Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

DUA JAGUH PANTAI TIMUR BERENTAP:KELANTAN TERTEKAN ,TERENGGANU TENANG.

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 30 September 2011


DUA Gergasi Pantai Timur akan  menentukan siapa jaguh sebenar  10 Oktober ini  pada aksi pusingan pertama suku akhir saingan Piala Malaysia bagi edisi ke 85.Pertemuan antara Kelantan dan Terengganu nanti bakal berlangsung di stadium Sultan Nasaruddin Syah dan timbal balik pada 14 Oktober nanti di Kota Bharu.

Kelantan merupakan juara Liga Super dan juara kumpulan C peringkat kumpulan sudah tentu tidak mahu statusnya sebagai  kuasa baru bola sepak di Malaysia tercalar dalam pertemuan bersejarah itu nanti.

Manakala Terengganu pula naib juara Liga Super dan naib juara  kumpulan B peringkat  kumpulan pernah mengaibkan skuad Kelantan yang digelar The Red Warrios dalam aksi akhir Piala FA di bukit  jalil.

Walaupun Kosmo online  melaporkan pasukan Terengganu menempah maut apabila terpaksa berdepan dengan Kelantan sebelum menempah tiket  ke separuh akhir gara-gara gagal menjuarai  peringkat kumpulan C,namun hakikatnya ketakutan dan tekanan lebih menyelubungi  skuad kijang  dibawah kendalian M.Karathu.

Dilaporkan Kelantan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia terpaksa melakukan persediaan rapi ,gara-gara kerusingan dan ketakutan serta bimbang tewas ditangan Terengganu sekali lagi.

Malah sinar harian online ( 30 September 2011) melaporkan pasukan Terengganu mampu menafikan misi dan hajat  Pasukannya untuk mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia musim ini.

Dalam laporan itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, selaku juara bertahan, Kelantan perlu membuat persiapan awal bagi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu dan Terengganu merupakan pasukan yang berpotensi besar menafikan hajat The Red Warriors pada saingan kali ini. 
 
Lantaran itu,pasukan Kelantan akan mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk menentang pasukan Songkla FC dan pasukan Piala Presiden Kelantan dalam tempoh rehat selama 12 hari .
 
Manakala reaksi Irfan bakti pula  yang disiarkan Sinar Harian Edisi Terengganu hari ini berkata” Terengganu akan bermain seperti biasa”.
.

6 ulasan

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Terengganu akan bermain seperti biasa. DAN KALAH SEPERTI BIASA.

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. INSYAALLAH,TERENGGANU AKAN MENANG!AMIN..

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. InsyaAllah,Terengganu vs T-Team final Piala Malaysia tahun 2011 ini.AMIN..

     
  7. saiful Says:
  8. kalo terengganu menang pun..aku harap tak kan menang piala malaysia 2011..

     
  9. Tanpa Nama Says:
  10. pamerkan aksi terbaik...jnji mainan nk sedak...ayuh sang penyu

     
  11. Tanpa Nama Says:
  12. tganu terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk

     

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM