Mohd Nafeez Abd Wahab
Fam akan menyiasat segera berhubung 5 kad merah yang dilayangkan oleh pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab dalam perlawanan aksi pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan yang berlangsung di stadium sultan Ismail Nasaruddin Syah semalam.
Perlawanan tersebut yang disaksikan lebih 10 000 penonton yang hadir ke stadium menyaksikan 2 kad merah dilayangkan kepada pemain Terengganu dan 3 kepada pemain Kelantan.
Pada perlawanan 90 minit yang penuh aksi panas tersebut Terengganu menang 3-1 keatas pasukan The Red Warriors.
“Kita masih menunggu laporan penuh perlawanan daripada persuruhjaya pertandingan dan akan membuat penilaian dalam masa terdekat ini dan perkara tersebut akan dibincangkan diperingkat mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan susulan”kata Dato Hamidin yang juga Naib presiden FAM yang disiarkan oleh Bernama.
Pengadil Mohd Naffez Abd. Wahab yang bertugas dalam perlawanan tersebut merupakan pengadil yang sama ditugaskan oleh FAM untuk mengadili perlawanan akhir Final Piala FA yang berkesudahan Terengganu menang 2-1.
refff gilo