Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here
Memaparkan catatan dengan label PASUKAN TERENGGANU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASUKAN TERENGGANU. Papar semua catatan

Pegawai & Pemain TERENGGANU 'The Turtles' 2013

by:sebetulnya Unknown Jumaat, 11 Januari 2013 0 ulasan

Terengganu                                                                                                   Logo-Liga-Super  
     Liga Super TERENGGANU 2013 

     Pegawai & Pengurusan:-                                                                       

  1. Marzuki bin Sulong -- Pengurus Pasukan
  2. Zulkifli bin Ali -- Penolong Pengurus Pasukan (1)
  3. Ahmad bin Awang -- Penolong Pengurus Pasukan (2) 
  4. Elavarasan A/L Elangowan -- Ketua Jurulatih
  5. Mohd bin Nik -- Penolong Jurulatih
  6. Zubir bin Ibrahim -- Jurulatih Penjaga Gol
  7. Joseph Ronald D' Angelus -- Jurulatih Kecergasan
  8. Zulkifli bin Mohd Zin -- Fisioterapi
  9. YBhg. Dato' Dr. Syed Mohammad Salleh -- Doktor
  10. YBhg. Dato' Hj, Mokhtar bin Nong -- Pegawai Keselamatan
  11. Haslan bin Hashim -- Pegawai Media
  12. Suhaimi bin Muhamad -- Kitman

    TerengganuPemain TERENGGANU 'The Turtles' 2013:-

    1. Syed Adney bin Syed Hussien -- Jersey no.1

    2. Wan Muhammad Firdaus bin Wan Demi -- 2

    3. Mohd Muhaimin bin Omar -- 3

    4. Qhairul Anwar bin Mohamad Roslani -- 4

    5. Nik Zul Aziz bin Nawawi @ Omar -- 5

    6. Ismail Faruqi bin Ashari -- 7

    7. Puaneswaran A/L Gunasekaran -- 8

    8. Farderin bin Kadir -- 9

    9. Effa Owona Jean Emmanuel -- 10

    10. Mohd Nasri Izzat bin Jalil -- 11

    11. Khairan Ezuan bin Razali -- 12

    12. Hasmizan bin Kamarodin -- 13

    13. Muhammad Fakhrurazi bin Musa -- 14

    14. Vincent Bikana -- 15

    15. Muhammad Zubir bin Mohd Azmi -- 16

    16. Mohd Khairul Ramadhan bin Mohd Zauwawi -- 17

    17. Ahmad Nordin bin Alias -- 18

    18. Rosdi bin Talib @ Taib -- 19

    19. Shamsul Kamal bin Mohamad -- 20

    20. Abdul Manaf bin Mamat -- 21

    21. Mohamad Ashari bin Samsudin -- 22

    22. Mohd Faizal bin Muhamad -- 23 (K)

    23. Mohd Shamirza bin Yusoff -- 24  

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

    Kepada Pemain-pemain, Pengurusan & Para Penyokong...

    Musim ini, harapan agar pasukan bolasepak TERENGGANU akan membawa sinaran yang cemerlang di dalam arena bolasepak Liga Malaysia 2013 dan komitmen di antara para pemain, pengurusan & para penyokong "the turtles" & "the titans"  terus ditagih bersama-sama, insyaAllah!

    GanuSoccer.Net GSN" TERUSKAN BERJUANG, KAMI BERSAMAMU " 

     ~  facebook ganusoccer.net   

     

Presiden KAFA puji kehebatan Terengganu

by:sebetulnya Catatan Ahad, 16 Oktober 2011 0 ulasan


Keupayaan Skuad “Penyu” mengekang pasukan Kelantan pada pertandingan suku akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan Jumaat lalu, mendapat pujian Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, walaupun Kelantan kecewa dengan keputusan yang memihak kepada Terengganu, perlawanan antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu merupakan pertandingan yang terbaik dan pihaknya akur dengan kehebatan pasukan Terengganu.

Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga mereka selain menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan yang agak leka mengekang asakan pasukan pelawat itu.

"Mereka layak menang kerana bermain bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sangat bertenaga. Kelantan tewas di tangan pasukan yang lebih baik daripada kita (Kelantan).

"Penyerang dan barisan pertahanan Terengganu bermain dengan cemerlang dan menghukum kelalaian pemain Kelantan terutama di barisan pertahanan," katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi Skuad “Penyu” berjaya melangkah ke separuh akhir apabila mencatatkan keputusan secara agregat 5-3.

"Kepada Terengganu kita ucapkan selamat maju jaya untuk tempoh yang akan datang manakala kita (Kelantan) akan mula mengatur persiapan untuk musim akan datang," katanya.

Senarai Pemain Terengganu yang dikenakan Kad

by:sebetulnya Catatan Selasa, 11 Oktober 2011 0 ulasan

 Berikut ialah senarai nama pemain yang dikenakan kad semasa aksi pusingan pertama Piala Malaysia Terengganu vs Kelantan


Kad Kuning


1.Mohd Mazuki Bin Yusof (k):Pertahanan



2.Mohd Faizal Bin Muhamad:Pertahanan



3.Abd Manaf Mamat:Penyerang/Tengah






4.Joseph Kalang Tie:Tengah



Kad Merah



1.Ismail Faruqi:Tengah
Status:Digantung 1 perlawanan



2.Mohd Zubir:bek kiri/kanan
Status:Digantung 1 perlawanan

ATAS KERTAS KELANTAN MENANG

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 1 Oktober 2011 0 ulasan

Ketua jurulatih Irfan Bakti berkata  Kelantan sebagai pasukan pilihan untuk menang tetapi  hanya di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung,lapor kosmo online hari ini.
Terengganu yang juga Juara Piala FA 2011 dijadualkan akan menentang The Red Warriors pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia,10 Oktober ini di Kuala Terengganu.
Dalam laporan tersebut juga Irfan menegaskan mempunyai banyak maklumat dan tahu corak permainan Kelantan dan beliau mempunyai cara untuk menewaskan pasukan Kelantan.
Untuk rekod,Irfan Bakti merupakan Anak kelahiran Kelantan. Sebelum membimbing pasukan Terengganu menjuarai Piala FA 2011 ,beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura".
Beliau juga pernah membimbing pasukan Telekom FC  ke separuh akhir Piala Malaysia dan meletakkan Telekom FC ditempat kedua Liga Super pada tahun 2006.

Terengganu Menang Tipis

by:sebetulnya Catatan Ahad, 18 September 2011 0 ulasan

TERENGGANU   1
Mohd Asahaari Shamsudin (Minit 35)
SIME DARBY FC  0

Kesebelasan utama pemain :

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee (PG),Mohd Ailim Fahmi(Abdul Hadi Yahya), Reeshafiq Alwi,Ismial Faruqi,Ronny Harun(Nik Zul Aziz),Jonsep Kalang T,Mohd Ashaari Shamsudin,Mohd Marzuki(KP), Mazlizam Mohamad,Abd Mamat,Helmi Rameli.

FORMASI : 4-4-2

SIME DARBY FC : Hafiz Samsuddin (PG),Ez Ezuan Zahid(KP),Varanathan Arumugan,Mohd Faizal,Mohd Raimi,Mohd Farkis Fisol(Mohd Nor Ismail),Mohd Faiz,Mohd Rizzat,Nuralif zainal (Kamarul Afiq),Azmirul Azmi,Mohd Syukur Saidin.

FORMASI : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Terengganu(2) Sime Darby Fc (4)
Percubaan tersasar : Terengganu(7) Sime Darby Fc (7)
Sepakan penjuru : Terengganu(3) Sime Darby Fc (1)
Sepakan percuma : Terengganu(5) Sime Darby Fc (5)
Ofsaid : Terengganu(0) Sime Darby Fc (1)
Kekasaran : Terengganu(5) Sime Darby Fc (5)
Kad kuning : Terengganu(Ronny Harun,Jonsep Kalang Tie)
                       Sime Darby Fc (Mohd Faiz , Ez Ezuan Zahid )
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Lima minit
Penguasaan bola : Terengganu(% ) Sime Darby Fc ( %)


PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Jahairi B. Hj Idris
Penolong Pengadil 1: Ismail B. Samid
Penolong Pengadil 2: Anuar B .Musa
Pegawai Keempat : Suhaimi B. Mat Hassan
Kommisioner Perlawanan : Abd Ghani Oman
Penilai Pengadil : Thirus Selvae
General Kordinator : Ishak B. Salleh


Piala Malaysia:N.Sembilan vs Terengganu

by:sebetulnya Catatan Isnin, 12 September 2011 0 ulasan


Mengutip Enam Mata hasil dua kemenangan keatas pasukan berstatus kelab Sime Darby dan PKNS FC memang keputusan yang sudah dijangka peminat Tentera Putih.

Namun bersandarkan perlawanan menentang PKNS FC di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Juara Piala FA itu dilihat sukar untuk meneruskan rentak cemerlang jika bahagian benteng pertahanan tidak diperkemaskan.

Dalam perlawanan semalam,Skuad Terengganu bernasib baik apabila diberikan sepakan penalti oleh pengadil Mohd Romzi di penghujung permainan apabila bola terkena tangan salah seorang pemain PKNS FC dalam kotak penalti.

Esok,Terengganu akan menghadapi ujian sebenar apabila akan berdepan finalis musim lalu,Negeri Sembilan di Stadium Paroi.Pada aksi perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia skuad bimbingan Mohd Azrai Khor berpesta gol 5-0 menewakan pasukan Sime Darby.

Terengganu Dipaksa Berhempas Pulas Sebelum Menang

by:sebetulnya Catatan Ahad, 11 September 2011 0 ulasan


TERENGGANU  3
Mohd Ashaari Samsudin (Minit  2)
Reeshafiq Alwi (Minit 54)
Abdul Manaf Mamat (Penalti Minit 79) 

PKNS FC
Mohd Fauzan Dzulkifli (Minit  9)
 Mohd Zamri Hassan (Minit 62)


JUARA Piala FA,Terengganu dipaksa berhempas pulas sebelum mencipta kemenangan 3-2 di laman sendiri,keatas pasukan berstatus kelab PKNS FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Kuala Terengganu,malam tadi.

Jaringan penalti yang di sempurnakan oleh Manaf Mamat,11 minit sebelum perlawanan tamat menyelamatkan maruah barisan skuad bimbingan Irfan Bakti dihadapan kira-kira 7000 ribu penonton yang hadir daripada diikat keputusan seri oleh pasukan pelawat.Perlawanan semalam juga  menyaksikan sebanyak 3 kad kuning dilayangkan oleh pengadil,Mohd Romzi Zahari.

Namun jaringan awal tuan rumah seawal minit ke-2 oleh Muhammad Ashaari Samsudin tidak bertahan lama apabila Mohd Fauzan Dzulkifli  menyamakan kedudukan pada minit ke -9 apabila berlaku salah faham benteng pertahanan Terengganu yang menyaksikan penjaga gol Sharbinee Alwi terpaku melihat bola masuk dengan mudah di sebelah kiri gawang gol.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga wisel penamat separuh masa mata.

Separuh masa kedua,sang penyu tidak menunggu lama apabila  Reeshafiq Alwi  yang tidak dikawal mendapat peluang dalam kotak penalti pada minit ke 54  hasil  hantaran lintang dari Abdu Hadi Yahya  terus merembat kencang bola ke gawang gol  yang dikawal Razi Effendi  Suhit.Namun kegairahan pasukan Terengganu untuk menambah gol dihukum apabila pasukan pelawat membuat serangan balas serta merta dengan Mohd Zamri Hassan yang baru di bawa masuk tidak sampai 5 minit berjaya menghasilakan gol untuk pasukannya pada Minit 62.

Namun Kemenangan malam tidak membantu untuk pasukan Terengganu mengukuhkan kedudukan ditangga teratas kumpulan B apabila N.Sembilan turut menang besar keatas pasukan Sime Darby dengan jaringan 5-0.

Selasa ini,pasukan Terengganu akan bertemu dengan N.Sembilan di Paroi.

Terengganu mahu padam rekod 10 tahun

by:sebetulnya Catatan Sabtu, 3 September 2011 1 ulasan


Pasukan Terengganu berhasrat untuk memadamkan rekod 10 tahun gagal ke perlawanan akhir Piala Malaysia. 

Bagi merealisasikan impian itu, jurulatih skuad berkenaan, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pasukan itu akan berusaha lebih keras dalam berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby. 

Katanya, pertembungan empat pasukan yang disenaraikan dalam kumpulan B itu memerlukan skuad Penyu membaca rentak permainan serta tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan. 

Biarpun baru dinobatkan juara Piala FA katanya, anak buahnya perlu menampilkan persembahan yang menarik dan mencipta kemenangan jika ingin berada dalam keadaan lebih selesa dalam kumpulan.

"Saya sering kali mengingatkan pemain untuk tidak memandang mudah dengan kebolehan lawan jika ingin memadamkan rekod 10 tahun tidak layak ke final Piala Malaysia," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah Irfan, ditambah dengan pengalaman tujuh pemain yang terpilih dalam pasukan kebangsaan, beliau yakin tahun ini ialah tahun terbaik untuk Terengganu menjuarai Piala Malaysia.

"Setakat ini, pencapaian terbaik pasukan Terengganu adalah melangkah ke peringkat separuh akhir dalam Piala Malaysia," katanya. 

sumber:
TEGANUKITA

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM