Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team bakal tamat kontrak Zacharia Simukonda

by:sebetulnya Catatan Selasa, 31 Januari 2012 0 ulasan
KUALA TERENGGANU - Khidmat pemain import Zacharia Simukonda bersama pasukan T-Team bakal berakhir apabila kontrak pemain kelahiran Zambia itu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat ini atas sebab-sebab kecederaan. Ketika mengesahkan demikian, jurulatih Yunus Alif berkata T-Team akan menguji beberapa orang pemain baru dalam sehari dua ini untuk menggantikan tempat Zacharia. "Kita akan uji sekurang-kurangnya enam pemain dari Mali, Bosnia dan juga England," katanya kepada Bernama...

T-Team tumpul, kurang berkesan

by:sebetulnya Catatan Isnin, 30 Januari 2012 0 ulasan
KUALA TERENGGANU - Sentuhan penyudah yang tumpul dan kurang berkesan memusnahkan impian T-Team untuk melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin. Hakikat itu diakui pengendalinya, Yunus Alif yang nyata kurang berpuas hati dengan persembahan kurang bertenaga yang dipamerkan anak-anak buahnya itu. Menurut Yunus, jentera serangan T-Team yang diterajui Fazdli Shaari dan Zacharia Simukonda juga mudah hilang tumpuan walaupun memiliki deretan peluang yang terhidang...

Yunus: Pertemuan T-Team, Selangor dijangka menarik

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 28 Januari 2012 0 ulasan
KUALA TERENGGANU - Pertemuan antara pasukan T-Team dan Selangor dijangka menarik apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok. Jurulatih pasukan T-Team Yunus Alif berkata, sama ada T-Team mahupun Selangor masing-masing tahu teknik antara satu sama lain yang membuatkan perlawanan dijangka seimbang dan menarik. "Sama-sama kuat dan sama-sama tahu kelebihan dan kelemahan pemain masing-masing," kata Yunus ketika diminta mengulas mengenai pertemuan...

Pecat saja!

by:sebetulnya Catatan Khamis, 26 Januari 2012 0 ulasan
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab memecat mana-mana pemain import yang tidak berkualiti. Baginda berkata, tindakan itu bagi mengelak kerugian masa dan wang, malah ia wajar kerana kehadiran­ pemain import bertujuan untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara. “Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan pemain import yang tidak berkualiti, lebih baik tolong pemain kita beraksi dalam saingan...

Kata dua buat Simukonda

by:sebetulnya Catatan 0 ulasan
“PIHAK pengurusan tidak teragak-agak membuang Simukonda jika terus beraksi buruk! Itu amaran tegas dikeluarkan pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat berhubung aksi yo-yo dipamerkan penyerang importnya, Zacharia Simukonda. Rozi berkata, pihaknya terpaksa bertegas dalam hal membabitkan pemain terutamanya awang import bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang serta kemudahan terbaik yang diberikan itu. “Sebelum ini pun kita telah mengeluarkan amaran...

Penyu tak gentar: Mat Zan

by:sebetulnya Catatan Selasa, 24 Januari 2012 0 ulasan
BERAKSI di atas padang rumput tiruan menentang Lions XII di stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bukan alasan buat Terengganu gagal mengutip sebarang mata. Pengendalinya, Mat Zan Mat Aris berkata beraksi di atas permukaan mana sekalipun pasukannya hanya inginkan kemenangan. “Memang padang tiruan di stadium Jalan Besar menjadi topik utama bukan sahaja melibatkan pasukan Malaysia malah dari luar negara. “Malah, dalam skuad Penyu hanya Muslim Ahmad, Affize Faisal Mamat, Shukur Jusuh dan Faizal Muhammad sahaja yang mempunyai...
Pertembungan `adik’ dan `abang’ di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi berkesudahan dengan T-Team terpaksa berputih mata tewas buat pertama kali di tangan pasukan senior Terengganu dengan keputusan 1-2. Kekalahan itu memaksa T-Team atau digelar Penyu Muda gagal mempertahankan kedudukan di takhta liga, sebaliknya dirampas oleh Kelantan yang berjaya menjinakkan Kedah 3-0, di Alor Setar, semalam. Sementara kemenangan Terengganu yang terhasil menerusi jaringan penyerang import dari...

Dua pemain import Terengganu ke Bumi Kenyalang hadapi Sarawak

by:sebetulnya Catatan Isnin, 16 Januari 2012 0 ulasan
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menerbangkan dua pemain import ke Bumi Kenyalang bagi membantu Skuad Penyu menentang Sarawak sekiranya lulus pemeriksaan kesihatan hari ini. Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, pemeriksaan kesihatan itu menjadi satu syarat kepada pemain-pemain asing oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). "Kita sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan daripada hospital,” katanya hari ini. Dalam Liga Super tahun ini, Terengganu menggunakan khidmat dua pemain import...

FAM Lanjut Tarikh Daftar Import,Isu Import Terengganu Selesai

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 13 Januari 2012 1 ulasan
FAM membuat keputusan pada hari ini untuk melanjutkan pendaftaran semua pemain import sehingga 13 Februari 2012. FAM telah mengadakan mesyuarat tergempar JKPT pada petang ini berhubung dengan isu pemain import Terengganu di Wisma FAM. Minggu ini hangat diperkatakan tentang PBSNT dengan FAM yang bertikam lidah tentang pendaftaran pemain import Terengganu yang telah ditolak oleh FAM. Tekanan bertambah untuk FAM setelah Menteri Besar...
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menyarankan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) segera menghantar surat kepada FAM sekiranya benar mereka mahu menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dari Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Enggan melayan dan memberi sebarang maklum balas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dianggap tidak berhak mengeluarkan sebarang kenya­taan, Azzuddin menyerahkan perkara tersebut kepada PBSNT untuk membuat keputusan. “Jika...
SUKAN pun nampaknya sudah macam gelanggang politik.Semangat kesukanan sudah tidak begitu diamalkan.Kadang-kadang, budi bicara boleh diguna pakai untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dan bukan terus-terusan ‘berbalas serangan’. Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersilap kenyataan dalam surat pekeliling kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai status pemain import, ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. Tidak perlu rasanya untuk mempertahankan siapa yang betul dan siapa pula yang silap. Mungkin...
...

MB Ancam Arah PBNST Tarik Diri Bertanding Liga M 2012

by:sebetulnya Catatan Khamis, 12 Januari 2012 0 ulasan
BERANG dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan Terengganu mendaftarkan dua tonggak importnya beraksi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dari Liga M. Beliau berkata, penarikan diri itu adalah pilihan terakhir andai FAM masih berkeras dengan keputusan tidak membenarkan Terengganu menurunkan kedua-dua pemain berkenaan. “Kami ada tiga pilihan untuk FAM iaitu membenarkan dua pemain import bermain atau kedua, kerajaan negeri akan ambil tindakan...

Permulaan bergaya T-Team, Faiz jadi perhatian

by:sebetulnya Catatan Rabu, 11 Januari 2012 1 ulasan
Dua gol jaringan bekas pemain Perlis, Mohd Faiz Subri (gambar) serta jaringan terus dari sepakan sudut ketua pasukan, Zairo Anuar Zalani sudah cukup untuk memberikan permulaan bergaya pasukan T-Team dalam saingan Liga Super 2012. Kemenangan 3-0 ke atas Kedah malam tadi meletakkan pasukan berstatus kelab itu berada di persada Liga Super berdasarkan jaringan gol yang besar. Faiz yang membantu pasukan Singa Utara ke peringkat separuh...

Kontoversi Pendaftaran Pemain Import Terengganu

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 6 Januari 2012 0 ulasan
KONTROVERSI baharu menyelubungi kem pasukan Terengganu. Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu. Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012. Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk...

Senarai Terkini Pemain Terengganu 2012

by:sebetulnya Catatan Selasa, 3 Januari 2012 0 ulasan
Pengurus - Dato' Che Mat Jusoh Ketua Jurulatih - Mat Zan Mat Aris Penolong Jurulatih - Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim Fisioterapi - Mokhtar Abu Senarai pemain: Penjaga Gol 1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25 2. Mohamad Shamirza Yusof Pertahanan 1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17 2. Muslim Ahmad (Harimau Muda A) 3. Nik Zul Aziz Nawawi 4. Mohamad Muhaimin Omar 3 5. Mazlizam Mohamad 6. Hariri Mohd Safee (Sabah FA) 7. Hasmizan Kamaruddin 8. Mohamad Faizal B Muhammad (Harimau Muda A) 9. Md.Zubir Md Azmi Tengah...

MSL perkenal logo baru Liga M

by:sebetulnya Catatan Isnin, 2 Januari 2012 0 ulasan
Liga Super dan Liga Perdana dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014. Dalam kenyataan semalam, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk Play yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media. “Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu Play (Bermain). “Bentuk Play telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo,...

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM