Minggu ini hangat diperkatakan tentang PBSNT dengan FAM yang bertikam lidah tentang pendaftaran pemain import Terengganu yang telah ditolak oleh FAM. Tekanan bertambah untuk FAM setelah Menteri Besar Terengganu, datuk seri Ahmad Said mengugut untuk menyaman FAM dan menarik keluar Terengganu dan T-Team dari Liga Super Malaysia dan pertandingan liga Malaysia yang lain.
Penyokong Terengganu juga dikatakan telah menggesa Presiden JKPT, Datuk Hamidin Muhd Amin untuk meletakkan jawatan, Perkara yang berlarutan ini telah memaksa FAM untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan segera untuk menamatkan dan menyelesaikan masalah ini Hasil dari mensyuarat pada hari ini, FAM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import bagi Liga Super Malaysia sehingga 13 Februari 2012.
Pemain import Terengganu iaitu Francis Doe Forkey dan pemain Brazil Erison Da Silva Santos mungkin akan beraksi pada perlawanan dengan Felda United esok.
Dalam keadaan kemelut ini hampir selesai timbul pula komen penyokong dilaman Facebook yang tidak berpuashati dengan FAM kerana membenarkan pemain import Selangor Ramesh Dayoub beraksi dalam liga super yang didakwa tidak layak bermain kerana tidak melalui cooling period??? Mereka tertunggu apa jawapan dan keputusan FAM??. Mengapa TAN SRI ANNUAR MUSA mendiamkan diri walaupun beliau mengetahui pemain itu tidak layak bermain. Adakah FAM pilih kasih?? Atau memang FAS anak emas FAM????
Sumber:ESPNSTAR.MY
Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
http://cebagoomarket.blogspot.com/
Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...
Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket