BERAKSI di atas padang rumput tiruan menentang Lions XII di stadium
Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bukan alasan buat Terengganu gagal
mengutip sebarang mata.
Pengendalinya, Mat Zan Mat Aris berkata beraksi di atas permukaan mana sekalipun pasukannya hanya inginkan kemenangan.
“Memang padang tiruan di stadium Jalan Besar menjadi topik utama bukan
sahaja melibatkan pasukan Malaysia malah dari luar negara.
“Malah, dalam skuad Penyu hanya Muslim Ahmad, Affize Faisal Mamat,
Shukur Jusuh dan Faizal Muhammad sahaja yang mempunyai pengalaman
beraksi di sana,” katanya.
Bagaimanapun, Mat Zan yakin terhadap kebolehan pemainnya dalam usaha merobek gawang Lions di hadapan penyokong sendiri.
Pada perlawanan ketiga Liga Super, Lions mendapat kemenangan pertama di laman sendiri apabila menumpaskan Kuala Lumpur 2-1.
Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)
JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
0 ulasan