Saluran 13 (saluran tambahan untuk 1000 pendengar)

JIKA TIDAK DAPAT MENDENGAR SILA KE SINI:
Listen here

Kontroversi Pendaftaran Pemain Import,Usah Rosakan Sukan

by:sebetulnya Catatan Jumaat, 13 Januari 2012

SUKAN pun nampaknya sudah macam gelanggang politik.Semangat kesukanan sudah tidak begitu diamalkan.Kadang-kadang, budi bicara boleh diguna pakai untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dan bukan terus-terusan ‘berbalas serangan’. Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersilap kenyataan dalam surat pekeliling kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai status pemain import, ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. Tidak perlu rasanya untuk mempertahankan siapa yang betul dan siapa pula yang silap. Mungkin atas semangat kesukanan, tidak salah kiranya FAM dan PBSNT menggunakan budi bicara untuk membenarkan Terengganu meneruskan saingan Liga Super dengan pemain import yang telah mereka daftarkan. Bagi pihak Terengganu pula, mereka seharusnya rasa bangga kerana bersaing dalam liga menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan dan ia harus dicontohi. Jika kos untuk mendapat pemain import menjadi isu, ia mungkin boleh dibincangkan secara baik dengan FAM. Baru di awal saingan, kontroversi sudah menyelubungi kancah bola sepak negara. Ancaman saman mula disuarakan Terengganu kerana mereka rasa terpedaya dengan surat pekeliling yang dihantar oleh FAM pada 23 Disember lalu. Ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin yang mengancam untuk menarik diri daripada saingan liga, FAM pantas memberi respons. “FAM mengambil berat mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Hamidin menjelaskan pihaknya juga harus berjaga-jaga dengan kenyataan tersebut yang dilihat agak ‘pedas’. Begitupun, beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana menurutnya, FAM telah menjelaskan kekeliruan mengenai surat pekeliling itu sebelum ini. “Kami sudah pun menjelaskan apa yang terkandung di dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu. Buat masa ini, itu sahaja yang saya boleh katakan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Kelmarin, Ahmad menyuarakan nada kesal dan tidak berpuas hati dengan badan induk bola sepak negara itu selepas kekeliruan yang timbul pada surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu. Dalam surat berkenaan, FAM menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari. Begitu pun, PBSNT menanggung ‘derita’ selepas FAM menjelaskan pemain import skuad Penyu itu tidak dibenarkan beraksi di Liga Super sebaliknya hanya layak untuk bermain pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sahaja. Lantaran dengan kekeliruan tersebut, Ahmad dengan nada keras, mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada itu adalah meminta bayaran ganti rugi atau membenarkan dua pemain import itu beraksi bersama Terengganu dalam Liga Super. Namun, pilihan ketiga Ahmad nyata memeranjatkan pemerhati sukan bola sepak negara apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team yang beraksi di Liga M. Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri pantai timur itu. Sehari kemudian, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad telah memohon maaf ekoran kesilapan teknikal, namun tetap bertegas dua pemain import Terengganu itu tidak boleh beraksi dalam Liga M. Isu semakin panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Hamidin kemudian tampil meminta Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meminta maaf kepadanya atas beberapa kenyataan pedas yang dikeluarkan bekas Naib Presiden FAM itu. Yang peliknya, FAM sudah jelaskan segala kekeliruan yang timbul namun, isu tersebut terus berpanjangan sehingga membabitkan campur tangan Menteri Besar Terengganu. Apa pun, jalan terbaik untuk menjernihkan kekeliruan ini ialah kedua-dua pihak perlu menggunakan budi bicara agar sukan bola sepak negara terus menikmati keharmonian. Sumber:Kosmo 13/01/2012

0 ulasan

Catat Ulasan

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Teruskan Berjuang TERENGGANU & T-TEAM, Kami BersamaMU....

Tanah Tumpah DarahKu.....

Tanah Tumpah DarahKu.....

MOHON KERJASAMA

SILA KLIK IKLAN NUFFNANG ATAU ADVERLETS YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH

Radio OnLine GSN.FM -ONline

Followers This Blog

Liga Super MALAYSIA 2015: Kick-off ~ Jan. 16, 2015.

Media GSN 2013: TERENGGANU & T-TEAM