TERENGGANU 3
Mohd Ashaari Samsudin (Minit 2)
Reeshafiq Alwi (Minit 54)
Abdul Manaf Mamat (Penalti Minit 79)
PKNS FC
Mohd Fauzan Dzulkifli (Minit 9)
Mohd Zamri Hassan (Minit 62)
JUARA Piala FA,Terengganu dipaksa berhempas pulas sebelum mencipta kemenangan 3-2 di laman sendiri,keatas pasukan berstatus kelab PKNS FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Kuala Terengganu,malam tadi.
Jaringan penalti yang di sempurnakan oleh Manaf Mamat,11 minit sebelum perlawanan tamat menyelamatkan maruah barisan skuad bimbingan Irfan Bakti dihadapan kira-kira 7000 ribu penonton yang hadir daripada diikat keputusan seri oleh pasukan pelawat.Perlawanan semalam juga menyaksikan sebanyak 3 kad kuning dilayangkan oleh pengadil,Mohd Romzi Zahari.
Namun jaringan awal tuan rumah seawal minit ke-2 oleh Muhammad Ashaari Samsudin tidak bertahan lama apabila Mohd Fauzan Dzulkifli menyamakan kedudukan pada minit ke -9 apabila berlaku salah faham benteng pertahanan Terengganu yang menyaksikan penjaga gol Sharbinee Alwi terpaku melihat bola masuk dengan mudah di sebelah kiri gawang gol.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga wisel penamat separuh masa mata.
Separuh masa kedua,sang penyu tidak menunggu lama apabila Reeshafiq Alwi yang tidak dikawal mendapat peluang dalam kotak penalti pada minit ke 54 hasil hantaran lintang dari Abdu Hadi Yahya terus merembat kencang bola ke gawang gol yang dikawal Razi Effendi Suhit.Namun kegairahan pasukan Terengganu untuk menambah gol dihukum apabila pasukan pelawat membuat serangan balas serta merta dengan Mohd Zamri Hassan yang baru di bawa masuk tidak sampai 5 minit berjaya menghasilakan gol untuk pasukannya pada Minit 62.
Namun Kemenangan malam tidak membantu untuk pasukan Terengganu mengukuhkan kedudukan ditangga teratas kumpulan B apabila N.Sembilan turut menang besar keatas pasukan Sime Darby dengan jaringan 5-0.
Selasa ini,pasukan Terengganu akan bertemu dengan N.Sembilan di Paroi.
0 ulasan