Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

2013-01-29 16.23.43  Mencari Ramli: Musim II ("Pertandingan")..... DATANG Ke Kuala Terengganu !!!!!!

Ayoh awok-awok yang ada anak-anak dan adik-adik serta saudaramara lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) disekitar negeri Terengganu... peluang anda menguji dan mengasah bakat yang terpendam yang mampu memikat perhatian para panel jurulatih ' Mencari Ramli' di Kuala Terengganu.... ayoh, jangan malu-malu dan segan... marilah ramai-ramai tunjukkan skil dan kehebatan anak ganukite di Padang 'A', Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada 15, 16 dan 17hb Mac ini...

Jadual Uji Bakat "Mencari Ramli" di Terengganu.
Tarikh: 15, 16, & 17 hb. Mac 2013
Masa: 08:00 pagi
Lokasi: Padang 'A', Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu

 >> borang ujibakat "Mencari Ramli"  ini boleh didapati di laman sesawang 
      http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
      disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah dan dibawa bersama semasa 
      sesi perdaftaran pada hari uji bakat.

Aturcara:
Jumaat, 15 Mac - Hari Pertama (1,000 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain
Sabtu, 16 Mac - Hari Kedua (100 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain
Ahad, 17 Mac - Hari Ketiga (22 pemain)
> 9:00 pg - 12:00 tghari --> pemilihan pemain
> 2:00 ptg - 6:00 ptg -----> pemilihan pemain

Merupakan sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain remaja bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) bagi merebut gelaran RAMLI sekaligus berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom (London & Manchester United) untuk memgikuti program latihan bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu. Pemenang utama bagi Pertandingan ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tajaan biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak Frenz United (FUFA).      

Program ini di anjurkan oleh TELEKOM MALAYSIA ("TM") dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz United dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bolasepak di Malaysia, ianya dijadualkan berlangsung dari 1hb. Februari hingga 27hb. Mei 2013.

>> pertandingan ini akan dijalankan di dalam tiga peringkat: pemilihan, saringan dan pertandingan akhir.
>> peringkat pemilihan akan di jalankan selama tiga (3) hari di dua belas (12) lokasi di serata Semenanjung
      Malaysia, Sabah dan Sarawak.
>> tiga puluh (30) peserta yang terpilih semasa peringkat pemilihan, dikehendaki untuk menghadiri latihan
      bagi pemilihan peringkat saringan pada tarikh dan lokasi yang akan diberitahu oleh TM.
>> daripada tiga puluh (30) peserta, hanya tiga (3) peserta yang paling berbakat akan layak untuk ke
      peringkat akhir.
>> borang ujibakat "Mencari Ramli"  ini boleh didapati di laman sesawang 
      http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
      disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah.

 
 

Jadual "Mencari Ramli" dan tarikh sesi uji bakat di dua belas (12) lokasi:-
1. Stadium Mini Jitra, Kedah ** 1, 2 & 3 Februari (200 pemain yg hadir)
2. Taiping ** 15, 16 & 17 Februari (700 pemain)
3. Stadium Mini Manjong, Perak ** 23, 24 & 25 Februari (940 pemain)
4. Padang Kilat, P. Pinang ** 2, 3 & 4 Mac
5. Stadium Mini Temerloh, Pahang ** 09, 10 & 11 Mac
6. Padang 'A' Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, K. Terengganu ** 15, 16 & 17 Mac

7. Padang Mafa, Melaka ** 30, 31 Mac & 1 April
8. Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan ** 5, 6 & 7 April
9. Padang Sri Gelam, Johor ** 13, 14 & 15 April
10. Stadium Mini Kajang, Selangor ** 20, 21 & 22 April
11. Stadium UniSabah ** 27, 28 & 29 April
12. Sarawak ** 4, 5 & 6 Mei  
 

6 ulasan

  1. Tanpa Nama Says:
  2. asalamualaikom.......cik saya nak tanya kalau atas 16 tahun tak boleh ka??saya minat sangat sangat bola sepak ney

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. kenapa tak buat di negeri sembilan ?

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. X de pun Kat kajang

     
  7. Tanpa Nama Says:
  8. sarawak tu kat miri ka?

     
  9. Tanpa Nama Says:
  10. tahun dpan ade x?

     
  11. Tanpa Nama Says:
  12. esok eh mencari ramli ?

     

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM