Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

T-Team tumpul, kurang berkesan

by:sebetulnya Catatan Isnin, 30 Januari 2012

KUALA TERENGGANU - Sentuhan penyudah yang tumpul dan kurang berkesan memusnahkan impian T-Team untuk melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Hakikat itu diakui pengendalinya, Yunus Alif yang nyata kurang berpuas hati dengan persembahan kurang bertenaga yang dipamerkan anak-anak buahnya itu.

Menurut Yunus, jentera serangan T-Team yang diterajui Fazdli Shaari dan Zacharia Simukonda juga mudah hilang tumpuan walaupun memiliki deretan peluang yang terhidang untuk disempurnakan.

"Secara keseluruhannya, pemain kita main tak 'pressure' lawan dan banyak beri ruang kepada Selangor untuk menyusup masuk.

"Bagaimanapun, kita akan atasi masalah ini dan saya percaya T-Team mampu bangkit dalam perlawanan akan datang," katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Selangor berjaya menamatkan badi empat kekalahan ke atas T-Team pada musim lalu apabila menang 2-1.

Red Giants mendahului pada minit ke-35 hasil sepakan penalti Ramez Jamal Dayoub, namun Zairo Anuar Zailani bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48 juga menerusi sepakan penalti.

Azidan Sarudin kemudian muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-77.
Dalam pada itu, Yunus masih berteka-teki mengenai kedudukan Simukonda dalam pasukan ekoran aksi longlai yang dipamerkan bekas penyerang import Perlis itu sebelum ini.

"Saya nampak dia (Simukonda) hari ni memang telah berusaha sebaik mungkin, namun masalah kecederaan menghalangnya untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Kita akan periksa (kecederaan) dia esok (hari ini) dan kalau serius, memang kita tak boleh tunggu masa yang lama dan kita akan buat sesuatu.

"Apapun kita akan tunggu laporan doktor yang merawat dia, berapa lama masa yang diambil untuk kembali pulih," ujarnya.

Simukonda yang setakat ini baru menjaringkan satu gol daripada lima perlawanan Liga Super pernah diberi amaran oleh pengurusan supaya meningkatkan tahap permainan bagi mengelakkan tindakan drastik diambil terhadap pemain kelahiran Zambia itu.

Sumber:Utusan 30/1/12

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM