Persatuan
Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah akan lulus pemeriksaan oleh Konfederasi Bolasepak Asia
(AFC) yang dijadual Februari depan.Naib Yang Dipertuanya Sheikh
Tajudin Sheikh Yusoff berkata beberapa penambahbaikan sedang dibuat di
stadium berkenaan, sebagai persediaan Terengganu menerima pasukan
pelawat pada pertandingan Piala AFC kelak."Tidak ada masalah,
cuma daripada segi pencahayaan lampu limpah. Saya percaya pihak Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu selaku pemilik...
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Kerajaan negeri kecewa dan malu mengenai 'kedaifan' lampu limpah di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaikpulih
sebelum dijadikan gelanggang Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan.
Dato’
Seri Haji Ahmad Said berkata, tidak berpuas hati dengan kualiti lampu
berkenaan yang kapasiti tenaga sedia ada sekadar 800 lux sedangkan
mengikut piawaian mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa, ia
memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 lux.
Malahan beliau turut
mempertikaikan pihak berkenaan yang tidak...
Bekas jurulatih pasukan kelab
T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Omar telah dilantik sebagai Ketua
JurulatihAkademi Bola Sepak Negeri Terengganu.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin
berkatapelantikan Che Ku Marzuki itu berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas ketuajurulatih Akademi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Terengganu.
Akademi Terengganu ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan bakal
beroperasi bulan depan dengan tujuan membangunkan sukan itu di negeri
berkenaan.
"Saya berharap melalu...
Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)
Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)
Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)
Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)
Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)
Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2....
Juara bertahan, Terengganu hanya
mendapat undian yang agak mudah pada pusingan pertama tetapi bakal berdepan
laluan lebih berliku sekiranya memasuki pusingan kedua mahupun suku akhir
saingan kalah mati Piala FA 2012.
Semalam, anak buah Mat Zan Mat Aris
itu diundi bertemu pasukan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia pada sepak mula
18 Februari ini sebelum melayani pemenang antara bekas juara Piala FA, Perak
dengan barisan bintang glamor musim 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam
pusingan kedua.
Malah, Sang Penyu berkemungkinan
besar...
PASUKAN T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.
Pengurus pasukan, Rozi Mamat berkata, dia berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia-Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam mengharungi saingan liga pada musim depan.
Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.
Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu adalah FC Navy Bazar, Bosnia.
Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih...
KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu mungkin akan mengadakan perlawanan pada waktu petang pada Liga Malaysia 2012 berikutan pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Pengarah Pertandingan Liga Malaysia yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud berkata untuk perlawanan pada waktu malam, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux.
"Kita dapati beberapa tempat pencahayaan...
KUALA TERENGGANU: Naib juara Piala Malaysia, Terengganu telah menemui dua pemain import yang diharapkan dapat membantu pasukan itu dalam Liga Malaysia tahun depan, kata Pengurusnya Datuk Che Mat Jusoh.
Beliau berkata kedua-dua pemain import berkenaan ialah Jusio Nunis, 33, dariBrazil dan pernah bermain untuk pasukan KL Plus 2007-2008 serta pemain dariNigeria, Sibi Gwar, yang berusia 24 tahun.
"Setelah menguji 17 pemain dari beberapa buah negara sejak sebulan lalu, akhirnya kita membuat keputusan mengambil kedua-dua pemain...
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa keseluruhan struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak masih selamat digunakan, berdasarkan kajian awal yang dilakukan.
Ia sekali gus menafikan desas-desus yang menyatakan stadium itu tidak selamat untuk digunakan lagi dan akan diruntuhkan keseluru-hannya selepas pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, berdasarkan kajian awal menunjukkan sub-struktur, asas dan struktur...
KUALA TERENGGANU - Bekas pemain import Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simukonda akan menyertai pasukan T-Team bagi menghadapi Liga Malaysia tahun depan.
Jurulatih Yunus Alif berkata, pemain penyerang berumur 28 tahun itu mewakili Perlis pada tahun 2007.
"Zacharia telah melepasi ujian dan dia memenuhi kriteria yang kita tetapkan. Seorang lagi pemain import akan diuji minggu depan," katanya semalam.
Beliau berkata, Zacharia mewakili kelab Red Arrows, Zambia pada 2011 selepas bermain dengan kelab Al-Faizaly...
KUALA TERENGGANU: Terengganu kini sedang rancak memilih pemain import bagi membantunya menghadapi kejohanan Liga Malaysia tahun depan.
Dua pemain dari Rusia telah diuji pada Selasa dan seorang pemain dari Ghana pula akan diuji Rabu.
"Ramai lagi pemain import daripada Brazil, Nigeria, Argentina dan lain-lain negara akan datang untuk membuat ujian selepas ini.
"Ujian pemain dijalankan di padang bola Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Batu Buruk di sini," kata Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu,...
KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menjadi gelanggang utama bagi pertandingan bola sepak di negeri ini, dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi persiapan pra musim Liga Malaysia 2012.Pengarah Korporat Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT Mohd Huzairi Nizam Ibrahim berkata kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk tujuan tersebut."Apabila siap dinaik taraf dan baik pulih nanti, stadium mampu memberi lebih banyak keselesaan kepada pemain dan juga penonton...
PEMAIN Zambia, Sashi Chalwe adalah pemain pertama diuji pasukan T-Team, dalam rangka pengisian pemain import bagi menghadapi Liga Malaysia 2012.Jurulatihnya, Yunus Alif berkata, T-Team juga akan menguji pemain Argentina, Cameroon dan Brazil dalam usaha mencari pemain import terbaik.“Kita akan menguji pemain import ini supaya benar-benar dapat pemain berkualiti dan baik,” katanya.Mengenai pemain Zambia itu, Yunus berkata, beliau sukar menilai prestasinya kerana pemain itu baru tiba di sini dua hari lalu dan baru diuji semalam.Katanya,...
Pasukan Penyu memantapkan skuadnya dengan memanggil balik dua pemain kelahiran negeri ini bagi menghadapi cabaran musim 2012 yang dijangka lebih mencabar dengan kehadiran pemain import.
Dua pemain tersebut ialah Hariri Shafie yang bermain dengan pasukan Sabah dan Shamsul Kamal (T-Team).
Pengurus pasukan Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh, berkata pihaknya juga akan mendapatkan khidmat beberapa pemain pasukan Harimau Muda bagi menguatkan pasukan.
Menurut beliau, Terengganu masih mengekalkan 18 pemain utama pasukan tersebut...
KUALA TERENGGANU - Jurulatih baru Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2012, Mat Zan Mat Aris menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala akan dimenangi Terengganu tahun depan.Ini kerana, menurut Mat Zan yang pernah membimbing dan membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia 2001, pasukan itu mempunyai barisan pemain yang hampir serupa 2001."Dengan barisan pemain yang ada serta komitmen pegawai-pegawai, saya rasa kita mampu membawa pulang Piala Malaysia tahun depan," kata bekas jurulatih Kuala Lumpur itu kepada pemberita...
Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mencari pemain import yang berkaliber bagi memantapkan lagi barisan pemain pasukan Terengganu.
Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said berkata, pihaknya tidak mahu menggunakan khidmat atau mewakilkan mana-mana ejen untuk tujuan itu sebaliknya mahu PBSNT mencarinya sendiri.“Kita tidak mengira dari negara mana, asalkan pemain import itu boleh memberi sumbangan setimpal untuk pasukan Terengganu, berdisplin dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang...
Utusan Malaysia Online melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBNST),Dato Che Mat Jusoh tidak akan meletak jawatan
walaupun didesak berbuat demikian.
"Jika mereka tidak
sokong saya sekalipun, masih ramai peminat yang berada di belakang saya,"
katanya.
Selain itu,Che Mat juga mendakwa banyak perubahan yang telah
dilakukan sepanjang memimpin PBNST selama 13 tahun.
Sebelum ini,kira-kira 1000 penyokong mengadakan demotrasi
menuntut Presiden PBNST ,Dato Che Mat Jusoh meletak jawatan...

Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat berkata, pihaknya bersedia menunggu laporan itu dan akan menilai berhubung dakwaan itu.
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tiada menerima maklumat berhubung perkara itu namun jika benar dakwaan yang dibuat itu...
Kuala Lumpur; 16 pasukan bakal memulakan saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November depan.
