Kerajaan negeri kecewa dan malu mengenai 'kedaifan' lampu limpah di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaikpulih
sebelum dijadikan gelanggang Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan.
Dato’
Seri Haji Ahmad Said berkata, tidak berpuas hati dengan kualiti lampu
berkenaan yang kapasiti tenaga sedia ada sekadar 800 lux sedangkan
mengikut piawaian mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa, ia
memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 lux.
Malahan beliau turut
mempertikaikan pihak berkenaan yang tidak memaklumkan dengan jelas
kepada kerajaan negeri mengenai keperluan dan standard sebenar lampu
limpah sebelum ia mula dipasang, sebelum ini.
"Kita
kecewa, dulu masa suruh pasang, kenapa tak beritahu standard. Mengikut
piawaian antarabangsa, lampu limpah berkapasiti 3,000 lux diperlukan dan
yang sedia ada cuma 800 lux.
“Tak kan kita nak ganti dua tiga
kali. Ini bukan kerja mudah kerana ia perlu belanja besar termasuk
pasang tiang, kabel dan sebagainya. Bila pasang setahun tapi kena buat
balik, tak baguslah," katanya kepada pemberita
selepas majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup di Gong Badak, semalam (17 Disember).
Menteri
Besar mengulas masalah lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah yang masih belum dibaikpulih sebagai persiapan Kejohanan Piala AFC
yang turut disertai skuad Penyu pada Mac nanti.
Beliau
menegaskan, kerajaan negeri tidak akan menanggung kos membaikpulih serta
menaiktaraf lampu limpah di stadium berkenaan sebaliknya menyerahkan
kepada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk
tindakan sewajarnya.
"Buat masa ini, kerajaan biar dulu. Dia
(PBSNT) kena tanggunglah. Kita malu dengan apa yang berlaku dan
sepatutnya persatuan (PBSNT) beritahu kita (masalah sebenar)," katanya.
Dato’
Seri Haji Ahmad tidak menolak kemungkinan jika masalah itu gagal
ditangani dalam tempoh segera, sebarang perlawanan bola sepak termasuk
untuk Liga M atau Piala AFC terpaksa dilangsungkan pada sebelah siang.
Pada
Kejohanan Piala AFC nanti, Terengganu berada dalam kumpulan F bersama
kelab Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghean (Vietnam) dan Tempenis
Robers (Singapura)
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
0 ulasan