM sebelum beraksi Liga Perdana Musim lalu.
Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team diasaskan pada 2007 bagi saingan Piala FAM musim 2007/2008 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru.
T-Team turut menyasarkan membawa pulang Piala Malaysia tahun ini,walaupun penjaga gol utamanya,Shamsuri Mustafa terpaksa berehat panjang kerana pembedahan lutut.
Pemain tumpuan:Mohd Fitri Omar
Selangor
Tahun lalu,Selangor turun selaku pasukan pilihan,namun terkandas di suku akhir apabila tumbang kepada Kelantan.
Dianggap sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 kali Piala Malaysia.Liga super tahun ini,Selangor menghuni tangga ketiga.
Pemain tumpuan:Syafiq Rahim
KEPUTUSAN meminda tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.Demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad .
Keputusan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut disebabkan ia bertembung dengan tarikh aksi persahabatan Harimau Malaya dengan pasukan kebangsaan Australia pada 7 Oktober depan.
Azzuddin berkata, mesyuarat yang akan diadakan itu akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan jadual perlawanan yang diadakan ataupun untuk meminda tarikh pertandingan Piala Malaysia bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa itu.
Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September.
KEDUDUKKAN PERINGKAT KUMPULAN
| K | Kumpulan A | P | M | S | K | J | B | PG | Mata |
| 1 | PERAK | 6 | 4 | 1 | 0 | 8 | 4 | 4 | 13 |
| 2 | SABAH | 6 | 3 | 1 | 2 | 10 | 6 | 4 | 10 |
| 3 | Kedah | 6 | 2 | 2 | 2 | 9 | 8 | 1 | 8 |
| 4 | Johor | 6 | 0 | 1 | 5 | 7 | 16 | -9 | 1 |
| K | Kumpulan B | P | M | S | K | J | B | PG | Mata |
| 1 | N.SEMBILAN | 6 | 4 | 0 | 2 | 10 | 4 | 6 | 12 |
| 2 | TERENGGANU | 6 | 4 | 0 | 2 | 8 | 3 | 5 | 12 |
| 3 | pkns fc | 6 | 3 | 0 | 3 | 7 | 6 | 1 | 9 |
| 4 | Sime Darby | 5 | 0 | 0 | 5 | 1 | 12 | -11 | 0 |
| K | Kumpulan C | P | M | S | K | J | B | PG | Mata |
| 1 | KELANTAN | 6 | 4 | 1 | 1 | 11 | 4 | 7 | 13 |
| 2 | FELDA FC | 6 | 3 | 1 | 2 | 6 | 4 | 2 | 10 |
| 3 | Johor FC | 6 | 2 | 2 | 2 | 7 | 7 | 0 | 8 |
| 4 | Serawak | 6 | 1 | 0 | 5 | 2 | 11 | -9 | 3 |
| K | Kumpulan D | P | M | S | K | J | B | PG | Mata |
| 1 | T-TEAM | 6 | 4 | 1 | 1 | 11 | 4 | 7 | 13 |
| 2 | SELANGOR | 6 | 3 | 1 | 2 | 9 | 5 | 4 | 10 |
| 3 | K.Lumpur | 6 | 2 | 3 | 1 | 7 | 4 | 3 | 9 |
| 4 | Pdrm | 6 | 0 | 1 | 5 | 1 | 19 | -18 | 1 |
JADUAL DAN KEPUTUSAN
| 6 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan A | |||
| Johor | 0-2 | Kedah | 8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. |
| Sabah | 0-0 | Perak | 8.15 malam,Likas Kota Kinabalu. |
| 6 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan B | |||
| Sime Darby | 0-3 | TERENGGANU | 8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayang |
| PKNS | 1-2 | N.Sembilan | 8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya |
| 6 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan C | |||
| Serawak | 0-2 | Kelantan | 4.15 malam,Std Negeri,Kuching. |
| Johor FC | 0-2 | Felda FC | 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang |
| 6 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan D | |||
| PDRM | 0-4 | K.Lumpur | 8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi |
| T-TEAM | 1-0 | Selangor | 8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
| 10 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan A | |||
| Kedah | 1-2 | Sabah | 8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. |
| Perak | 2-1 | Johor | 8.45 malam,Std Perak,Ipoh. |
| 10 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan B | |||
| TERENGGANU | 3-1 | PKNS | 8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
| N.Sembilan | 5-0 | Sime Darby | 8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi |
| 10 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan C | |||
| Kelantan | 2-1 | JohorFC | 8.45 malam,Std Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru |
| Felda FC | 1-0 | Serawak | 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang |
| 10 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan D | |||
| Selangor | 2-0 | PDRM | 8.45 malam,Std Shah Alam |
| K.Lumpur | 1-2 | T-TEAM | 8.45 malam,Std Majlis Pembandaran Selayang. |
| 13 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan A | |||
| Perak | 2-1 | Kedah | 8.15 malam,Stdm Ipoh |
| Johor | 1-3 | Sabah | 8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. |
| 13 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan B | |||
| N.Sembilan | 1-0 | TERENGGANU | 8.45 malam,Std Tunku Abdul Rahman,Paroi. |
| PKNS | 1-0 | Sime Darby | 8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya |
| 13 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan C | |||
| Serawak | 0-1 | Johor FC | 4.15 malam,Std Negeri,Kuching. |
| 14 September 2011 (Rabu) | |||
| Kumpulan C | |||
| Felda FC | 2-0 | Kelantan | 8.45 malam,Std Petaling Jaya |
| 13 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan D | |||
| K.Lumpur | 0-0 | Selangor | 8.45 malam,Stadium Majlis Perbandaran Selayang |
T-TEAM | 4-0 | PDRM | 8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
| 17 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan A | |||
| Kedah | 3-3 | Johor | 8.45 malam,Std Darul Aman, Alor Setar |
| Perak | 2-1 | Sabah | 8.45 malam,Std Perak,Ipoh. |
| 17 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan B | |||
| TERENGGANU | 1-0 | Sime Darby | 8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
| N.Sembilan | 0-2 | PKNS | 8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi |
| 18 September 2011 (Ahad) | |||
| Kumpulan C | |||
| Kelantan | 4-0 | Serawak | 8.45 malam,Std Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru |
| Felda FC | 1-1 | Johor FC | 8.45 malam,Std Petaling Jaya,Kelana Jaya. |
| 17 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan D | |||
| Selangor | 1-2 | T-TEAM | 8.45 malam,Std Shah Alam |
| K.Lumpur | 0-0 | PDRM | 8.45 malam,Std Majlis Pembandaran Selayang. |
| 24 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan A | |||
| Johor | 1-2 | Perak | 8.45 malam,Std Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. |
| Sabah | 0-1 | Kedah | 8.15 malam,Likas Kota Kinabalu. |
| 24 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan B | |||
| Sime Darby | 1-2 | N.Sembilan | 8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayan |
| PKNS | 0-1 | TERENGGANU | 8.45 malam,Petaling Jaya, Kelana Jaya |
| 24 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan C | |||
| Serawak | 1-0 | Felda FC | 4.15 malam,Std Negeri,Kuching. |
| Johor FC | 1-1 | Kelantan | 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang |
| 24 September 2011 (Sabtu) | |||
| Kumpulan D | |||
| PDRM | 1-4 | Selangor | 8.45 malam,Tuanku Abdul Rahman, Paroi |
| T-TEAM | 1-1 | K.Lumpur | 8.45 malam,Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
| 27 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan A | |||
| Kedah | 1-1 | Perak | 8.45 malam,Std Darul Aman Alor Star. |
| Sabah | 4-1 | Johor | 8.15 malam,Std Likas,Kota Kinabalu |
| 27 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan B | |||
| TERENGGANU | 0-0 | N.Sembilan | 8.45 malam,Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT |
Sime Darby | 0-1 | PKNS | 8.45 malam,Std Majlis Perbandaran Selayang |
| 27 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan C | |||
| Kelantan | 2-0 | Felda FC | 8.45 malam,Std Sultan Muhammad Ke-IV Kota Baru |
| Johor FC | 3-1 | Serawak | 8.45 malam,Majlis Perbandaran Pasir Gudang |
| 27 September 2011 (Selasa) | |||
| Kumpulan D | |||
| Selangor | 2-1 | K.Lumpur | 8.45 malam,Std Shah Alam |
| PDRM | 0-6 | T-TEAM | 8.45 malam,Std Tuanku Abdul Rahman. |
| 10 Oktober 2011 (Selasa) | |||
| SUKU AKHIR PERTAMA | |||
| Selangor | 3-1 | Perak | 8.45mlm,Std Shah Alam |
| TERENGGANU | 3-1 | Kelantan | 8.45mlm,SSINS |
| Felda FC | 1-0 | N.Sembilan | 8.45mlm,Std Selayang |
| Sabah | 1-2 | T-TEAM | 8.15 mlm,Likas Kota Kinabalu. |
| 14 Oktober 2011 (Selasa) | |||
| SUKU AKHIR KEDUA | |||
| Perak | 0-1 | Selangor | 8.45mlm,Std Ipoh,Perak |
| Kelantan | 2-2 | TERENGGANU | 8.45 mlm.SSMIV |
| N.Sembilan | 3-0 | Felda FC | 8.45 mlm,Std Tuanku Abdul Rahman. |
| T-Team | 2-1 | Sabah | 8.45mlm,SSINS |
| 18 OKTOBER 2011 (Selasa) | |||
| SEPARUH AKHIR PERTAMA | |||
| T-TEAM | 2-4 | N.Sembilan | 8.45mlm,SSINS |
| Selangor | 0-2 | TERENGGANU | 8.45mlm,Std Shah Alam |
| 22 OKTOBER 2011 (Sabtu) | |||
| SEPARUH AKHIR KEDUA | |||
| N.Sembilan | vs | T-TEAM | .8.45 mlm,Std Tuanku Abdul Rahman. |
| TERENGGANU | vs | Selangor | 8.45mlm,SSINS |
| 29 OKTOBER 2011 (Sabtu) | |||
| FINAL | |||
| TERENGGANU | 1-2 | N.Sembilan | |
*TERTAKLUK PADA PERUBAHAN DAN PINDAAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA







