PASUKAN T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.
Pengurus pasukan, Rozi Mamat berkata, dia berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia-Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam mengharungi saingan liga pada musim depan.
Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.
Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu adalah FC Navy Bazar, Bosnia.
Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.
Beliau berkata, buat masa ini pasukan T-Team mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.
"Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar," katanya.
Rozi berkata, mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.
"Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan," katanya.
Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia adalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas
SUMBER:KOSMO 9/12/11
0 ulasan