Masalah
 lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) yang tidak 
berkesudahan dan  gagal mencapai piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia 
(FAM) menimbulkan reaksi kecewa Menteri Besar, Dato’  Seri Haji Ahmad 
Said.
Beliau berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, FAM dan 
Persatuan Bola Sepak negeri Terengganu (PBSNT) perlu berbincang dengan 
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya isu itu tidak 
berpanjangan serta menjejaskan kerancakan liga bola sepak.
"Perkara
 ini kita perlu buat pemeriksaan terperinci mengenai keperluan sebenar 
lampu limpah itu. Ini saya tidak faham, sekali kata boleh, sekali kata 
tidak boleh, yang mana satu boleh pakai. Dulu kata kata perlu capai 800 
lux, kita dah laksanakan, tapi macam mana boleh turun semula menjadi 500
 lux.
"Apa masalah sebenarnya, kalau mentol lampu rosak, ganti 
mentol sajalah, apa yang susah sangat," katanya mengulas mengenai 
masalah lampu limpah yang sekali lagi berlaku di stadium itu.
Beliau
 mengulas demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja 
Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), semalam (12 Februari).
Hadir
 sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku 
Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato’ Rosol Wahid; Adun Kuala 
Berang Haji Zawawi Ismail.
Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu 
Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah 
Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.
Masalah itu menyebabkan perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Kedah pada Selasa mungkin dilangsungkan pada sebelah petang.
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
                                                                                                               JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:







0 ulasan