Utusan Malaysia Online melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBNST),Dato Che Mat Jusoh tidak akan meletak jawatan
walaupun didesak berbuat demikian.
"Jika mereka tidak
sokong saya sekalipun, masih ramai peminat yang berada di belakang saya,"
katanya.
Selain itu,Che Mat juga mendakwa banyak perubahan yang telah
dilakukan sepanjang memimpin PBNST selama 13 tahun.
Sebelum ini,kira-kira 1000 penyokong mengadakan demotrasi
menuntut Presiden PBNST ,Dato Che Mat Jusoh meletak jawatan dan mahu penstrukturan semula
dibuat.Mereka juga turut mendesak Menteri Besar,Dato Seri Ahmad Said Campur tangan dengan merombak semula
struktur pentadbiran PBNST.
Mereka juga turut memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu
itu,sama ada bakal kehilangan sokongan pengundi muda pada pilihanraya umum akan
datang atau penuhi permintaan mereka.
0 ulasan