Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

PENTINGNYA KEMENANGAN PERTAMA

by:sebetulnya Catatan Isnin, 5 September 2011


6 SEPTEMBER 2011 merupakan hari yang penting bagi peminat bola sepak tempatan dan 16 pasukan yang bertanding dalam kempen Piala Malaysia,tidak terkecuali pasukan Terengganu dan T-Team.

Pasukan Terengganu Juara Piala FA 2011 yang berada dalam kumpulan  B akan berkunjung ke Stadium Selayang bertemu dengan Sime Darby  dalam aksi pembukaan Piala Malaysia tahun ini.Manakala T-Team pula akan menanti kunjungan pasukan bekas juara 32 kali Piala Malaysia (Selangor) di laman sendiri.

Sama ada Pasukan Terengganu atau T-Team kemenangan pertama dalam perlawanan pertama AMAT PENTING untuk menarik lebih ramai peminat bola sepak ke stadium.Sebarang Keputusan dalam perlawanan pertama akan menentukan persepsi,mood dan semangat peminat bola sepak.KALAH bererti membunuh semangat untuk peminat untuk hadir ke stadium.
 Stadium Sultan Nasaruddin Syah,Kuala Terengganu,Terengganu

Berlainan sekiranya seseorang itu bergelar penyokong.Penyokong tetap berdiri teguh menyokong,walaupun pasukannya tewas.Namun bagi seseorang yang berstatus peminat,KEMENANGAN bererti mereka akan terus ke stadium.

Penulis mempunyai sedikit pengalaman yang boleh dikongsi untuk dijadikan ukuran.waktu itu,pasukan Terengganu mara ke final Piala FA edisi 2011.Dalalam perjalanan ke  Bukit jalil,penulis berhenti di Dungun dan berbual tentang bola dengan warga Dungun.(Bahasa perbualan ditukar dalam bentuk mudah faham)

Penulis:Dah beli Tiket?
Warga Dungun:Tak pergi
Penulis:Ehh ..rugi tak gi ...kalau abang gi  tengok final mesti  seronok.Abang tau tak?? Sekali orang tu pergi  tengok bola final,mesti nak ingin selalu.Suasana luar dan dalam stadium fusss hebat.
Warga:Abg gi selalu final Stadium Bukit Jalil..tapi malas gi aser tahun ni.
Penulis:kenapa lak ??
Warga Dungun:Hau..Ganu main cap ayam..
Penulis:Cap ayam camner tu??
Warga:kalah ko Kelate ..kalu main lagu tu baik tak payah tengok.
Penulis:(Dalam hati...ooo  Terengganu tewas 3-1 Liga Super selang 3 hari sebelum game final Terengganu)

Lantas ,penulis meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil.Dalam hati penulis tersemat satu kesimpulan..ANDAI KATA Terangganu Menang aksi Liga Super dengan Kelantan...PASTI PENUH STADIUM DENGAN PENYOKONG DAN PEMINAT TERENGGANU.

“ANDA MAMPU MENGUBAHNYA,JANGAN BIARKAN STADIUM HILANG SEMANGATNYA”


0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM