Ketua jurulatih Irfan Bakti berkata Kelantan sebagai pasukan pilihan untuk menang tetapi hanya di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung,lapor kosmo online hari ini.
Terengganu yang juga Juara Piala FA 2011 dijadualkan akan menentang The Red Warriors pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia,10 Oktober ini di Kuala Terengganu.
Dalam laporan tersebut juga Irfan menegaskan mempunyai banyak maklumat dan tahu corak permainan Kelantan dan beliau mempunyai cara untuk menewaskan pasukan Kelantan.
Untuk rekod,Irfan Bakti merupakan Anak kelahiran Kelantan. Sebelum membimbing pasukan Terengganu menjuarai Piala FA 2011 ,beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura".
Beliau juga pernah membimbing pasukan Telekom FC ke separuh akhir Piala Malaysia dan meletakkan Telekom FC ditempat kedua Liga Super pada tahun 2006.
0 ulasan