Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

TerengganuSetelah seri 1-1 di dalam pertemuan pertama di tangan Felda United, mampukah Terengganu menuai mata mutlak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini? N.Sembilan selaku pasukan tuan rumah, pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada pihak lawan & dijangka satu perlawanan yang sengit & menarik di dalam pertemuan antara kedua-dua pasukan finalis 2011, dimana N.Sembilan juga inginkan 3 mata penuh. Namun Sang Penyu sudah pasti akan menyekat kemaraan N.Sembilan yang masih tidak dapat melupakan kekalahan di tangan Selangor 1-0 di dalam perlawanan 1 baru-baru ini. Diharapkan,  jentera tengah yang dikemudikan oleh Ismail Faruqi akan dapat berfungsi sebaik-baiknya untuk mencorakkan kemenangan Terengganu, insyaAllah.

*** Bagi awok2 ganung & N. Sembilan, anda semua akan dapat saksikan 'siaran langsung' dari astro Arena 801 pada pukul 08:00 mlm ini + preview perlawanan.

T-TeamKekalahan tipis 1-0 dengan Perak, hasil gol yang dijaringkan di masa kecederaan di Stadium TLDM, Lumut perlu dilupakan buat seketika para pemain anak didik Peter Butler. Tugasan kedua menanti, di mana pertemuan dengan Juara Piala Liga Super 2012 Kelantan, para pemain T-Team The Titans perlu bangkit dan fokus di dalam permainan dengan satu tekad, menumbangkan lawan gah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada pukul 04:45 petang esok. Bagi The Reds Warrior yang masih segar dengan kejayaan menumpaskan PKNS 2-1, pastinya inginkan 3 mata penuh miliknya. Tetapi harus diingat, mereka perlu melepasi benteng T-Team yang diterajui oleh George Boateng & rakan-rakan sebelum dapat menghasilkan jaringan gol.
Ayuh peminat-peminat bolasepak TERENGGANU & T-TEAM , marilah kita ramai-ramai memberi sorakan & sokongan moral kepada para pemain malam ini & petang esok biar gak gegak gempita stadium keramat kita terik nining, insyaAllah !!!!

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM