Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Liga Super 2013 - TERENGGANU menang bergaya atasi ATM 3-2 petang tadi.

by:sebetulnya AnOk mOk Sabtu, 23 Februari 2013

Liga Super 2013 - Perlawanan Ke-8:
Rangkuman perlawanan & jaringan gol - TERENGGANU vs ATM... http://www.youtube.com/watch?v=gar1pbLpx9w&feature=youtu.be
TERENGGANU yang berjaya menewaskan pendahulu liga, ATM dengan jaringan 3-2 petang tadi, beraksi tanpa 4 tonggak utama, Faizal Muhamad, Ismail Faruqi, Vincent Bikana dan Effa Owona tapi masih mampu mempamerkan mutu permainan yang terbaik musim ini.
Gol pertama TERENGGANU di minit ke-29, hasil jaringan Md. Khairul Ramadhan setelah mendapat hantaran cantik dari Ashari Shamsudin yang bermain 'one-two' dengan Abd. Manaf Mamat sebelum itu. Tempo permainan kedua-dua pasukan mula berubah, TERENGGANU dan ATM saling mengasak dan menyerang antara satu sama lain hinggalah ke wisel penamat separuh masa pertama berakhir.
Di separuh masa kedua, ATM yang dikemudi oleh ketua pasukannya, Hai-o mula menguasai permainan di tengah padang tapi para pemain TERENGGANU yang diketuai oleh Hasmizan semakin bersemangat untuk mencari gol ke-2. Walau bagaimanapun, melalui satu tendangan penjuru disebelah kiri pintu gol TERENGGANU hasil hantaran Venice Elphi, Marlon Alex James dengan mudah menanduk gol penyamaan ATM di minit ke-75.

Kemudian para pemain TERENGGANU yang tidak berputus asa berjaya merobek sekali lagi pintu gol ATM melalui Ashari Shamsudin di minit ke-81 yang merembat deras dari bola lantunan di depan pintu gol hasil tendangan penjuru disebelah kiri oleh Zubir Azmi. ATM yang terkejut dengan gol kedua dari pihak lawan mula mengasak hebat ke kubu TERENGGANU hinggalah satu serangan menarik hasil hantaran lintang daripada pemain ATM di depan pintu gol TERENGGANU memberi peluang kepada Christie Jayaselan menghasilkan sekali gol penyamaan di minit ke-89.
Minit ke-94 di masa tambahan, Ashari Shamsudin yang begitu cemerlang permainannya pada petang tadi sekali lagi berjaya meledak gol kemenangan kedua TERENGGANU musim ini.   

TERENGGANU 3 - 2 ATM (1-0)
(Md. Khairul Ramadhan (m-29'), Marlon Alex James (m-75'), Ashari Shamsudin (m-81), Christie Jayaselan (m-89'), Ashari Shamsudin (m-90'+4')  

Kesebelasan TERENGGANU:
3. Muhaimim Omar
4. Qhairul Anuar
8. G. Puaneswaran >>>Md. Nasril Izzat
12. Khairan Razali
13. Hasmizan (Kapten)
16. Muhd Zubir Azmi
17. Md. Khairul Ramadhan >>> Md. Amirul Syahmi
18. Ahmad Nordin
21. Abd Manaf Mamat
22. Md. Ashari Shamsudin
24. Md. Shamirza (PG) >>> Wan Md. Azraie
Pemain Simpanan:
5. Nik Zul
9. Farderin Kadir
11. Md. Nasril Izzat
14. Md. Fakhrurazi
25. Wan Md. Azraie (PG)
26. Md. Amirul Syahmi
27. Md. Farizal


0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM