Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team uji tenaga import baharu

by:sebetulnya Catatan Isnin, 6 Februari 2012



PASUKAN berstatus kelab, T-Team kini sedang menguji empat pemain import termasuk seorang bekas pemain kelab Nantes dan Metz dalam Liga 2 Perancis dalam misi menggantikan posisi yang ditinggalkan Zacharia Simukonda.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tiga daripada pemain itu iaitu Jamie Pheonix dari England, Umaru Mustapha Suna (Siera Leone) dan Goran Kuljilas (Bosnia) telah tiba ke negeri ini sejak tiga hari lalu dan telah turun dalam dua siri pemilihan.

Katanya, Tenema Ndiaye pula yang berasal dari Mali dan merupakan bekas pemain Nantes dan Mets baru tiba kelmarin dan membuat penampilan pertama pada sesi latihan petang semalam.

"T-Team memang memerlukan seorang pemain penyerang bagi menggantikan tempat Sumikonda yang secara rasmi telah menamatkan kontrak dengan pasukan atas faktor kecederaan.

"Jadi, kita telah menguji empat pemain setakat ini dan andai pihak pengurusan berpuas hati maka kita akan daftarkan salah seorang daripada mereka sebelum tarikh turut pendaftaran pada 13 Februari ini," kata Yunus kepada Kosmo! semalam.

Mengenai barisan pemain import yang diuji, Yunus mengakui salah seorang daripada mereka iaitu Pheonix mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia apabila pernah menyarung jersi Sabah pada 2007.

"Buat masa ini, saya masih belum melihat pemain mana yang layak untuk beraksi bersama kami kerana masing-masing belum menunjukkan kemampuan sebenarnya ekoran kepenatan.

"Kami akan beri masa kepada mereka dalam dua atau tiga lagi siri latihan dan perlawanan sebelum memutuskan pemain mana yang akan bermain bersama T-Team," jelasnya.

Bagaimanapun, Yunus mengakui Ndiaye yang kini berusia 30 tahun mempunyai rekod pencapaian yang lebih baik berbanding tiga lagi pemain yang lain.

Selain pernah bermain untuk kelab Nantes dan Metz di Perancis, Ndiaye juga merupakan bekas pemain yang menganggotai skuad remaja Mali yang muncul tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Remaja tahun 1999.

"Kalau semua berjalan lancar, kita mungkin akan daftarkan nama seorang daripada empat pemain ini dalam tempoh tiga atau empat hari lagi dan kemungkinan pemain itu boleh beraksi pada perlawanan menentang Negeri Sembilan Rabu depan," jelasnya.

Mengenai nasib Simukonda, beliau memberitahu pemain itu telah bertemu pihak pengurusan dan telah berbincang mengenai kontraknya.

"Dia adalah pemain yang profesional dan dia tahu masalah yang dihadapinya mampu menjejaskan prestasi pasukan. Jadi, kita telah membuat keputusan 'menang-menang' dan menamatkan kontraknya," katanya.

SUMBER:KOSMO  6/2/12

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM