Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
akan menerbangkan dua pemain import ke Bumi Kenyalang bagi membantu
Skuad Penyu menentang Sarawak sekiranya lulus pemeriksaan kesihatan hari
ini.
Setiausaha
PBSNT, Abdullah Salleh berkata, pemeriksaan kesihatan itu menjadi satu
syarat kepada pemain-pemain asing oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM).
"Kita sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan daripada hospital,” katanya hari ini.
Dalam
Liga Super tahun ini, Terengganu menggunakan khidmat dua pemain import
iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos
Carnieto dari Brazil.
Abdullah berkata, beliau berharap masalah
itu akan selesai hari ini bagi membolehkan kedua-dua pemain itu beraksi
di Stadium Negeri Sarawak, Kuching malam esok setelah Terengganu
mengharungi dua perlawanan sebelum ini tanpa pemain import.
Sementara
itu, jurulatih Mohd Zan Mat Aris berkata, Terengganu akan turun sebagai
‘underdog’ apabila bertemu Sarawak di Kuching malam esok.
Menurutnya,
ini kerana pasukan bumi kenyalang itu merupakan antara pasukan terbaik
dan boleh menggugat Terengganu dalam pertandingan Liga Super musim ini.
Bekas
jurulatih Kuala Lumpur itu berkata, beliau telah mengingatkan anak-anak
buahnya supaya memberikan persembahan terbaik bagi memastikan
Terengganu tidak kecundang.
Mohd Zan berkata, kecederaan beberapa
pemain tidak merisaukannya kerana pasukan itu mempunyai ramai pemain
simpanan yang tidak kurang hebatnya untuk diturunkan.
Terengganu
yang juga juara Piala FA 2011 setakat ini memperolehi tiga mata hasil
kemenangan 3-0 menentang pasukan Felda United baru-baru ini dan kalah
dengan pasukan Perak 0-1.
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Dua pemain import Terengganu ke Bumi Kenyalang hadapi Sarawak
by:sebetulnya
Catatan
Isnin, 16 Januari 2012
0 ulasan