Kejohanan peringkat awal yang dibahagikan kepada empat kumpulan menyaksikan Kelantan selaku juara 2010 diundi dalam kumpulan D yang turut disertai Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.
Kumpulan A menampilkan Negeri Sembilan selaku tuan rumah kepada Pahang, Kedah serta Singapura.
Terengganu selaku tuan rumah kumpulan B bakal bersaing merebut tempat kesuku akhir bersama ATM, PDRM dan Pulau Pinang.
Sambil...
WALAUPUN berat menerima keputusan pengunduran jurulatih, Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu musim depan, namun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akur dengan keputusan dibuat itu lapor, ZUBIR SULAIMAN.Persoalan siapa yang akan mengantikan Ketua Jurulatih Bola Sepak Terengganu kini terjawab setelah Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh telah memutuskan bekas jurulatih pasukan Terengganu 2001, Mat Zan Mat Aris bakal menggantikan tempat itu.Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah Irfan Bakti Abu Salim membuat keputusan...
TEKA-TEKI berhubung masa depan Irfan Bakti Abu Salim bersama pasukan Terengganu terjawab. Semalam, jurulatih kelahiran Kelantan itu telah mengesahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad Penyu yang bakal berakhir hujung bulan depan lapor, ZUBIR SULAIMANBeliau akhirnya membuat keputusan untuk mengundur diri daripada pasukan itu secara professional setelah lebih dua tahun menabur bakti untuk pasukan Terengganu sehingga berjaya membawa skuad Penyu membawa pulang Piala FA, naib johan Liga Super dan Piala Malaysia 2011.“Saya...

KUALA TERENGGANU – Jika masih ada yang melabelkan pasukan Terengganu sebagai kuasa sukan bola sepak Pantai Timur, ia wajar ditukar segera memandangkan kehebatan Terengganu dalam sukan pilihan nombor satu dunia itu telah meletakkan Skuad Penyu hari ini sebagai ‘gergasi’ Malaysia. Perkara itu terbukti dengan pelbagai kejayaan yang diraih sepanjang tahun ini antaranya Juara Piala FA, Naib Juara Liga Super dan kini sedang berentap hebat...
Keupayaan Skuad
“Penyu” mengekang pasukan Kelantan pada pertandingan suku akhir kedua Piala
Malaysia di gelanggang lawan Jumaat lalu, mendapat pujian Presiden Persatuan
Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau,
walaupun Kelantan kecewa dengan keputusan yang memihak kepada Terengganu,
perlawanan antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu merupakan
pertandingan yang terbaik dan pihaknya akur dengan kehebatan pasukan
Terengganu.
Katanya, Terengganu
sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga...
Stadium Sultan Ismail menjadi saksi,Stadium Sultan Muhammad menjadi bukti...Sang Penyu mara lagi,Sang Kijang tersembam dikandang sendiri...
Kelantan memang boleh dipuji,
... ... tetapi Terengganu lebih LAYAK lagi...
Ingatkan defisit boleh diatasi,tetapi angan2 itu x menjadi...Sentuhan 2 gol yang dicari,
kombinasi 2 palang dan tiang menjadi badi...Tahniah ganu dari kami,
penyokong kelantan takkan tak nak terima kenyataan lagi...
Sekalung tahniah untuk wira kami,Ashaari Samsuddin nama diberi...Itulah anak emas penyu...
T-TEAM tidak menganggap mudah pertemuan suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2011 menentang Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.
Jurulatih, Yunus Alif berkata, kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam perlawanan pertama Isnin lalu tidak boleh dijadikan ukuran.
"Kita masih ada 90 minit lagi untuk diharungi dan macam-macam boleh berlaku, tambahan pula Sabah sekarang berada pada prestasi terbaik dan boleh mengancam T-Team," katanya semalam.
Yunus berkata, T-Team tidak mempunyai...

Jabatan Meteologi Malaysia meramalkan hujan pada hari perlawanan pusingan kedua suku akhir antara pasukan Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu.
Ditakdirkan hujan turun pada hari tersebut,ia merupakan satu rahmat dan kelebihan buat pasukan Terengganu yang bertandang ke Kota Bharu dengan berbekalkan kelebihan jaringan 2 gol.
Kebiasaannya hujan yang turun sewaktu perlawanan sedang berlangsung...