Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

2013-01-29 16.23.43 Mencari Ramli: Musim II ("Pertandingan")..... KEMBALI !!!!!!

Merupakan sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain remaja bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) bagi merebut gelaran RAMLI sekaligus berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom (London & Manchester United) untuk memgikuti program latihan bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu. Pemenang utama bagi Pertandingan ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tajaan biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak Frenz United (FUFA).      

Program ini di anjurkan oleh TELEKOM MALAYSIA ("TM") dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz United dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bolasepak di Malaysia, ianya dijadualkan berlangsung dari 1hb. Februari hingga 27hb. Mei 2013.

>> pertandingan ini akan dijalankan di dalam tiga peringkat: pemilihan, saringan dan pertandingan akhir.
>> peringkat pemilihan akan di jalankan selama tiga (3) hari di dua belas (12) lokasi di serata Semenanjung
      Malaysia, Sabah dan Sarawak.
>> tiga puluh (30) peserta yang terpilih semasa peringkat pemilihan, dikehendaki untuk menghadiri latihan
      bagi pemilihan peringkat saringan pada tarikh dan lokasi yang akan diberitahu oleh TM.
>> daripada tiga puluh (30) peserta, hanya tiga (3) peserta yang paling berbakat akan layak untuk ke
      peringkat akhir.
>> borang ujibakat "Mencari Ramli"  ini boleh didapati di laman sesawang 
      http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
      disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah.

 
 
Jadual Uji Bakat "Mencari Ramli" di Terengganu.
Tarikh: 15, 16, & 17 hb. Mac 2013
Masa: 08:00 pagi
Lokasi: Padang 'A', Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu 

Jadual "Mencari Ramli" dan tarikh sesi uji bakat di dua belas (12) lokasi:-
1. Stadium Mini Jitra, Kedah ** 1, 2 & 3 Februari
2. Taiping ** 15, 16 & 17 Februari
3. Stadium Mini Manjong, Perak ** 23, 24 & 25 Februari
4. Padang Kilat, P. Pinang ** 2, 3 & 4 Mac
5. Padang 'A' Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, K. Terengganu ** 15, 16 & 17 Mac
6. Stadium Mini Temerloh, Pahang ** 23, 24 & 25 Mac
7. Padang Mafa, Melaka ** 30, 31 Mac & 1 April
8. Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan ** 5, 6 & 7 April
9. Padang Sri Gelam, Johor ** 13, 14 & 15 April
10. Stadium Mini Kajang, Selangor ** 20, 21 & 22 April
11. Stadium UniSabah ** 27, 28 & 29 April
12. Sarawak ** 4, 5 & 6 Mei  
 

9 ulasan

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Sdap doh kat ganu tuhh

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. mana nak htr borang kalau dah isi nie..

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. kedah dah buat dah ka...

     
  7. Tanpa Nama Says:
  8. kat mane nak isi borang kalau melalui internet.

     
  9. Assalamualaikum , saya nak tanye , peserta harus membawa borang yang boleh didapati di laman web sesawang ataupun borang telah disediakan di tempat pemilihan ?
    Sekian Terima Kasih .

     
  10. Aiman Says:
  11. Stadium Mini Temerloh, Pahang dh habis pemilihan ke ?

     
  12. Tanpa Nama Says:
  13. bila berlangsung pemilihan di stadium mini Temerlih,Pahang???

     
  14. Tanpa Nama Says:
  15. siapakah 30 pemain yang dipilih untuk ke akademik

     
  16. Tanpa Nama Says:
  17. Mana nak dapat borang?

     

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM