Juruatih T-Team Yunus Alif tidak mahu pasukannya di label sebagai pasukan penumpang dalam pertandingan Piala Malaysia ,lapor akhbar KOSMO dalam talian hari ini,
Sebelum ini,Yunus Alif digantung tugasnya membimbing pasuklan T-Team kerana persembahan hambar anak buahnya di atas padang dan pasukan T-Team juga diberi amaran keras oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya bangkit atau T-Team dibubarkan.
Dalam aksi Liga Super tahun ini,T-Team hanya mampu menduduki tangga kesembilan dan tersekat pusingan pertama kempen Piala FA kepada Kelantan.
Bagi Piala Malaysia pula, ini merupakan kali kedua T-Team beraksi dalam Liga Malaysia.Sewaktu beraksi dalam Piala Malaysia 2010 ,pasukan T-Team yang diletakkan dalam kumpulan D bersama dengan Selangor,Perlis dan Felda FC gagal melayakkan ke suku akhir apabila hanya menang 2 kali,seri sekali dan tewas 3 kali.
Tahun ini,skrip pasukan T-Team seolah-olah sama seperti tahun lepas apabila sekali lagi diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Selangor yang dianggap pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia.Pada 2010 pasukan T-Team tewas ditempat lawan 3-1 dalam perlawanan pembukaan kempen Piala Malaysia di shah Alam dan kalah 1-2 di laman sendiri.
Bezanya kali ini ialah pertemuan antara pasukan T-Team dan Selangor dalam pembukaan kempen Piala Malaysia akan bermula di laman sendiri pada 6 september ini.APAKAH KALI INI Selangor pula akan menerima nasib seperti T-Team sebagaimana tahun lepas?
Sekiranya dilihat rekod terkini T-Team berjaya tewaskan pasukan Red Giants bagi kedua-dua perlawanan Liga Super.dengan menang 2-1 dilaman sendiri dan 2-0 di Shah Alam.
PERSEDIAAN HADAPI PIALA MALAYSIA
Mohd Fitri Omar penjaring kedua terbanyak pasukan Liga Perdana dengan menghasilkan 15 gol musim ini yang dipinjam daripada pasukan MP Muar dibawa masuk bagi mempertajamkan ketumpulan penyudah barisan hadapan pasukan T-Team.
Selain Fitri, T-Team turut ‘mengimport’ dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.
Namun keputusan perlawanan persahabatan baru-baru ini yang tidak memihak kepada pasukan T-Team pasti tidak “melenakan tidur” Yunus Alif apabila pasukan T-Team gagal mencapai kemenangan kecuali seri 2-2 dengan “abangnya” Terengganu.
Tewas kepada Sime Darby 1-0,PKNS 2-0 dan 3-1 kepada Kelantan jelas menggambarkan pasukan T-Team menghadapi masalah dibahagian serangan dan pertahanan.
Sama ada,pasukan T-Team layak digelar pasukan penumpang atau tidak?? Semuanya bergantung kepada pencaturan Yunus Aliff,Keazaman pemain dan sokongan yang berterusan daripada penyokong dan peminat bola sepak Terengganu.Ayuhhhh..penuhkan Stadium Sultan Nassaruddin Syah ,Selasa ini.
0 ulasan