DUA Gergasi Pantai Timur akan menentukan siapa jaguh sebenar 10 Oktober ini pada aksi pusingan pertama suku akhir saingan Piala Malaysia bagi edisi ke 85.Pertemuan antara Kelantan dan Terengganu nanti bakal berlangsung di stadium Sultan Nasaruddin Syah dan timbal balik pada 14 Oktober nanti di Kota Bharu.
Kelantan merupakan juara Liga Super dan juara kumpulan C peringkat kumpulan sudah tentu tidak mahu statusnya sebagai kuasa baru bola sepak di Malaysia tercalar dalam pertemuan bersejarah itu nanti.
Manakala Terengganu pula naib juara Liga Super dan naib juara kumpulan B peringkat kumpulan pernah mengaibkan skuad Kelantan yang digelar The Red Warrios dalam aksi akhir Piala FA di bukit jalil.
Walaupun Kosmo online melaporkan pasukan Terengganu menempah maut apabila terpaksa berdepan dengan Kelantan sebelum menempah tiket ke separuh akhir gara-gara gagal menjuarai peringkat kumpulan C,namun hakikatnya ketakutan dan tekanan lebih menyelubungi skuad kijang dibawah kendalian M.Karathu.
Dilaporkan Kelantan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia terpaksa melakukan persediaan rapi ,gara-gara kerusingan dan ketakutan serta bimbang tewas ditangan Terengganu sekali lagi.
Malah sinar harian online ( 30 September 2011) melaporkan pasukan Terengganu mampu menafikan misi dan hajat Pasukannya untuk mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia musim ini.
Dalam laporan itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, selaku juara bertahan, Kelantan perlu membuat persiapan awal bagi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu dan Terengganu merupakan pasukan yang berpotensi besar menafikan hajat The Red Warriors pada saingan kali ini.
Lantaran itu,pasukan Kelantan akan mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk menentang pasukan Songkla FC dan pasukan Piala Presiden Kelantan dalam tempoh rehat selama 12 hari .
Manakala reaksi Irfan bakti pula yang disiarkan Sinar Harian Edisi Terengganu hari ini berkata” Terengganu akan bermain seperti biasa”.
.
.
Terengganu akan bermain seperti biasa. DAN KALAH SEPERTI BIASA.
INSYAALLAH,TERENGGANU AKAN MENANG!AMIN..
InsyaAllah,Terengganu vs T-Team final Piala Malaysia tahun 2011 ini.AMIN..
kalo terengganu menang pun..aku harap tak kan menang piala malaysia 2011..
pamerkan aksi terbaik...jnji mainan nk sedak...ayuh sang penyu
tganu terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk